PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

PG Mall – Online Shopping Mall Terbaik

7 min read

Apa Itu PG Mall?

Sebelum pergi lebih detail tentang PG Mall, eloklah saya jelaskan apa kaitan Public Gold dan PG Mall. Public Gold ialah sebuah syarikat jual beli emas terbesar di Malaysia. Terdapat 3 bisnes utama Public Gold setakat ini, iaitu:

  1. Jual beli emas dan perak untuk pelaburan.
  2. Aurora Italia, barang kemas yang premium.
  3. PG Mall, online shopping mall.

Jadi, PG Mall merupakan salah satu cabang bisnes Public Gold selain dari menyediakan platform terbaik untuk jual beli emas pelaburan

PG Mall secara ringkasnya ialah sebuah platfrom Online Shopping Mall yang beroperasi menggunakan konsep e-commerce sejak 2017. Ia sama seperti Lazada, Shopee, 11Street, Zalora dan banyak lagi.

Fokus dan matlamat utama Public Gold adalah untuk membantu orang ramai mendisiplinkan diri dalam membuat simpanan demi masa depan yang lebih baik.

Halangan terbesar dalam membuat simpanan adalah kos perbelanjaan yang tinggi bagi membeli barangan keperluan asas sehingga menyebabkan duit gaji tidak mencukupi untuk membuat simpanan.

Kerana itu Public Gold melancarkan PG Mall, platform membeli belah secara atas talian bagi membantu orang ramai berbelanja dengan jimat melalui pelbagai tawaran diskaun dan pendapatan tambahan supaya sebahagian dari duit gaji dapat diasingkan untuk tujuan simpanan masa hadapan.

Berbeza dengan mana mana platform ‘online shopping’ lain, PG Mall menggunakan konsep ‘consumerchant’ di mana anda boleh menukar perbelanjaan kepada pendapatan.

PG Mall tersenarai di tempat kedua senarai platform ‘online shopping’ paling dipercayai di Malaysia mengatasi Lazada dan Zalora.

PG Mall menawarkan pelbagai jenis produk keperluan dengan harga berpatutan dan lebih menarik, pelbagai tawaran diskaun dan voucer penjimatan disediakan.

Setiap ahli Public Gold yang berdaftar boleh ‘log in’ ke akaun PG Mall dengan menggunakan username dan password yang sama seperti akaun Public Gold.

Bagi pengguna yang tidak mempunyai akaun Public Gold , boleh buat pendaftaran di halaman ini. Sesiapa sahaja termasuk bukan pemilik akaun Public Gold boleh membeli belah di PG Mall.

Contoh Penjimatan Membeli Belah Di PG Mall.

Sebagai contoh , pada 24 Disember 2021, saya membeli 1 unit ‘storage rack’ berharga RM130.50 (harga RM115 + postage RM15.50) tetapi saya hanya perlu membayar RM6.26 sahaja.

JIMAT RM124.24!

PENJIMATAN 1 : Bersempena penghujung tahun 2021, ‘seller’ menawarkan diskaun dengan menurunkan harga dari RM115 kepada RM103.50.

JIMAT RM11.50!

PENJIMATAN 2 : PG Mall pula menawarkan diskaun Go E-Commerce (sapot lokal) dengan diskaun sebanyak RM35 untuk pembelian melebihi RM100 dan kos penghantaran sebanyak RM7 sepanjang bulan Disember 2021 dengan kod diskaun GE35.

JIMAT RM42!

PENJIMATAN 3 : Cashback 0.5% dari jumlah bayaran setiap kali membeli belah di PG Mall dan dimasukkan ke dalam C-wallet akaun PG Mall.

Memandangkan saya sudah lama membeli belah di PG Mall, saya berjaya mengumpul RM30.74 cashback dalam C-wallet saya dan boleh digunakan untuk membeli belah di PG Mall.

JIMAT RM30.74!

PENJIMATAN 4 : Salah 1 kaedah pembayaran adalah melalui C-wallet yang boleh ditambah nilai menggunakan GRABPAY. Untuk pengguna PG Mall, GRABPAY menawarkan diskaun RM40 untuk pengguna baru yang menambah nilai C-wallet sekurang kurangnya RM100 sepanjang Disember 2021 melalui code diskaun ‘NEWGRABPAY’.

Ini bermakna, saya cuma perlu membayar RM60 untuk tambah nilai C-wallet sebanyak RM100.

JIMAT RM40!

Jumlah keseluruhan penjimatan :
= RM11.50 + RM42 + RM30.74 + RM40
= RM124.24

Jadi, harga yang saya perlu bayar untuk membeli 1 unit storage rack berharga RM130.50 hanya RM6.26 sahaja! Menarik bukan?

Berbelanja Dengan Bijak

Berikut saya senaraikan 6 cara bijak menggunakan platform PG Mall :

1) Kupon Diskaun PG Mall

Setiap bulan, PG Mall akan menawarkan kupon diskaun untuk tempoh masa tertentu yang boleh digunakan untuk membeli belah.

Contoh kupon yang pernah ditawarkan :

– Kupon Store Launch (20 – 26 Disember 2021) dengan diskaun sebanyak RM35 dan penghantaran percuma menggunakan kod GE35 atau diskaun RM15 dan penghantaran percuma menggunakan kod GE15LAGI.

– Kupon Nutrient Booster Sales (25-30 November 2021) dengan diskaun sebanyak RM15 untuk pembelian susu anak menggunakan kod SMONEW50.

Dan banyak lagi!

Cara Menggunakan Kupon Diskaun

Step 1 : Login akaun PG Mall anda dan klik pada promosi yang ditunjukkan pada banner.

Step 2 : Klik Claim pada kupon yang ditawarkan. Kemudian, pilih produk yang ingin dibeli.

Step 3 : Semasa ingin membuat pengesahan harga, klik ‘select coupon’ pada ruangan PG Mall Coupon.

Step 4 : Pilih coupon yang anda ingin gunakan dan harga perlu dibayar selepas diskaun akan ditunjukkan.

Step 5 : Teruskan dengan pembayaran dan tunggu produk yang anda inginkan sampai ke rumah.

2) Kupon Diskaun PG Seller

Selain kupon diskaun yang disediakan PG Mall, penjual atau seller di PG Mall juga tidak ketinggalan untuk menawarkan tawaran kupon diskaun.

Anda boleh semak senarai kupon yang disediakan penjual di ‘Voucer center’ dan kupon diskaun berkenaan boleh digunakan untuk membeli produk yang ditawarkan mereka.

3) Cash Voucher Shake The World

Bagi pengguna PG Mall yang menggunakan aplikasi PG Mall yang boleh didownload ke telefon anda, anda berpeluang menerima cash voucher yang akan dimasukkan ke dalam C-wallet anda bagi tujuan membeli belah.

Caranya mudah, hanya klik icon Shake The World pada aplikasi anda dan goncangkan telefon anda dan anda berpeluang menerima voucher C-wallet dari RM0.10 sehingga RM5.00 secara percuma.

4) Life Time Cashback

Selain dari tawaran kupon diskaun, PG Mall juga menawarkan pulangan tunai atau cashback kepada semua pengguna PG Mall setiap kali anda membeli belah di PG Mall.

Setiap kali anda berbelanja di PG Mall, anda akan menerima pulangan tunai 0.5% dari jumlah pembelian anda dan pulangan tunai ini akan dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam C-wallet anda pada 25 hari bulan berikutnya.

Sebagai contoh, anda membeli 1 unit peti sejuk dari PG Mall pada 1 Januari yang berharga RM1000. Jadi pada 25 Januari, anda akan menerima RM5 pulangan tunai di dalam C-wallet anda bagi kegunaan untuk pembelian berikutnya.
= 0.5% x RM1,000 = RM5

Pulangan tunai ini akan diberikan setiap kali anda membuat pembelian di PG Mall sepanjang hayat anda!

5) Referral Incentive (Dropship)

Bagi pengguna PG Mall yang ingin berbelanja tanpa menggunakan duit gaji, mereka boleh menjana pendapatan sampingan sebagai agen dropship PG Mall dengan berkongsi kelebihan membeli belah di PG Mall di media sosial seperti whatsapp status, facebook, instagram dan sebagainya.

Sebagai contoh, Siti adalah pengguna PG Mall atau dengan status keahlian Shopper membuat pembelian peti sejuk bernilai RM1,000. Maka Siti akan menerima pulangan tunai 0.5% iaitu RM5.

Kemudian, Siti kongsikan referral link untuk pembelian peti sejuk berkenaan di Facebook dan menarik perhatian Ani.

Ani membeli 2 unit peti sejuk berharga RM2,000 itu dan Ani akan menerima pulangan tunai RM10 (0.5%)

Sebagai penghargaan kepada Siti kerana mempromosikan PG Mall kepada Ani, Siti juga akan menerima referral incentive sebanyak RM10 (0.5%).

Kemudian, Ani pula berkongsi referral link pembelian peti sejuk itu di Instagram beliau menyebabkan Mimi pula membeli 1 unit peti sejuk berharga RM1,000. Maka, PG Mall akan memberikan referral incentive sebanyak RM5 (0.5%) kepada Siti dan Ani.

Menarik berkenaan sistem referral ini, Ani dan Mimi akan kekal sebagai referral customer Siti selama-lamanya.

Bermakna, setiap kali referral customer membuat pembelian , setiap kali itulah Siti akan menerima referral incentive sebanyak 0.5%.

RM100 pertama incentive akan dimasukkan ke dalam C-wallet dan selebihnya akan dimasukkan ke dalam bank akaun anda pada 25 hb berikutnya.

KONGSIKAN SEKALI SAHAJA TETAPI INCOME BERKALI KALI!

Cara Berkongsi Referral Link

Kaedah 1 : Referral link pendaftaran

Step 1 : login akaun PG Mall anda.

Step 2 : Klik pada My Account.

Step 3 : Klik COPY pada ruangan invite your friend.

Step 4 : Paste link berkenaan di media sosial anda.

Kaedah 2 : Referral link produk.

Step 1 : login akaun PG Mall anda.

Step 2 : Pilih dan klik mana mana produk yang anda ingin promosikan.

Step 3 : Klik logo Share pada produk berkenaan.

Step 4 : Pilih dan paste link pada mana mana media sosial yang anda ingin gunakan

6) PG Mall Priviledged Customer

Dalam PG Mall, terdapat 2 jenis keahlian pengguna iaitu Shopper dan Priviledged Customer.

1 – SHOPPER

Sesiapa sahaja boleh mendaftar untuk menjadi pengguna PG Mall dan dikenali sebagai Shopper. Selain itu, penyimpan emas di Public Gold juga dikenali sebagai Shopper.

Shopper layak untuk mendapat :

  • Pulangan tunai atau cashback 0.5% dari pembelian sendiri.
  • Referral incentive 0.5% dari pembelian referral customer sehingga 2 generasi di bawah mereka.

2 – PRIVILEDGED CUSTOMER – SUPER SHOPPER

Bagi dealer Public Gold berpangkat Normal Dealer , mereka dikenali sebagai Super Shopper.

Super Shopper layak untuk mendapat :

  • Pulangan tunai atau cashback 1.0% dari pembelian sendiri.
  • Referral incentive 1.0% dari pembelian Shopper yang mereka perkenalkan.
  • Referral incentive 0.5% dari pembelian Super Shopper yang mereka perkenalkan.

3 – PRIVILEDGED CUSTOMER – PREMIUM SHOPPER

Bagi dealer Public Gold berpangkat Priority Dealer , mereka dikenali sebagai Premium Shopper.

Premium Shopper layak untuk mendapat :

  • Pulangan tunai atau cashback 1.5% dari pembelian sendiri.
  • Referral incentive 1.5% dari pembelian Shopper yang mereka perkenalkan.
  • Referral incentive 1.0% dari pembelian Super Shopper yang mereka perkenalkan.
  • Referral incentive 0.5% dari pembelian Premium Shopper yang mereka perkenalkan.

4 – PRIVILEDGED CUSTOMER – ELITE SHOPPER

Bagi dealer Public Gold berpangkat Master Dealer , mereka dikenali sebagai Elite Shopper.

Elite Shopper layak untuk mendapat :

  • Pulangan tunai atau cashback 2.0% dari pembelian sendiri.
  • Referral incentive 2.0% dari pembelian Shopper yang mereka perkenalkan.
  • Referral incentive 1.5% dari pembelian Super Shopper yang mereka perkenalkan.
  • Referral incentive 1.0% dari pembelian Premium Shopper yang mereka perkenalkan.
  • Referral incentive 0.5% dari pembelian Elite Shopper yang mereka perkenalkan.

Apakah produk yang boleh dibeli melalui platform PG Mall?

Terdapat banyak produk yang boleh dibeli melalui PG Mall. Ia semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Saya nak kongsikan beberapa produk yang ada di PG Mall antaranya :

i. Produk keluaran Nestle

Nestle adalah antara jenama yang terdapat di PG Mall. Selain Nestle, ada banyak lagi jenama terkenal yang sudah berada di PG Mall. Kalau sebelum ini, anda merupakan pengguna bagi jenama ini, apa kata selepas ini anda tukar tempat membeli. Beli sahaja di PG Mall.

ii. Makanan tambahan keluaran Blackmores

Jenama Blackmores ini adalah salah satu jenama yang popular dan banyak dijual di pasaraya dan farmasi.

Kalau pergi ke farmasi, watson, atau guardian anda boleh lihat jenama ini.

iii. Buku dan bahan bacaan

Terdapat banyak pilihan buku-buku yang antara paling popular buku wang emas, rich dad poor dad, buku-buku pengurusan kewangan, agama, ilmiah dan banyak lagi.

Banyak lagi produk-produk lain yang ada di PG Mall seperti barang automatif, barangan dapur dan sebagainya.

Berbelanjalah Dengan Bijak Melalui PG Mall

Kesimpulannya, terlalu banyak tawaran yang disediakan oleh Public Gold melalui PG Mall.

Mahu tak mahu, kita tidak dapat elak dari berbelanja terutamanya untuk barangan keperluan asas. Jadi, berbelanjalah di PG Mall dan gunakan semua tawaran yang ditawarkan sebaik mungkin.

Jika anda tidak membeli di PG Mall, anda tetap perlu membeli barangan keperluan di mana mana kedai di luar sana. Bezanya, anda boleh menjimatkan wang gaji anda di PG Mall.

Jadi, kenapa perlu bayar lebih?

Jika anda benar benar menggunakan semua kelebihan yang ada, tak mustahil anda boleh berbelanja sepanjang bulan tanpa menggunakan duit gaji anda walau satu sen sekalipun. Bahkan anda mungkin dapat menjana pendapatan tambahan yang lebih tinggi dari pendapatan bulanan anda melalui PG Mall referral system.

Tahniah kepada mereka yang telah mendaftarkan diri dengan PG Mall.

Klik untuk mula berbelanja di PG Mall

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?