Akaun Pelaburan Emas atau Emas Fizikal?

Kalau simpan duit dalam Akaun Pelaburan Emas di bank, tak perlu pegang emas dan selamat dari risiko kecurian. Jadi adakah lebih baik melabur dalam Akaun Pelaburan Emas (GIA) di bank berbanding beli emas fizikal? Teruskan membaca.

Pakar tentang emas syorkan beli emas fizikal samada berbentuk gold bar atau syiling emas (dinar). Sebabnya, beli emas dapat emas. Emas tu betul-betul wujud depan mata. Emas tu kita simpan sendiri. Sedangkan Akaun Pelaburan Emas di bank, beli emas tapi cuma dapat kertas dan nombor je. Kalau macam tu, lebih baik simpan duit dalam Tabung Haji sebab kita tak dapat ‘kuasa’ sebenar yang ada pada emas i.e. yang membuatkan penyimpannya bertambah kaya.

Cara Simpan Emas Dengan Selamat

Dari sudut simpanan sebenarnya tak perlu risau. boleh ikut panduan yang saya syorkan dalam artikel “8 Cara Simpan Emas Fizikal Dengan Selamat”. Bagi pembeli emas Public Gold, kalau tak tahu mana nak simpan, boleh simpan dengan Public Gold secara percuma melalui Akaun Emas yang dinamakan “Gold Accumulation Program (GAP)“. Boleh beli dan simpan emas secara percuma serendah 1 gram. Boleh beli, pajak gadai arrahnu dan jual semula secara online kepada Public Gold. Kalau nak ambil emas fizikal tu dan simpan sendiri pun boleh.

7 Kelebihan Emas Fizikal

Kenapa saya sangat syorkan emas fizikal? Sebabnya ada 7 kelebihan utama emas fizikal berbanding Gold Investment Account (GIA) iaitu:

  1. Peluang ‘rolling’ duit untuk bisnes
  2. Peluang jana keuntungan bila harga jatuh
  3. Duit simpanan lebih bertahan lama
  4. Urusan dan waktu jual beli fleksibel
  5. Selamat dari dibekukan oleh bank
  6. Selamat dari bencana kewangan
  7. Simpanan emas patuh syariah

#1 – Peluang ‘Rolling’ Duit Untuk Bisnes

Bila ada emas fizikal, duit kita tak beku macam pelaburan lain sebab emas tu ada di tangan kita sendiri. Kita boleh dapatkan PINJAMAN SEGERA dari ar-rahnu pada bila-bila masa kita perlukan duit tunai. Tak perlu tunjuk slip gaji pun, cuma serahkan emas tu jer sebagai cagaran. Lepas ar-rahnu sahkan timbangan dan ketulenan emas tu, kita boleh dapat pinjaman sehingga 70% daripada nilai semasa emas tu. Secara detailnya, boleh baca panduan yang saya sediakan dalam artikel “10 Tips pajak emas di Arrahnu”.

Walaupun ia digadai, emas tu tetap milik kita. Kalau harga emas naik, kita boleh nikmati kenaikan harga tu walaupun emas tu masih dalam simpanan ar-rahnu.

Kalau orang berniaga, dia boleh manfaatkan pinjaman tu untuk pusing modal bisnes. Bila dapat ‘projek’ yang menguntungkan, pajak jer emas tu untuk dapatkan pinjaman. Lepas selesai urusniaga, tebus balik emas tu secepat mungkin sebab caj pinjaman ar-rahnu dikira secara bulanan. Hasil keuntungan bisnes tu boleh cover bayar kos pinjaman sekitar 1.15% sebulan.

buku akaun bank

#2 – Peluang Jana Keuntungan Bila Harga Jatuh

Kalau Akaun Emas di bank, bila harga jatuh, kita rugi dan tetap rugi. Tak boleh buat apa-apa dah sebab kita hanya ada kertas dan nombor jer. Kita tak memiliki emas sebenar.

Tapi bagi pemilik emas fizikal, atau pemegang akaun GAP, bila harga emas jatuh mendadak, kita boleh dapatkan pinjaman ar-rahnu untuk beli lagi emas pada harga rendah. Biasanya, bila harga emas jatuh mendadak, dia akan naik balik (ke paras sebelum kejatuhannya) dalam tempoh 3 – 6 bulan. Bila harga naik, emas yang dibeli dengan pinjaman ar-rahnu tu boleh dijual pada harga mahal. Kita dapat untung tunai, dan sebahagian hasil keuntungan tu boleh guna untuk bayar kos upah pajakan.

5 tahun harga emas
Menyimpan Akaun Pelaburan Emas ‘terperangkap’ dengan kejatuhan harga emas 2013 tetapi pemilik emas fizikal masih boleh ‘rolling’ emas mereka.

Teknik ni di panggil teknik “untung secupak, rugi segantang”. Kalau harga emas naik, anda untung secupak. Tapi kalau harga emas tak naik dalam tempoh pinjaman ar-rahnu, anda akan rugi segantang! Baca “5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat

Jadi, jangan suka-suka hati pajak melainkan anda tahu kira-kira dan risikonya.

#3 – Duit Simpanan Bertahan Lebih Lama

Orang yang simpan duit dalam Akaun Pelaburan Emas, duitnya sangat berisiko dari kebocoran, sama macam dia simpan duit dalam akaun bank. Dia rasa dia beli emas, tapi hakikatnya dia tak dapat kuasa sebenar yang ada pada emas iaitu mengelakkan kebocoran wang, dan kekayaan makin bertambah.

Rata-rata orang yang jenis simpan emas yang saya jumpa, sebab utama mereka beli emas sebab nak elakkan kebocoran wang. Katanya kalau simpan duit di bank, duit tu cepat habis. Kalau simpan emas, duit tu lebih bertahan lama. Ia buka soal kira-kira, tapi kesan psikologi. Sekali beli emas, dia nak beli lagi. Rasa nak kumpul banyak lagi sebab emas tu cantik. Memang Tuhan buat manusia tu sukakan emas.

testimoni seronok simpan emas

Bila nak pakai duit, rasa sayang nak jual. Kalau terpaksa jual, dia akan cari balik duit untuk beli balik emas tu. Tabiat suka menyimpan dan kumpul emas itulah yang membuatkan penyimpan emas kekal kaya dan bertambah kaya.

#4 – Urusan dan Waktu Jual Beli Fleksible

Kalau simpan dalam Akaun Pelaburan Emas, urusan jual belinya tertakluk pada waktu bank dan hari bekerja sahaja. Urusan jual beli pun hanya dengan bank tertentu. Berbeza dengan emas fizikal. Urusan jual belinya tak tertakluk waktu bank dan hari bekerja sahaja. Hari cuti, hujung minggu, waktu malam, bahkan kalau pergi oversea pun, emas tu boleh dijual beli. Asalkan ia emas, asalkan ia tulen.

Dalam banyak-banyak emas fizikal, emas Public Gold paling senang urusan jual belinya. Anda boleh booking harga 24 jam sehari samada nak beli atau nak jual balik. Bila nak jual balik, boleh jual kepada mana-mana dealer Public Gold terdekat 24 jam sehari dan boleh dapat duit on-the-spot. Tak perlu tunggu office Public Gold buka baru boleh jual.

1 dinar emas public gold in hand

#5 – Selamat Dari Dibekukan oleh Bank

Menurut pakar precious metal Mike Maloney, emas (dan perak) satu-satunya aset kewangan yang tak berada dalam sistem kewangan. Hanya kita jer tahu berapa banyak emas yang kita ada. Tak siapa tahu bahkan bank mahupun kerajaan. Dan sepanjang saya jadi dealer emas, memang ada beberapa orang yang dah diisytiharkan bankrap datang membeli emas dengan saya. Katanya, itu sahajalah simpanan paling selamat daripada ianya dibekukan oleh kerajaan. Bank dan kerajaan tak boleh bekukan emas tu sebagaimana akaun dan pelaburan tunai yang lain. Kalau Akaun Pelaburan Emas, ia akan senasib dengan akaun-akaun bank yang lain.

#6 – Selamat Dari Bencana Kewangan

Point no. 5 tu tentang kes kita bangkrup. Point ke-6 ni tentang kes bank pula yang bankrup. Ramai orang tak tahu, Akaun Pelaburan Emas di bank tak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sebagaimana duit simpanan biasa. Kalau bank bermasalah atau bankrup, yang tinggal cuma buku dan nombor yang tak lagi bernilai. Masa tu, banyak bank-bank bermasalah sebagaimana krisis kewangan 1997. Pada masa itu, Bank Negara Malaysia (BNM) terpaksa arahkan bank-bank di Malaysia digabungkan untuk mengukuhkan semula institusi perbankan di Malaysia. Berbeza dengan emas fizikal. Emas yang kita miliki tu selamat dalam simpanan kita sendiri, insyaAllah.

pelaburan emas
Ini salah satu terma yang jarang orang semak sebelum buka Akaun Pelaburan Emas di bank.

#7 – Simpanan Emas Patuh Syariah

Hampir kesemua Akaun Simpanan Emas tak disahkan patuh syariah kecuali Kuwait Finance House (KFH), dan Al-Rajhi Bank buat masa ini. Antara faktor yang bermasalah sebab emas itu pada hakikatnya ‘tak wujud’ ketika proses jual beli atau memang ‘tak wujud’ langsung. Beli emas, tapi dapat kertas je. Dan kita tak dibenarkan mengeluarkan emas fizikal. Isu syariah tentang Gold Investment Account (GIA) pernah diulas oleh Ustaz Zaharuddin dalam artikel “Hukum Akaun Pelaburan Emas di Malaysia“.

Kalau emas fizikal, urusan jual belinya jelas. Beli emas, dapat emas. Dan emas tu hak kita sepenuhnya. Kita bebas untuk jual beli, simpan sendiri, pajak ataupun gigit (“,) sebab kita memiliki emas sebenar.

Screen Shot 2014-04-30 at 9.33.23 AM
KFH, Akaun Pelaburan Emas terbaik buat masa ini.

Tips kalau anda pilih Akaun Pelaburan Emas juga, pastikan ianya patuh syariah. Antara KFH dan Al-Rajhi bank, saya nampak KFH lebih baik sebab harga lebih murah, spread lebih rendah. Kos simpanan pun percuma. Kita bebas untuk keluarkan emas fizikal atau simpan jer di bank. Tapi kena ingat, jangan sesekali pajak emas KFH tu sebab emas tu berseal plastik kekal. Kalau pajak juga, seal tu akan dibuka dan anda terpaksa rugi susut nilai sebanyak 25%! KFH tak akan beli balik emas tu. Anda hanya boleh jual balik emas tu di kedai emas jer sebagai “emas terpakai”.

Okay. Semoga bermanfaat!

Perlu bimbingan percuma? Hubungi saya anytime

Mohd Fakhruddin Mohd Subari
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.PelaburanEmas2U.com
013-6305658

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?
LIVE OFFLINE
track image
Loading...