PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

Cara Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil

2 min read

Nak mulakan pelaburan emas, tak semestinya perlu modal besar.

Hasil gambar untuk rm100

RM100 pun dah boleh mulakan. Mulakan dengan modal kecil, lebih mudah nak faham ilmu pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Selagi tak mula, kekadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.

Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, mungkin anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni;

#1 – Beli Emas Secara GAP

Beli emas dengan menggunakan akaun Gold Accumulation Program (GAP). [Apa itu GAP?]

Ia memudahkan kita menyimpan emas dengan modal serendah RM100. Kaedah simpan emas paling mudah pertama di Malaysia. Kita boleh beli emas serendah RM100, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan minimum RM100.

Walaupun ia “akaun emas” tetapi kita boleh keluarkan emas tu bila cukup gram dan simpan sendiri. Bagi sesiapa yang tak nak simpan sendiri (sebab takut hilang), emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara percuma!

Bagaimana nak mulakan dengan akaun GAP? Baca disini 8 Langkah Mudah Beli Emas Serendah RM100 Guna Akaun GAP

gold bar 1 gram public gold lbma
Gold bar 1 gram keluaran Public Gold. Boleh dikeluarkan dari akaun GAP.

#2 – Beli Syiling Emas 1 Dinar

Jika ada bajet dalam sekitar RM1000 – RM1100, boleh beli syiling emas 1 dinar (4.25 gram). [Katelog Dinar]

Beli dan simpan sendiri. Syiling emas 1 dinar biasanya harga per gram lebih murah berbanding gold bar 1 gram. Ini disebabkan syiling emas 1 dinar dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan, sedangkan gold bar 1 gram biasanya dijual sebagai “item koleksi” ataupun sebagai “hadiah” , harganya lebih mahal.

Syiling 1 dinar keluaran Public Gold, berketulenan 99.99%, berat 4.25 gram

Banyak jenis dinar yang ada di pasaran sekarang ini, tapi setakat ini syiling emas 1 dinar Public Gold adalah yang terbaik buat masa ini disebabkan harga per gram lebih murah, dan susut nilainya rendah iaitu 9% sahaja. Ia antara yang terendah (paling untung) di Malaysia. Urusan jual beli pun mudah sebab Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia.

(—–>> Untuk pembelian 1 dinar tersebut, boleh daftar secara PERCUMA di website Public Gold dan order secara online. Emas tu nanti boleh ambil di cawangan Public Gold terdekat″)

Selain daripada faktor itu, ada 11 lagi kelebihan kenapa saya syorkan Public Gold kalau anda nak melabur emas di Malaysia. Baca dan nilaikan apa yang saya katakan. Bagi saya, siapa yang nak buat pelaburan emas fizikal di Malaysia tetapi dia tak tahu tentang kelebihan Public Gold, itu sudah satu kerugian besar!

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?