PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

3 Posisi Dalam Pelaburan Emas

2 min read

Ada 3 posisi dalam pelaburan emas iaitu :

1. PENYIMPAN

Kalau beli emas untuk dijadikan simpanan jangka panjang, maka kita perlu fokus pertambahan GRAM yang dapat kita kumpul. Bila ada sahaja duit lebihan sebagai simpanan jangka panjang, gunakan untuk tambah lagi simpanan emas. Tak kisah harga naik atau turun, yang penting kepingan-kepingan emas kita perlu bertambah. Bila harga emas jatuh, itulah BONUS untuk kita.

Persoalannya, mana nak cari duit untuk tambahkan simpanan emas?

Jawapannya, tak ada keajaiban. Sekeping emas tak boleh beranak jadi dua (2) keping. Kita kena cari duit lain, samada duit gaji atau hasil daripada bisnes.

2. PELABUR

Kalau beli emas tujuannya untuk dijual bila harga naik, maka fokus kita sepatutnya pertambahan RM (duit). Jangan pedulikan berapa gram emas yang kita dapat. Yang penting dapat maksimumkan RM. Emas itu tak penting, ia hanyalah alat untuk memaksimumkan RM.

Katakanlah kita mulakan belian RM10,000 boleh dapat 60 gram emas. Bila harga emas naik menjadi RM11,000 dan mencapai target keuntungan, maka terus jual. 

Bila harga emas jatuh, mulakan belian baru dengan modal asal RM10,000 itu tadi, tak kira berapa gram yang kita boleh dapat. Mungkin kita hanya boleh dapat 55 gram sahaja untuk pusingan kedua, itu tak kisah sebab kita bukan nak kumpul GRAM, tetapi nak maksimumkan RM. Lebihan RM1,000 pada pusingan pertama itu tadi keluarkan sebagai keuntungan.

3. PENIAGA

Bagi sesiapa nak tambah GRAM emas sekaligus memaksimumkan RM, maka posisi terbaik ialah jadi dealer / ejen / peniaga emas. Dealer emas berpeluang besar untuk dapat kedua-duanya sebab seorang dealer emas bukan sahaja berada di posisi pelabur (atau penyimpan), tetapi mereka meletakkan ‘sebelah kaki’ sebagai peniaga. Sambil mengumpul GRAM, mereka menjana RM hasil daripada perniagaan emas.

Ok, boleh faham setakat ini?

Jadi Penyimpan Dan Pelabur Sekaligus

Kalau tak jadi peniaga emas, boleh tak jadi penyimpan emas sekaligus menjadi pelabur emas?

Jawabnya boleh, syaratnya kita perlu pecahkan dana yang kita ada. Sebagai contohnya, kita ada RM30,000. Mungkin boleh pecahkan RM15,000 untuk beli emas sebagai simpanan, dan lagi RM15,000 sebagai pelaburan. Dana pertama fokusnya untuk menambah GRAM, dan dana kedua untuk memaksimumkan RM dengan strategi “buy low sell high”.

Macam mana nak tahu harga yang dianggap “low” dan harga dianggap “high” bagi tujuan PELABURAN?

Untuk faham tentang harga, itu kena belajar kenal pasti apa yang dipanggil “harga lantai” dan “harga syiling”. Ilmu ini penting bagi “pelabur”, dan ianya kurang penting bagi sesiapa yang beli emas sekadar untuk jadi “penyimpan”.

Okay. Semoga bermanfaat!

Perlu bimbingan percuma? Hubungi saya anytime

Mohd Fakhruddin Mohd Subari
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.PelaburanEmas2U.com
013-6305658

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?