PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

Asas Pelaburan Emas

4 min read

Apakah dimaksudkan pelaburan emas? Dan bagaimana dikatakan pelaburan emas yang betul? Apakah perkara paling asas perlu tahu sebelum melabur dalam emas? Ini persoalan asas dan paling penting bagi siapa yang nak melabur dalam emas, ataupun mahu membeli emas sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang.

Ada empat (4) perkara asas paling penting perlu tahu bagi siapa yang nak faham tentang pelaburan emas sebenar, dan elakkan kerugian serta penipuan dalam pelaburan emas.

Asas #1 – Mesti Emas Fizikal

Pelaburan emas sebenarnya adalah jual beli emas. Kita beli emas seperti beli emas perhiasan di kedai emas. Beli emas, dapat emas. Ia bukan seperti kebanyakkan pelaburan lain yang kita perlu serahkan duit kita untuk dilaburkan dan menunggu pulangan setiap tahun seperti ASB, Tabung Haji, Fixed Deposit, Unit Trust, Saham dan sebagainya.

Mana-mana pelaburan emas yang tiada emas fizikal, ia bermasalah. Samada ia adalah skim cepat kaya bertopengkan emas ataupun ia bermasalah dari sudut syariah.

Ini gold bar 100 gram keluaran Public Gold. Beli emas, mesti dapat emas fizikal. Public Gold sebagai syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia keluarkan item emas sekecil 0.5 gram hingga sebesar 1 kilogram.

Jadi kalau melabur dalam emas, pastikan beli emas dapat emas. Bukan sekadar dapat kertas atau janji bulan dan bintang. Persoalan samada emas itu kita simpan sendiri atau serahkan kepada pihak lain untuk simpankan, itu persoalan lain. Yang penting, kita dapat hak milik emas tersebut dan boleh dikeluarkan untuk disimpan sendiri pada bila-bila masa kalau kita mahu.

Asas #2 – Beli Harga Rendah, Jual Harga Tinggi

Asas mendapat keuntungan pelaburan emas hanyalah “beli harga rendah, jual harga tinggi”. Ia selalu disebut sebagai “buy low sell high”. Emas tiada pulangan seperti dividen yang kita mendapat keuntungan tanpa perlu menjual pelaburan tersebut. Itu kekurangan paling ketara emas.

Kalau simpanan di Tabung Haji atau ASB, kita boleh dapat keuntungan berbentuk dividen setiap tahun tanpa perlu keluarkan duit kita di akaun Tabung Haji atau ASB. Kalau hartanah (property), kita boleh dapat keuntungan berbentuk sewaan setiap bulan tanpa perlu menjual hartanah tersebut. Ia ibarat pokok yang menghasilkan buahnya. Kita tak perlu tebang pokok tersebut untuk memakan hasilnya.

Berbeza dengan emas. Emas kita perlu menjualnya terlebih dahulu untuk mendapatkan keuntungan berbentuk wang ringgit. 

Setiap aset pelaburan, ada kelebihan, kekurangan, dan fungsinya tersendiri. Jadi kita perlu tahu matlamat kewangan kita, dan gunakan setiap aset pelaburan tersebut dengan bijak untuk mencapai matlamat kita sendiri.

Harga emas dunia mula naik sejak 1971, iaitu sejak duit kertas US Dollar tidak lagi disandarkan kepada emas. Sebelum tahun 1971, tiada istilah “pelaburan emas” sebab wang kertas itu sendiri sebenarnya adalah voucher mewakili emas yang disimpan di bank-bank. Hakikat yang kita perlu tahu, bukan harga emas itu yang  naik, tetapi nilai duit kertas itu yang jatuh menyebabkan kita terpaksa bayar harga lebih mahal untuk dapat emas yang

Asas #3 – Emas Sebagai Pelaburan ataupun Simpanan?

Emas boleh dijadikan sebagai pelaburan, dan emas juga boleh dijadikan sebagai simpanan. Beli emas sebagai pelaburan bermaksud melihat emas pada naik turun harganya seperti saham. Emas itu tak penting, yang penting dapat keuntungan dari kenaikan harga emas. Fokus PELABUR emas ialah pertambahan WANG RINGGIT. Keuntungan bagi “pelabur” hanyalah beli harga rendah, jual harga tinggi. Itu sahaja.

Sebaliknya emas juga boleh dijadikan sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang. Fokus PENYIMPAN emas ialah pertambahan GRAM emas yang berjaya dikumpul. Kalau tahun ini berjaya kumpul 100 gram emas, maka tahun depan dia akan pastikan simpanannya meningkat menjadi 150 gram atau 200 gram. Harga tinggi rendah dia tak ambil kisah, janji jumlah GRAM emasnya semakin bertambah. Bila harga emas turun, mereka sangat gembira sebab dia boleh membeli lebih banyak aset yang mahal (iaitu emas) pada harga murah.

Golongan penyimpan emas, mereka target pertambahan GRAM emas dari semasa ke semasa. Mereka boleh membeli emas sekecil 1 gram setiap bulan.
Ada juga yang beli emas menggunakan kaedah GAP

Selalunya golongan yang menjadi lebih kaya dengan emas ialah golongan penyimpan, bukan pelabur. Sebab fokus penyimpan ialah pastikan jumlah emasnya sentiasa bertambah. Bila ada emas, confirm dia ada duit. Bila-bila nak pakai duit, dia boleh jual atau pajak sahaja untuk dapatkan tunai segera! Itulah mindset seorang penyimpan emas tegar.

Asas #4 – Ilmu Kunci Mendapat Keuntungan Dengan Emas

Kunci mendapat keuntungan dalam emas (atau apa-apa pelaburan sekalipun) ialah ilmu. Bukan emas yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu kita tentang emas. Bukan hartanah yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu kita tentang hartanah.

Apa-apa pelaburan sekalipun, ada orang yang berjaya dan ramai yang tidak berjaya. Yang membezakan orang berjaya dengan yang lain ialah ilmunya. Pelaburan hartanah sebagai contohnya, ia dikatakan pelaburan yang selamat. Tetapi ramai yang kerugian besar dalam hartanah sebab melabur tanpa ilmu.

Jadi kalau nak mendapat keuntungan dengan emas, ambil masa dapatkan ilmu dulu tentang emas.

Jadi itulah serba ringkas tentang asas pelaburan emas. Maklumat seterusnya boleh klik di bahagian Artikel berkaitan.

Semoga bermanfaat. Hubungi saya untuk bimbingan emas percuma. Klik 013-6305658

Mohd Fakhruddin Mohd Subari
Dealer Emas Public Gold Patuh Syariah
013-6305658

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?