PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

Cara Bermula

3 min read

Terdapat 5 langkah penting yang perlu anda lakukan untuk memulakan simpanan emas:

LANGKAH #1: PENDAFTARAN AKAUN PUBLIC GOLD

Untuk pendaftaran percuma, sila pilih dan klik butang “Daftar Akaun Public Gold” di bawah ini :

Kemudian isikan maklumat dalam borang yang disediakan dengan lengkap.

Beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa mengisi borang:

1) Isikan nama penuh di medan “Full Name (As Per IC)”. Pastikan sama seperti di kad pengenalan anda.

2) Semak semua butiran dan pastikan semua maklumat betul sebelum klik butang “SUBMIT”

3) Klik butang “SUBMIT”

LANGKAH #2: VERIFIKASI AKAUN PUBLIC GOLD

Selepas pendaftaran,

1️⃣ Klik pada link website Public Gold

2️⃣ Masukkan No KP (tanpa sengkang) sebagai Username dan Password.

3️⃣ Nombor TAC akan dihantar ke email / sms. Masukkan nombor TAC yang diberikan.

4️⃣ Klik Log in

✅ Nota: Selepas pembelian pertama, anda akan menerima no keahlian PG Code (PG00XXXXXX) sebagai username kekal. Rujuk Langkah #5 di bawah untuk pembelian

LANGKAH #3: KEMASKINI PROFILE & BANK INFO

Untuk kemaskini profile dan info bank, klik My Account pada akaun Public Gold anda selepas log masuk.

Skrol ke bawah sehingga anda dapat lihat butang hijau “Update Profile” dan “Update Bank Info”.

Kemaskini 1: Butiran Peribadi

  1. Untuk kemaskini butiran peribadi, sila klik UPDATE PROFILE.
  2. Isi semua maklumat yang masih tidak lengkap.
  3. Semua maklumat wajib diisi kecuali yang dinyatakan sebagai OPTIONAL.
  4. Untuk Occupation dan Industry, jika tidak berkenaan, pilih “OTHERS”
  5. Untuk Company Name, jika tidak bekerja, tuliskan “TIDAK BERKENAAN”.
  6. Untuk ahli yang berumur 18 tahun dan ke atas, sila upload gambar kad pengenalan yang jelas pada ruangan “CHOOSE FILE” iaitu gambar hadapan kad pengenalan pada choose file pertama dan gambar belakang kad pengenalan pada choose file kedua.
  7. Untuk kanak kanak berumur bawah 18 tahun, sila upload gambar hadapan dan belakang surat beranak anda.

Selepas selesai, klik request TAC dan TAC NUMBER akan dihantar melalui SMS ke telefon anda.

Kegagalan untuk melengkapkan kemaskini butiran diri boleh menyebabkan proses tuntutan emas anda kemudian hari terganggu.

Kemaskini 2: Butiran Bank Info

  1. Untuk kemaskini maklumat bank, sila klik UPDATE BANK INFO.
  2. Isi semua maklumat bank anda kecuali BANK SWIFT CODE (kosongkan).
  3. Untuk bank akaun ID, masukkan nombor kad pengenalan anda.

Untuk bank attachment, masukkan penyata akaun anda. Penyata akaun perlu mengandungi bank header (logo bank), nama pemegang akaun dan nombor akaun bank.

Penyata akaun boleh didapati melalui online banking anda seperti Maybank2u, Cimbclicks dan sebagainya. Contoh penyata adalah seperti di bawah.

Untuk kanak kanak bawah 18 tahun, sila masukkan maklumat bank ibu atau bapa atau penjaga yang didaftarkan. Untuk urusan jualan emas, wang hasil jualan akan dimasukkan ke akaun penjaga yang didaftarkan.

Kegagalan untuk kemaskini butiran bank boleh menyebabkan urusan penjualan atau pajakan emas anda terganggu.

LANGKAH #4: MUAT TURUN APP PUBLIC GOLD

Download aplikasi ‘PUBLIC GOLD’ ke telefon anda.

Login akaun Public Gold anda melalui website rasmi atau aplikasi Public Gold menggunakan PGcode anda sebagai username.

Bagi pengguna Android seperti Samsung, Honor, Oppo dan lain-lain, sila klik di bawah ini

Bagi pengguna Iphone, sila klik di bawah ini

LANGKAH #5: PEMBELIAN EMAS PERTAMA

Pembelian pertama perlu dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran atau selewat-lewatnya 7 hari selepas pendaftaran.

Bajet kecil bawah RM1,000?

Kaedah paling baik ialah Akaun Emas Gold Accumulation Program (GAP). Baca 20 Kelebihan Akaun Gold Accumulation Program (GAP)

Boleh mula serendah RM100. Bila cukup gram emas dalam akaun, anda boleh keluarkan emas fizikal sekecil 1 gram (ketulenan 999.9). Klik GAP dan klik Buy. Kemudian follow langkap berikut.

Bajet atas RM1,000?

Saya cadangkan beli emas fizikal pertama bermula 1 Dinar ataupun Gold Bar 10 gram. Jika nak lebih baik, ambil gram yang lebih besar lagi sebab ia lebih berbaloi seperti Gold Bar 100 gram dan keatas.

Tahniah, anda sudah mula menyimpan emas hari ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?