PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

Apakah Insentif Sebagai Dealer Public Gold?

Public Gold membuka peluang kepada anda semua untuk jana pendapatan tambahan dengan menjadi Pengedar (Dealer) Emas Public Gold. Dengan syarat, pastikan terlebih dahulu anda telah pun mendaftar ahli Public Gold dan memenuhi syarat kelayakan. Jika belum menjadi ahli Public Gold lagi, dapatkan maklumat lanjut DI SINI.

Pangkat Dealer Public Gold

Dealer Public Gold terbahagi kepada 3 pangkat, iaitu:

i) Normal Dealer (ND): Insentif 1.0%
ii) Priority Dealer (PD): Insentif 1.5%
iii) Master Dealer (MD): Insentif 2.0%

Insentif

Insentif adalah ganjaran yang diberikan oleh Public Gold dalam bentuk kewangan dan reward kepada dealer-dealernya berdasarkan belian peribadi dealer atau pelanggan di dalam rangkaian dealer tersebut.

Dealer Public Gold juga dikenali sebagai Public Gold Business Owner (PGBO) yang mana bermaksud, sebagai Dealer Public Gold, anda adalah rakan niaga kepada Public Gold.

Dengan menjadi Dealer Public Gold, anda boleh merekrut pelanggan baru dan dealer di dalam rangkaian anda. Anda akan mendapat insentif dari setiap pembelian untuk sendiri, pembelian dari pelanggan dibawah anda dan overriding dari dealer anda di dalam rangkaian anda.

Public Gold akan memberi insentif bulanan berdasarkan hasil jualan seorang dealer, bonus menarik dari semasa ke semasa dan peluang melancong ke luar negara setiap tahun yang dikenali sebagai Sales Incentive Program (SIP) & Seminar Leadership.

Jenis-jenis Insentif

Di dalam sistem insentif PGBO, ianya dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut:

1. Referral Incentive

‘Referral Incentive’ adalah insentif yang diperoleh oleh Dealer mengikut peratusan daripada jumlah belian produk Public Gold setiap bulan oleh diri sendiri dan oleh pelanggan di dalam rangkaian seseorang dealer.

Contoh: Encik Abu adalah Normal Dealer. Pada bulan Januari, beliau membeli emas PG bernilai RM10,000 – Encik Abu akan dapat insentif sebanyak 1% dari jumlah beliannya tadi. 1% daripada RM10,000 = RM100 : Insentif Encik Abu untuk bulan April.

Pada bulan yang sama juga, Encik Abu berjaya rekrut 3 orang pelanggan baharu iaitu Encik HabibEncik Amran dan Puan Ainun. Kemudian, Encik Ali telah buat belian emas Public Gold sejumlah RM5,000, Encik Habib beli RM1,000 dan Puan Ainun beli RM3,000. Jumlah terkumpul pembelian dari ketiga-tiga pelanggan Encik Abu adalah RM5,000 + RM1,000 + RM3,000 = RM9,000.

Di sini, Encik Abu adalah ‘Introducer’ atau referrer (perujuk) kepada Encik Ali, Encik Amran dan Puan Ainun. Maka, Encik Abu akan dapat insentif 1% dari RM9,000 belian pelanggan-pelanggannya itu. 1% dari RM9000 = RM90

Jadi, jumlah insentif Encik Abu untuk bulan Januari 2023 adalah RM100 (1% dari RM10,000 belian sendiri) + RM90 (1% dari RM9,000 belian pelanggan) = RM190

2. Overriding Incentive

Insentif ini diberi kepada Dealer berdasarkan jualan dari dealerdealer lain di dalam rangkaiannya. Insentif bermula dari 0.5% hingga 1%. Syarat untuk mendapat overriding incentive adalah dealer-dealer lain di dalam rangkaian seseorang Dealer itu berpangkat lebih rendah.

Contoh: Encik Rosdi adalah seorang Master Dealer manakala Encik Rashid adalah Priority Dealer dan Encik Rushdan adalah Normal Dealer dalam rangkaian Encik Rosdi. Pada bulan Januari 2023, Encik Rashid beli emas bernilai RM1,000 dan Encik Rushdan beli emas bernilai RM3,000.

Sebagai Master Dealer, Encik Rosdi akan dapat Overriding Incentive sebanyak 0.5% dari pembelian Encik Rashid (PD) dan Encik Rashid dapat 1.5%.

Encik Rosdi juga dapat 1% dari pembelian Encik Rushdan (ND) dan Encik Rushdan dapat 1%. Jumlah insentif Encik Rosdi adalah 0.5% dari RM1,000 (belian Encik Rashid) + 1% dari RM3,000 (belian Encik Rushdan).

(0.5% x RM1,000) + (1% x RM3000) = RM5 + RM30 = RM35

3. Supervisory Incentive

Insentif ini akan diperolehi oleh Dealer berdasarkan pembelian oleh dealerdealer lain yang sama pangkat di dalam rangkaiannya. Jumlah supervisory incentive adalah 0.15%.

Contoh: Puan Hamidah adalah seorang Priority Dealer. Manakala Encik Shamsul juga Priority Dealer dalam rangkaian Puan Hamidah. Pada bulan Januari 2023, Encik Shamsul buat belian emas Public Gold sebanyak RM5,000. Sebagai PD, Encik Shamsul akan dapat insentif sebanyak 1.5%. Oleh kerana Puan Hamidah juga adalah PD, beliau akan dapat 0.15% dari jumlah belian Encik Shamsul.

Jadi, Encik Shamsul dapat Referral Incentive 1.5% dari RM5,000 = RM75

Manakala Puan Hamidah akan dapat Supervisory Incentive dari belian Encik Shamsul sebanyak 0.15% dari RM5,000 = RM7.50

4. Buyback Incentive

Insentif ini bermaksud apabila seorang Dealer atau pelanggan-pelanggan di dalam rangkaiannya membuat jualan balik emas-emas Public Gold kepada Public Gold. Jumlah Buyback Incentive adalah 0.3% dari setiap nilai jualan balik emas kepada Public Gold mengikut harga PG BUY.

Contoh:

Cik Aisyah adalah pelanggan dalam rangkaian Encik Abdullah. Pada bulan Januari 2023, Cik Aisyah jual emasnya kepada Public Gold bernilai RM1,500.

Encik Abdullah sendiri juga ada buat jualan balik kepada Public Gold bernilai RM5,000.

Jumlah jualan balik kepada Public Gold oleh Cik Aisyah dan Encik Abdullah adalah RM6,500. Oleh itu, Encik Abdullah layak menerima Buyback Incentive sebanyak 0.3% dari RM6,500 = RM19.50

5. Top Producer Award

Insentif ini terbuka kepada semua Dealer Public Gold tanpa mengira pangkat. Ianya diberi berdasarkan hasil belian mencapai target tertentu selama 3 bulan berturut-turut (1 suku tahun: Quarter: Q) dan akan dikreditkan ke dalam C-Wallet di PG Mall. Baca juga mengenai PG Mall DI SINI.

Tahun kewangan Public Gold bermula pada bulan April setiap tahun dan berakhir pada bulan Mac tahun berikutnya. Pembahagian Suku Tahun Public Gold adalah seperti berikut:

Q1: April hingga Jun
Q2: Julai hingga September
Q3: Oktober hingga Disember
Q4: Januari hingga Mac

Syaratsyarat dan pembahagian insentif adalah:

i) Bronze
Jualan: RM25,000 – RM49,999
Insentif: RM50 sebulan
Jumlah: RM150 untuk 3 bulan (1 suku tahunan)

ii) Silver
Jualan: RM50,000 – RM74,999
Insentif: RM100 sebulan
Jumlah: RM300 untuk 3 bulan (1 suku tahunan)

iii) Gold
Jualan: RM75,000 – RM99,999
Insentif: RM150 sebulan
Jumlah: RM450 untuk 3 bulan (1 suku tahunan)

iv) Platinum
Jualan: RM100,000 atau lebih
Insentif: RM200 sebulan
Jumlah: RM600 untuk 3 bulan (1 suku tahunan)

Contoh:

Encik Fadhil buat jualan RM25,000 setiap bulan selama 3 bulan berturut-turut dari April hingga Jun. Encik Fadhil akan terima insentif sebanyak RM50 x 3 = RM150 dan dikreditkan ke dalam C-wallet di PG Mall.

Puan Shamsiah buat jualan RM25,000 pada bulan JulaiRM50,000 pada bulan Ogos dan RM100,000 pada bulan September. Insentif akan dikira berdasarkan pencapaian terendah selama 3 bulan tersebut iaitu pada bulan Julai dengan jualan RM25,000. Jadi, Puan Shamsiah layak terima anugerah Bronze dan akan dapat insentif RM50 x 3 = RM150 dan dikreditkan ke dalam c-wallet di PG Mall.

6. Group Sales Incentive

Insentif ini diterima oleh Master Dealer berdasarkan setiap belian emas Public Gold oleh semua pelanggan dan dealer (kecuali Master Dealer) yang ada di dalam rangkaiannya.

Syarat untuk mendapat insentif ini seseorang dealer itu perlu berpangkat Master Dealer. Insentif ini diperolehi dari semua hasil belian oleh pelanggan dan dealer di dalam rangkaian kita dan tidak termasuk hasil belian dari kumpulan Master Dealer di dalam rangkaian kita.

Insentif ini diberi tanpa perlu membuat apa-apa belian. Ianya adalah dari belian dari ahli-ahli rangkaian kita.

Jumlah Group Sales Insentive adalah 0.1% dari belian ahli-ahli kumpulan di dalam rangkaian kita (kecuali kumpulan Master Dealer).

Contoh:

Encik Abu adalah Master Dealer dan mempunyai sebuah rangkaian. Di dalam rangkaiannya, terdapat Encik Bakhtiar (MD)Encik Taufik (PD) dan Puan Melissa (ND).

Encik Abu akan dapat 0.1% Group Sales Incentives dari keseluruhan belian yang dibuat oleh kumpulan Encik Taufik dan Puan Melissa.

Tetapi, Encik Abu tidak dapat apa-apa dari keseluruhan belian kumpulan Encik Bakhtiar kerana beliau juga berpangkat Master Dealer.

 7. Million Dollar Leg Incentives

Insentif ini khas untuk Master Dealer sahaja. Ianya adalah berdasarkan hasil belian dari sekurang-kurangnya dua (2) kumpulan yang dibimbing oleh Master Dealer lain di dalam rangkaian anda dan anda sendiri perlu berpangkat Master Dealer. Jualan minima dari dua (2) kumpulan Master Dealer ini adalah sekurang-kurangnya RM1 juta sebulan. Sebagai Introducer dan pembimbing kepada Master-master dealer ini, anda layak terima insentif sebanyak RM1,000 dari jualan kumpulan-kumpulan tersebut.

Syarat:

i) Anda sendiri adalah Master Dealer
ii) Anda membimbing sekurang-kurangnya 2 Master Dealer lain dalam rangkaian anda
iii) Dua (2) kumpulan Master Dealer di dalam rangkaian anda itu buat belian RM1 Juta dalam tempoh sebulan.

Contoh:

Encik Hassan adalah seorang Master Dealer. Di dalam rangkaiannya, terdapat 2 orang Master Dealer lain iaitu Puan Raisa dan Encik Imran. Kumpulan Master Dealer Puan Raisa dan Encik Imran berjaya buat belian RM1 juta dalam 1 bulan. Maka, Encik Hassan selaku introducer layak terima insentif Million Dollar Leg sebanyak RM1,000.

Kemudian, Encik Hassan berjaya bimbing seorang lagi Master Dealer baharu iaitu Encik Roslan dan Encik Roslan juga berjaya buat belian kumpulan sebanyak RM1 juta.

Sekarang, Encik Hassan sudah ada 3 kumpulan yang dibimbing oleh 3 Master Dealer di dalam rangkaiannya. Insentif Encik Hassan akan meningkat dari RM1,000 ke RM2,000.

Insentif ini akan diperolehi dengan minima 2 kumpulan yang diketuai oleh 2 Master Dealer di dalam rangkaian anda, dan akan meningkat bergantung kepada seberapa ramai Master Dealer yang mempunyai jualan RM1 juta ke atas di dalam rangkaian anda.

8. Qualifying Bonus (Q-Bonus)

Q-Bonus adalah insentif yang diberikan kepada semua Dealer berdasarkan pencapaian target belian peribadi berjumlah RM250,000 dalam tempoh minima 6 bulan sama ada secara berturut-turut ataupun tidak.

Belian peribadi termasuk belian sendiri dan pelanggan (tidak termasuk pelanggan di bawah dealer anda) di dalam rangkaian anda.

Syarat:

Belian: RM250,000 sebulan dalam tempoh 6 bulan (berturut-turut atau tidak)

6 Q-Bonus = Insentif RM3,000
9 Q-Bonus = Insentif RM3,000
12 Q-Bonus = Insentif RM6,000

Jumlah sekiranya berjaya capai semua adalah RM12,000

6Q9Q12Q
Insentif RM3,000RM3,000 + RM3,0006Q + 9Q + RM6,000
RM3,000RM6,000RM12,000

Contoh: Encik Rahmat capai target belian peribadi RM250,000 sebanyak 6 bulan iaitu bulan AprilJunOgosSeptemberNovember dan Disember (tidak berturut-turut). Encik Rahmat dapat insentif sebanyak RM3,000.

Puan Latifah dapat buat belian peribadi minima RM250,000 sebulan setiap bulan selama 12 bulan berturut-turut. Insentif Puan Latifah adalah RM3,000 untuk 6QRM3,000 untuk 9Q dan RM6,000 untuk 12Q. Jumlah insentif Puan Latifah adalah RM12,000.

9. Sales Incentive Program (SIP) & Leadership Seminar

Setiap kitaran tahun kewangan Public Gold iaitu dari April hingga Mac setiap tahun, mana-mana Dealer Public Gold yang mencapai target jualan tertentu akan diberi ganjaran tajaan penuh pelancongan ke luar negara. Ianya dikenali sebagai Sales Incentive Program (SIP) & PG Leadership Seminar. Pergi melancong sambil belajar melalui seminar yang akan dianjurkan sempena lawatan tersebut dan ditaja oleh Public Gold.

Ada 2 jenis SIP iaitu SIP (Pelancongan di luar Asia Tenggara) dan Mini SIP (Pelancongan di dalam Negara Asia Tenggara).

Sebagai contoh, bagi tahun kewangan 2023/24 yang berakhir Mac 2024, Publi Gold menawarkan pelancongan ke Switzerland kepada Dealer Public Gold yang berjaya.

Syarat Layak Sertai SIP:

Syarat Kelayakan Mini SIP:
1. Jualan peribadi mencapai RM600,000 dalam tempoh setahun kewangan Public Gold
2. 100 pelanggan baharu dalam tempoh setahun kewangan Public Gold
3. Menghadiri New Dealer Orientation (NDO)Public Gold Golden Tour (PGGT) di Pulau Pinang dan Jutawan Emas Leadership Training (JLT) 
4. Layak 3 kali seumur hidup
5. Tidak layak bagi Dealer Public Gold yang berjaya ke SIP

10. Key Opinion Leader (KOL) Incentive

Insentif yang diberi oleh Public Gold kepada Dealer yang berjaya jual barangan Public Gold di media sosial. Jumlah insentif adalah dari 1% hingga 5% bergantung kepada jenis produk. Jika berminat, boleh kunjungi cawangan Public Gold yang terdekat untuk dapatkan info dan maklumat lanjut.

Syarat Layak:

  • Minima 10 ribu followers di media sosial peribadi
  • Pakar ‘streaming’ secara LIVE
  • Aktif upload content di dalam media sosial
  • Mahir menulis konten
  • Mahir dalam pengucapan awam.

11. Insentif dari PG Mall

Sebagai seorang Dealer Public Gold, anda juga akan berstatus ‘Shopper’ di PG Mall. Pangkat shopper adalah Shopper, Super Shopper, Premium Shopper dan Elite Shopper bergantung pada status anda sama ada pelanggan atau pangkat Dealer Public Gold. Terdapat insentif cashback bermula dari 0.5% hingga 3.5% dari jumlah belian shopper di dalam rangkaian anda. Untuk maklumat lanjut mengenai insentif dan pendapatan pasif dari PG Mall, sila klik DI SINI.

Menarik bukan?

Jika ingin menjadi penyimpan emas Public Gold bersama saya untuk dapatkan bimbingan secara percuma, klik DI SINI

Baca : Bagaimana Cara Untuk Jadi Dealer Public Gold

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?