PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

8 Cara Simpan Emas Fizikal Dengan Selamat

5 min read

Pasti ramai yang risau setelah membeli emas fizikal seperti gold bar atau dinar especially dengan jumlah yang banyak, nak simpan kat mana.Bagaimana untuk mengelakkan emas fizikal anda dari hilang atau dirompak? Ada cara selamat tak? Berikut saya sediakan 8 tips cara simpan emas fizikal dengan selamat :

#̳1̳.̳ J̳a̳n̳g̳a̳n̳ ̳B̳a̳g̳i̳t̳a̳u̳ ̳O̳r̳a̳n̳g̳ ̳L̳a̳i̳n̳ ̳A̳n̳d̳a̳ ̳A̳d̳a̳ ̳E̳m̳a̳s̳

Perkara yang paling utama sekali untuk lebih selamat adalah jangan bagitahu sesiapa pun yang anda mempunyai emas melainkan kepada suami, isteri atau waris.Jadi, anda tidak perlu memberitahu rakan-rakan sebab dikhuatiri ada orang lain yang mendengarnya atau berita ini sampai kepada orang yang mempunyai niat yang jahat.

#̳2̳.̳ ̳S̳i̳m̳p̳a̳n̳ ̳d̳i̳ ̳T̳e̳m̳p̳a̳t̳ ̳Y̳a̳n̳g̳ ̳O̳r̳a̳n̳g̳ ̳T̳a̳k̳k̳a̳n̳ ̳T̳e̳r̳f̳i̳k̳i̳r̳

Sekiranya anda menyimpan emas di rumah, pastikan anda meletakkan emas itu di suatu tempat yang orang lain takkan terfikir ada barang bernilai di situ. Taktik ni adalah sesuai bagi mengelakkan perompak atau pencuri yang memasuki rumah anda merompak kesemua emas anda.Saya cadangkan letakkan emas di dalam pam tandas, peti ais, bekas pasu, dalam lampu, tin biskut atau bekas ubat, belakang jam dinding, dalam soket dinding, dalam pasir akuarium, dalam tanah belakang rumah dan di mana-mana lagi tempat yang anda rasa selamat.Pastikan anda tidak menyelitkan emas di dalam lipatan baju, bawah bantal, bawah tilam, dalam almari, dalam laci, dan tempat-tempat spot sasaran perompak, bukan apa, nak elakkan risiko hilang lebih tinggi.

#̳3̳.̳ ̳J̳a̳n̳g̳a̳n̳ ̳S̳i̳m̳p̳a̳n̳ ̳E̳m̳a̳s̳ ̳S̳e̳l̳o̳n̳g̳g̳o̳k̳ ̳d̳i̳ ̳S̳a̳t̳u̳ ̳T̳e̳m̳p̳a̳t̳

Seeloknya anda tidak menyimpan emas selonggok di satu tempat. Lebih selamat jika mengasingkan emas-emas yang ada kerana ia dapat mengurangkan risiko kerugian sekiranya emas anda dirompak. Kes ini pernah aje terjadi. Tapi disebabkan emas-emas tersebut disimpan ditempat-tempat yang berasingan, jadi kerugian yang dialami dapat diminimakan.Tapi, jangan pula simpan di terlalu banyak tempat kerana dikhuatiri anda sendiri pula yang lupa simpan di mana. Konon nak elak dicuri, tapi pula yang lupa dan kehilangan emas tersebut.

#̳4̳.̳ ̳B̳e̳l̳i̳ ̳P̳e̳t̳i̳ ̳K̳e̳s̳e̳l̳a̳m̳a̳t̳a̳n̳ ̳S̳a̳f̳e̳ ̳D̳e̳p̳o̳s̳i̳t̳ ̳B̳o̳x̳

Sekiranya anda mempunyai banyak emas, dan anda risau anak-anak anda atau saudara mara mengambil atau mencuri emas tersebut, anda boleh membeli satu peti keselamatan yang dipanggil Safe Deposit Box. Tapi kos peti keselamatan ini agak tinggi dan tak berapa selamat sekiranya anda letak di rumah.Mungkin anda boleh selamatkan dari anak-anak anda atau saudara mara anda curi emas anda. Tapi kalau ada orang pecah masuk, box ini yang dia akan angkut terus sebab nampak macam ada benda mahal je.Apa pun, anda boleh simpan emas-emas anda di dalam peti keselamatan ini dan pasang kod kekunci pada box tersebut. Tapi jangan pula anda lupa apakah kod kekunci tersebut. Dah tak pasal-pasal anda pula tak boleh buka

.#̳5̳.̳ ̳S̳i̳m̳p̳a̳n̳ ̳d̳i̳ ̳P̳e̳t̳i̳ ̳K̳e̳s̳e̳l̳a̳m̳a̳t̳a̳n̳ ̳d̳i̳ ̳B̳a̳n̳k̳ ̳a̳t̳a̳u̳ ̳S̳y̳a̳r̳i̳k̳a̳t̳ ̳S̳w̳a̳s̳t̳a̳

Paling fleksibel dan praktikal, anda simpan aje emas anda di dalam peti keselamatan yang disediakan oleh pihak bank atau syarikat swasta. Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya membayar kos upah simpan dan kos cover insurans bagi emas-emas anda.Cara ini lebih senang dan anda juga dapat tidur dengan nyenyak tanpa risau memikirkan bagaimana kalau ada orang pecah masuk rumah anda. Terpulang kepada anda untuk simpan berapa banyak emas di dalam peti keselamatan ini. Kalau anda rasa sikit emas pun anda risau untuk simpan di rumah, lebih baik anda simpan aje di bank/syarikat swasta.Antara bank dan syarikat swasta, kedua-duanya bagus. Cumanya kalau anda simpan di bank, waktu berurusannya terhad pada waktu bank (pejabat) sahaja. Berbeza dengan anda simpan emas di syarikat swasta, waktunya lebih fleksible – 9.00 pagi hingga 11.00 mlm setiap hari termasuk Ahad dan cuti umum. Contoh syarikat swasta Royal Safe Deposit Box.

#̳6̳ ̳J̳a̳n̳g̳a̳n̳ ̳s̳i̳m̳p̳a̳n̳ ̳d̳i̳ ̳A̳r̳-̳R̳a̳h̳n̳u̳

Jangan pula anda menyimpan emas anda di Ar-Rahnu sebab Ar-Rahnu bukanlah tempat yang sesuai untuk anda menyimpan emas, lebih-lebih lagi untuk jangka masa yang lama. Ar-Rahnu ialah tempat untuk dapatkan modal dengan buat pinjaman bercagarkan emas. Sekiranya anda ingin simpan di Ar-Rahnu, baik gunakan peluang ini untuk gandakan keuntungan agar ia tidak merugikan. Jangan sia-siakan modal yang diberikan kepada anda

.#̳7̳.̳ ̳M̳a̳k̳l̳u̳m̳k̳a̳n̳ ̳k̳e̳p̳a̳d̳a̳ ̳w̳a̳r̳i̳s̳

Suami, isteri atau waris adalah orang yang akan memegang harta anda selepas anda tiada. Jadi, anda harus memaklumkan kepada mereka di mana anda menyimpan emas-emas anda supaya jika berlaku sesuatu, emas anda masih lagi boleh diwarisi dan digunakan.Ada satu kes benar-benar berlaku kepada salah seorang pembeli emas Public Gold. Dia membeli emas nilainya hampir RM2 juta. Tapi bila dia meninggal dunia akibat serangan jantung, isteri dan anak-anaknya tidak tahu dia simpan emas tu di mana! Emas-emas si mati tidak dapat diwariskan oleh keluarga!Dan satu kes lagi, isteri simpan emas bernilai RM70,000 dalam air-cond tanpa bagi tahu suaminya. Masa air-cond rosak, suaminya panggil technician dan technician tu angkut air-cond tu ke kedai dia. Dan emas itu lesap macam tu sahaja. Jadi pastikan pesan kepada pasangan atau ahli waris.

#̳8̳.̳ ̳M̳a̳n̳f̳a̳a̳t̳k̳a̳n̳ ̳A̳k̳a̳u̳n̳ ̳E̳m̳a̳s̳ ̳G̳A̳P̳

Mungkin ada yang masih belum tahu, Public Gold ada menawarkan simpanan emas fizikal secara percuma je. Iaitu dengan cara Gold Accumulation Program (GAP).Dengan GAP, anda boleh simpan secara percuma, jual beli emas secara online je, dan nak gadai emas secara online pun boleh.

Kalau nak buka akaun emas GAP, boleh terus wassap saya di link ini. Klik Wassap . Saya akan bantu.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?