PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

3 Cara Beli Emas Public Gold

4 min read
1 Dinar Emas
Gold Bar BungaMas 10 gram

Kebiasaannya saya akan tanya klien emas, berapa bajet yang mereka sedia untuk beri komitmen belian pertama emas. Kalau boleh bajet sekitar RM300 sebulan, saya akan sarankan untuk beli 1 dinar emas atau Gold Bar BungaMas Series 10 gram sebagai benchmark pertama. Jika tidak, saya akan cadangkan buat belian dengan Akaun Emas GAP, mula dengan 1 gram atau paling minimum RM100.

Baiklah, sebenarnya ada 3 cara belian emas Public Gold iaitu:

  1. Belian Tunai – Bayar full payment dan collect emas
  2. Belian Shariah EPP4 atau EPP10
  3. Akaun simpanan emas GAP

1. Belian Tunai – Bayar full payment dan collect emas

Rujuk harga PG SELL di website Public Gold dan tambah Gold Premium seperti dibawah:

Harga semasa 31 Januari 2021
Kos Premium Gold & Silver

Jadi kiraan harga kalau beli tunai:

PG SELL + GOLD PREMIUM

Jika anda berminat nak beli, hantar maklumat dibawah kepada WhatsApp saya di 013-6305658

  1. Nama penuh : 
  2. No Kad Pengenalan:
  3. Emel yang berfungsi:
  4. No Telefon:
  5. Item dibeli: 1 Dinar Emas x 1 keping
  6. Payment: Tunai
  7. Collect emas di Branch: Cawangan Bangi (Contoh)
  • Profoma Invoice akan dihantar terus  ke email anda.
  • Snapshot gambar resit atau simpan pdf (saya sarankan anda guna online banking untuk elak masalah resit hilang atau ink pudar kalau guna Cash Deposit Machine.)
  • Bawa resit original ke Cawangan Public Gold untuk ambil emas. Selesai! (Yang jauh, boleh pos berinsurans penuh terus sampai ke RUMAH)

2. Belian Shariah EPP4 atau EPP10

Rujuk harga PG SELL di website Public Gold dan tambah Gold Premium dibawah:

Harga semasa 31 Januari 2021
Kos EPP premium

Jadi kiraan harga kalau beli secara EPP:

PG SELL + GOLD PREMIUM + EPP PREMIUM

Jika anda berminat nak beli, hantar maklumat dibawah kepada WhatsApp saya di 013-6305658

  1. Nama penuh : 
  2. No Kad Pengenalan:
  3. Emel yang berfungsi:
  4. No Telefon:
  5. Item dibeli: 1 Dinar Emas x 1 keping
  6. Payment: EPP4
  7. Collect emas di Branch: Cawangan Ampang (contoh)
  • Public Gold akan emailkan invoice untuk anda buat pembayaran pertama.
  • Pembayaran bulan pertama lebih sedikit sebab tambah Caj Premium dan EPP Premium.
Dinar baru public gold - Tok Peraih Emas
Dinar baru, didatangkan bersama capsule & Sijil Ketulenan Assayer bertauliah.

Contoh Jadual Syariah EPP:

EPP4 untuk 1 Dinar Emas

Contoh jadual EPP10 untuk 10 gram BungaMas

Harga yang anda bakal lock adalah ikut harga semasa (real-time) semasa invoice dibuka
10 gram BungaMas Public Gold
  • Bayar pakai FPX ajemudah, pantas dan tiada extra caj RM1 macam dulu (saya sarankan anda guna online banking untuk elak masalah resit hilang atau ink pudar kalau guna Cash Deposit Machine.)
  • Bayaran seterusnya pada tarikh sama pada bulan berikutnya. (rujuk jadual atas)
  • Selesai bayaran ikut jadual, ataupun bayar habis awal, anda terus set appointment dengan staff + website untuk collect emas anda. Nak pos terus ke rumah pun boleh, fully insured tahu!
  • Nota: Walaupun harga emas naik selepas kunci harga, invoice anda tidak akan berubah. Masih tetap pada harga di lock.
Bermula bulan ini, semua item emas berharga RM1,700 keatas sahaja LAYAK buat belian secara Syariah EPP10. Walaupun begitu, EPP10 untuk 1 dinar (4.25gram) kadang2 dibuka semasa Promosi FB Live.

Kalau tidak bayar 1 bulan EPP sebab terlupa, bulan seterusnya sila bayar 2 bulan sekaligus pada bulan seterusnya.

Kalau memang tiada cash untuk bayar bulanan EPP,  akaun PG anda akan dibekukan sehingga caj 5% penalty daripada jumlah belian selesai dibayar.

Contoh:Caj 5% Penalty bagi emas berharga RM3,000 ×5% = RM150

Kalau sudah buat deposit bulanan EPP sebelum ini,anda boleh request PG potong daripada jumlah bayaran yang sudah dibayar. Selebihnya, PG akan refund. *T&C

Tips:

1. Gunakan kemudahan Syariah EPP, perlu ready ada cash dalam tangan pada tarikh-tarikh pembayaran bulanan. Ataupun ready dalam tangan emas 999.9 beratnya 50% dan keatas daripada emas item EPP yang dibeli.

Contoh EPP item 10gram, pastikan ada 5gram emas fizikal dalam tangan. Boleh jual ataupun gadaikan just in case cash sedang sesak .

2. Cara lain , buat belian emas paling kecil seperti 1dinar secara EPP10 (sekiranya Ada offer FB live) .

3. Untuk bajet RM100 sebulan, memadai beli emas dengan kemudahan akaun emas GAP.

3. Akaun emas GAP

GAP ialah singkatan bagi Gold Accumulation Program, program kumpul emas sikit-sikit dalam akaun boleh mula serendah RM100 dan tiada had maksimum. Tiada caj simpan, patuh syariah dan dilindungi insurans. Boleh keluarkan emas pada bila-bila masa jika inginkan. Namun wajib ada baki 1 gram dalam akaun emas GAP supaya akaun kekal aktif.

Contohnya jika nak redeem emas fizikal 1 Dinar (4.25 gram) melalui akaun GAP, anda mesti tinggalkan baki 1 gram. Maksudnya kalau berhasrat nak keluarkan sekeping 1 dinar (4.25 gram), anda mesti ada 5.25 gram dalam akaun. Kalau berhasrat nak keluarkan sekeping ½ dinar (2.215 gram), anda mesti ada 3.215 gram dalam akaun.

Berapa banyak gram nak dibeli sama ada setiap bulan/minggu/tiap hari terpulang kepada kemampuan diri sendiri. Kita sendiri yang akan letak komitmen untuk pastikan matlamat tercapai. Kalau ‘skip’ belian akaun GAP tidak ada penalti. Boleh buka akaun emas bersama anak-anak (joint account) berusia 18 tahun ke bawah

Harga emas akaun GAP berubah sekali sehari pada setiap jam 12:00 tengah malam.

Bagaimana nak buka akaun emas GAP? Follow step di 8 LANGKAH MUDAH UNTUK MULA SIMPAN EMAS DENGAN BELIAN SERENDAH RM100

Mudah untuk difahami, tapi lebih mudah kefahaman jika anda sudah buat pembelian pertama selepas ini.

Semoga bermanfaat!.

Mohd Fakhruddin bin Mohd Subari

Authorized Dealer Public Gold

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?