PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

Kelebihan Jadi Dealer Public Gold

5 min read

Public Gold telah membuka peluang kepada para pelanggannya untuk menaik taraf sebagai Dealer. Menjadi Dealer Public Gold bermaksud anda telah melangkah maju setapak daripada menjadi seorang penyimpan emas kepada penyimpan & peniaga emas dan berpeluang menjana pendapatan sampingan atau mungkin pendapatan tetap. Di dalam dunia perniagaan emas Public Gold, seorang Dealer juga dikenali sebagai Public Gold Business Owner (PGBO).

Antara kelebihan/manfaat menjadi seorang Dealer Public Gold adalah anda akan mendapat :

1. Insentif Belian Peribadi

Setiap kali seorang Dealer membeli emas atau perak dari Public Gold untuk diri sendiri, dia akan mendapat Insentif sebanyak 1% (Normal Dealer-ND) atau 1.5% (Priority Dealer-PD) dari jumlah belian bermula dari belian kedua dan seterusnya (belian pertama sebelum ini dalam jumlah tertentu adalah untuk melayakkan seseorang menjadi Dealer dan tidak menerima apa-apa Insentif). Jika seseorang dealer membuat belian emas/perak Public Gold pada bulan ini dengan nilai tertentu, Insentif (1%-1.5%) akan dikreditkan oleh Public Gold ke dalam akaun bank dealer pada 20hb bulan berikutnya.

2. Insentif Belian Oleh Pelanggan

Apabila bergelar seorang Dealer Public Gold, anda boleh pilih sama ada untuk menjadi Dealer Pasif atau Dealer Aktif.

Dealer Pasif adalah seseorang yang membeli emas/perak Public Gold dengan jumlah yang melayakkan dia menjadi Dealer, tetapi tidak berminat untuk berniaga emas. Dia hanya menerima insentif dari belian peribadi sahaja seperti di no. 1 di atas.

Dealer Aktif pula, selain mendapat kelebihan insentif dari pembelian sendiri, dia akan mendapat insentif dari setiap belian pelanggan baharu yang diperkenalkan kepada Public Gold. Insentif ini akan berterusan selamanya selagi mana pelanggan tersebut membeli emas dari Public Gold.

3. Insentif dari Belian Dealer di dalam rangkaian

Sebagai seorang Dealer Public Gold, anda berpeluang membina empayar perniagaan sendiri dengan kelayakan anda untuk melantik dealer-dealer baharu bernaung di dalam empayar anda. Anda akan mendapat insentif penuh (1%-1.5% ikut pangkat dealer anda) dari pembelian pertama oleh seseorang yang diperkenalkan oleh anda untuk mendapatkan status dealer. Kemudian, pembelian kedua oleh dealer anda, anda masih lagi mendapat insentif berdasarkan pengiraan tertentu, manakala dealer anda dapat insentif penuh mengikut pangkat dealernya. Dan ianya juga berterusan selama-lamanya selagi dealer anda masih aktif.

4. Insentif Jualan Balik Peribadi

Sebagai Dealer Public Gold yang memiliki emas, sudah pasti akan ada masanya di suatu hari di masa hadapan, anda ingin menjual balik emas yang dimiliki setelah disimpan lama dan harga terkini telah mendatangkan untung. Tujuan jualan mungkin sudah capai matlamat dan sebagainya.

Dealer Public Gold akan mendapat insentif sebanyak 0.3% dari nilai jualan emas (ikut harga PG Buy semasa) kepada pihak Public Gold dan akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda.

5. Insentif Jualan Balik oleh Pelanggan

Sama juga kisahnya sekiranya pelanggan anda membuat jualan balik emas-emas milik mereka kepada pihak PG, anda akan menerima insentif sebanyak 0.3% dari nilai jualan emas pelanggan anda kepada pihak PG dan akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda.

6. Jadi Tokey Emas Tanpa Jual Emas

Untuk jadi Dealer Public Gold, anda perlu membuat belian tertentu dan akan mendapat emas/perak di tangan anda. Sekiranya anda berjaya jual semua emas tersebut kepada sesiapa sahaja hingga tiada langsung emas di tangan anda, status Dealer anda masih kekal.

Apabila ada pelanggan baharu minat nak tahu ILMU EMASanda ajar sahaja dengan tenang. Apabila prospek minat nak beli emas, anda ajar cara beli emas dengan Public Gold. Apabila prospek dah jadi pelanggan Public Gold dan beli emas dari Public Gold, anda akan dapat insentif. Di sini anda adalah ‘Introducer’ kepada pelanggan tersebut. Pelanggan tersebut adalah ‘hak’ anda selamanya.

Inilah maksud jadi Tokey emas tanpa jual emas. Anda hanya ajar ilmu emas kepada pelanggan. Yang miliki emas di sini adalah Public Gold. Yang jual emas pun adalah Public Gold. Anda hanya ‘lead’ pelanggan beli emas dengan Public Gold.

7. Berniaga Emas tanpa Ada Kedai Emas

Dealer Public Gold hanya keluarkan modal untuk jadi dealer emas sahajaTidak perlu fikir nak cari modal untuk sewa premis atau kedai untuk jalankan perniagaan emas. Anda adalah Dealer Public Gold yang bertugas sebagai penyebar maklumat mengenai pelaburan emas dan pembelian emas dengan cara yang terbaik dan betul. Tugas nak sediakan kedai, sediakan pejabat, sediakan cawangan, sediakan stok emas, sediakan alatan promosi, sediakan sistem dan sebagainya adalah tanggungjawab muktamad pihak Public Gold.

8. Perniagaan 24 Jam

Dalam arus pemodenan dan kemajuan industri komputer dan internet, Public Gold tidak ketinggalan dalam memastikan perniagaan emasnya bergerak selari dengan kehendak pasaran. Sebahagian besar urusniaga Public Gold dijalankan secara atas talian (online). Pelanggan boleh beli emasjual emas, pajak emas, simpan emas melalui online dengan Public Gold. Dan ianya telah disahkan Patuh Shariah kerana ianya disandarkan 100% oleh emas fizikal. Apabila kita sebut perniagaan online, sudah tentu ianya boleh dikatakan hampir bergerak tanpa henti.

Urusniaga jual beli emas dengan Public Gold boleh dilakukan di mana sahaja setiap masa dengan syarat ada sambungan internet. Hari cuti pun boleh beli emas dengan Public Gold. Tidak pernah tutup kedai online walau pejabat Public Gold beroperasi hanya pada waktu pejabat.

Anda di Timur tanah air, tiada masalah bagi seorang pelanggan untuk membeli emas Public Gold melalui anda walau meraka berada di Barat, Utara, Selatan atau di mana-mana jua mereka berada. Anda cuma perlu ajar pelanggan guna sistem online Public Gold untuk berurusniaga.

9. Ilmu Emas Percuma

Anda akan diberikan orientasi percuma, seminar emas percuma, info-info percuma mengenai emas oleh Public Gold. Kebiasaannya, program-program ini dianjurkan di pejabat-pejabat cawangan Public Gold seluruh Malaysia dengan menampilkan mentor-mentor emas yang berpengalaman sebagai penceramah. Dengan maklumat yang diperoleh dari program-program tersebut, anda dengan bebas boleh mengolah segalanya mengikut kreativiti dan kebijaksanaan anda dan sampaikan kepada masyarakat.

Anda juga digalakkan bekerjasama dan mengenali dealer-dealer Public Gold lain walaupun mereka di dalam rangkaian yang berbeza. Apabila sesuatu perkara dibuat secara ramai-ramai, sudah tentu percambahan idea dan strategi memajukan perniagaan juga akan datang dari pemikiran yang pelbagai.

Selain itu, anda boleh sertai group-group khas media sosial untuk mendapatkan ilmu emas dari mentor-mentor emas Public Gold secara percuma. Contohnya FB Page yang dibuat khas untuk penyertaan dealer-dealer Public Gold sahaja. Di situ anda akan mendapat banyak ilmu mengenai selok-belok, teknik-teknik penyelesaian masalah, teknik close pelanggan, kemaskini maklumat terbaharu, peluang menambahbaik sistem sedia ada, webinar emas dan sebagainya. Paling penting, ianya adalah percuma!.

10. Perniagaan Emas Public Gold Boleh Diwarisi

Sebagai Dealer Public Gold, anda boleh menamakan seseorang (nominee) sebagai orang untuk diamanahkan bagi mewarisi empayar perniagaan anda sekiranya anda tiada kelak (Allah Maha Mengetahui). InshaAllah, hasil usaha anda tidak akan sia-sia dan tidak akan jatuh ke tangan orang lain. Ianya akan diwarisi oleh keluarga terdekat atau orang yang anda percayai.

11. Akses Jana Pendapatan di PG Mall

PG Mall adalah sebuah platform beli-belah online milik Public Gold yang menjual barangan keperluan harian seperti makanan & minuman, pakaian, alat solek, ubat-ubatan, barangan penjagaan bayi, fashion & aksesori, barangan automotif, barang kemas & perhiasan dan sebagainya.

Sebagai seorang Dealer Public Gold, anda secara automatik akan mendapat akses ke PG Mall dan semua pelanggan dan dealer lain dalam rangkaian anda akan menjadi rakan empayar perniagaan anda di dalam pusat perniagaan (business center) di PG Mall.

Di PG Mall, anda juga berpeluang menjana pendapatan pasif dengan hanya mempromosikan PG Mall dan mengajak orang ramai untuk membeli-belah di PG Mall. Untuk maklumat lanjut, baca juga Mengenai PG Mall dan Peluang Jana Pendapatan Pasif Tanpa Modal di PG Mall.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?