Graf dan sejarah harga emas amat penting kepada penyimpan emas bagi memantau harga dan membuat keputusan jika ianya waktu yang sesuai untuk beli atau jual emas. Saya kongsikan graf harga mentah sumber kitco.com untuk kita melihat sejarah harga emas sejak tahun 1995. Kemudian saya juga kongsikan harga emas harian di Malaysia yang direkodkan setiap hari pada harga akaun emas Public Gold – Gold Accumulation Program (GAP)
Sejarah Harga Emas

Potensi harga emas sangat tinggi! Jika kita lihat graf dan bandingkan harga sejak tahun 90an, harga emas naik tinggi pada tahun 2011-2013 sebelum sekali lagi melonjak pada tahun 2019-2020. Tahun 2019 menyaksikan kenaikan atas pelbagai faktor, antara faktor terbesar ialah perang ekonomi US-China. Tahun 2020 pula kita diuji dengan wabak Coronavirus Covid-19 yang telah menyebabkan kejatuhan ekonomi. Ini menyebabkan ramai yang pilih pelaburan emas kerana keutuhan nilainya seterusnya menyebabkan demand ke atas emas meningkat mendadak.
Sejarah Harga Emas Malaysia
Harga emas harian di Malaysia bagi akaun emas Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold di bawah telah direkod bagi membantu anda mengkaji dan melihat perkembangan terkini harga emas dari semasa ke semasa.
Setiap bulan, saya akan kongsikan senarai harga dan analisa ringkas harga emas. Boleh dilihat di bawah:
Ogos 2023: Fuh, Harga Emas Mula Naik Di Penghujung Ogos 2023!
Julai 2023: Harga Emas Julai 2023 Turun. Ini sebabnya.