5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Dengan Cara Selamat

Secara asasnya, ar-rahnu adalah pinjaman bercagarkan emas. Kebiasaannya orang yang buat ar-rahnu adalah untuk buat pusing modal bisnes. Keuntungan dengan ar-rahnu bergantung sejauh mana kebijaksanaan anda memanfaatkan pinjaman. Bukanlah main “beli, pajak, beli, pajak, beli lagi dan pajak lagi” sebab cara macam tu terbukti boleh menjerat pelabur ke dalam belengu hutang! Teruskan membaca…

Post image for 5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat

Keuntungan Teknik Manipulasi Ar-Rahnu

Persoalannya, macam mana yang dikatakan untung dengan Teknik Manipulasi Ar-rahnu?

“Teknik Manipulasi Ar-Rahnu” ialah teknik memanfaatkan pinjaman ar-rahnu untuk beli lagi emas dengan harapan emas yang dibeli dengan pinjaman ar-rahnu dapat dijual bila harga emas naik melepasi “kos manipulasi”. Pemilik emas dapat dua (2) keuntungan iaitu:

Untung #1 – Untung kenaikan harga emas dalam simpanan ar-rahnu yang masih lagi milik kita.

Untung #2 – Untung kenaikan harga emas yang dibeli dengan duit pinjaman ar-rahnu yang ada di tangan.

Harga emas naik kita untung, harga emas jatuh pun peluang untuk buat lebih untung. Wow, untung dua dalam satu!

Kos Sebenar Memanipulasi Ar-Rahnu

Tapi syaratnya… Kenaikan harga emas mestilah melepasi dua kos dan kenaikan itu mestilah DALAM TEMPOH PAJAKAN (6 – 12 bulan). Kalau harga emas tak melepasi kos dalam masa 6 bulan, risiko kerugian sangat besar. Kos yang saya maksudkan ialah:

Kos #1 – Susut nilai emas yang dibeli dengan duit pinjaman ar-rahnu. Katakanlah anda beli syiling emas 1 Dinar Public Gold, maka susut nilainya 6%. Susut nilai emas Public Gold sekitar 4.5% – 8.0% setiap item.

Kos #2 – Kos “upah simpan” di ar-rahnu. Katakanlah 1.15% sebulan. Lagi lama dalam ar-rahnu, lagi meningkat kosnya. Kos sebenar pajakan ar-rahnu ialah sekitar 1.15% – 1.54% sebulan. Ia bergantung kepada kadar “upah simpan” dan “margin pinjaman” yang berbeza-beza antara setiap ar-rahnu.

Kiraan mengikut andaian emas yang dibeli dengan duit pinjaman; item yang susut nilainya 6% dan kos “upah simpan” 1.15% sebulan atas nilai pinjaman.

Sebagai contoh, perhatikan bulan ke-6 petak kuning dalam jadual di atas. Katakanlah pada bulan ke-6, harga emas naik 15%, maka kita untung 2.10% (15.00% – 12.90%) kalau jual emas yang ada ditangan iaitu yang kita beli dengan duit pinjaman ar-rahnu. Maksudnya, kalau dapat pinjaman ar-rahnu bernilai RM10,000, kita untung RM210. Itu belum kira keuntungan emas yang kita cagarkan dalam ar-rahnu. Tapi katakanlah  harga emas cuma naik 8%, maka kita rugi 4.90% (8.00% – 12.90%) atau RM490. Kalau harga emas turun 5%, maka kita rugi 17.90% (5% + 12.90%) atau RM1,790!

Ok sekarang, nampak tak potensi untung berbanding rugi? Kalau untung, untungnya sedikit. Kalau rugi, ruginya banyak! Jadi sebelum nak buat teknik ni, fikir dulu masak-masak. Kalau rasa lena tidur malam, boleh teruskan. Kalau boleh menggangu tidur, baik simpan jer emas tu.

jana keuntungan dengan ar-rahnu

5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat

Kalau nak buat teknik ni, ini tips penting untuk kurangkan risiko kerugian:

Tips #1 – Pajak emas hanya bila berlaku penurunan mendadak, at least sekitar 10% – 15%. Biasanya bila harga turun mendadak, harga akan naik balik dalam tempoh tak begitu lama.

Tips #2 – Asingkan sebahagian duit pinjaman untuk kos “upah simpan” selama 6 bulan. Kalau harga emas tak naik, mungkin anda boleh guna duit tu untuk bayar “upah simpan” dan mencuba lagi nasib dengan sambung tempoh pajakan.

Tips #3 – Pajak dalam jumlah berpada-pada. Kalau anda ada 200 gram emas, pajak emas tu jangan lebih 100 gram. Katakanlah harga turun 5% yang menyebabkan anda kerugian 17.90%, anda masih ada ‘modal’ lain untuk tebus emas tu dari ar-rahnu.

Tips #4 – Beli item emas yang “susut nilai”nya paling rendah. Lagi rendah susut nilainya, untungnya lebih cepat, dan lebih banyak. Emas yang susut nilai lebih rendah biasanya berbentuk “jongkong” atau “syiling dinar”, bukan “barang kemas”.

Tips #5 – Berniaga emas! Bila anda berniaga emas, biasanya anda boleh jimat kos “susut nilai” sebab emas tu anda boleh jual kepada pembeli baru pada harga “PG Sell”. Jual emas tanpa susut nilai.

Okay. Semoga bermanfaat!

Perlu bimbingan percuma? Hubungi saya anytime

Mohd Fakhruddin Mohd Subari
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.PelaburanEmas2U.com
013-6305658

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?
LIVE OFFLINE
track image
Loading...