16/04/2024

PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

11 Kelebihan Utama Emas Public Gold

7 min read

Setakat ini Public Gold adalah pilihan platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia.

Kalau tanya saya, mana bagus beli emas Public Gold atau emas jenama lain? Jawab saya, tentunya Public Gold. Saya syorkan Public Gold bukan sebab saya jadi dealer, tapi sepanjang pemerhatian saya, emas Public Gold yang paling senang beli, senang jual, untung maksimum dan urusniaganya sangat telus. Public Gold platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia buat masa ni.

Jangan percaya cakap saya, tapi cuba teliti 11 point yang saya senaraikan ni. Dan cuba bandingkan emas Public Gold “secara pakej” dengan emas-emas lain yang ada dalam pasaran.

Bila nak beli emas, tak boleh tengok cuma satu kriteria sahaja, tapi kita kena nilaikan secara PAKEJ, at least 5 kriteria sebagaimana artikel saya 5 kriteria penting memilih emas pelaburan. Kalau emas tu susut nilainya paling rendah dalam pasaran, belum tentu ianya terbaik sebab ada emas yang susut nilai rendah, tapi bila kita nak jual balik, syarikat tak mampu bayar! Itu kes yang pernah saya jumpa.

#1 – Harga Lebih Murah

Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas dan lebih murah berbanding harga kebanyakkan pengeluar emas lain. Public Gold boleh jual harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 per gram atau sekitar 15% berbanding kedai emas sebab Public Gold adalah kilang emas, seolah-olah kita beli terus dari kilang. Bila harga lebih murah, kita boleh dapat lebih banyak emas dengan bajet yang sama.

emas public gold vs poh kong

#2 – Kadar Spread Terendah Di Pasaran

Spread (atau selalu diistilahkan sebagai “susut nilai”) adalah kriteria paling penting kalau nak dapat untung maksimum dalam pelaburan emas.  Spread emas Public Gold cuma 5% – 9% sahaja, bergantung kepada jenis item yang kita pilih. Kadar spread tu antara yang terendah di pasaran, selain Kijang Emas Maybank, emas fizikal yang dijual di UOB Bank, dan emas Kuwait Finance House (KFH).

Kalau anda perhatikan, pembeli emas Public Gold lah yang paling aktif jual beli emas di Malaysia! Ini disebabkan spread yang rendah atau nipis. Bila harga emas naik sikit jer, pembeli dah boleh jual untuk dapat untung. Tak perlu tunggu lama-lama. Bila harga emas turun sikit, dah boleh start beli balik.

gold bar 250 gram lbma public gold
Susut nilai gold bar 250 gram cuma 6%. Kalau barga emas naik 10%, dah untung at least 4%.
spread susut nilai emas public gold 2017
Senarai spread emas Public Gold. Spread berbeza mengikut item. Lebih besar saiz item emas, lebih rendah / nipis kadar spreadnya. Maksudnya, item lebih besar lebih cepat untung bila berlaku kenaikan harga emas.

Kalau jadi dealer Public Gold, lagilah jimat. Dengan rebat yang Public Gold bayar, kita boleh rendahkan susut nilai sebenar sebanyak 1% (Normal Dealer), 1.5% (Priority Dealer) dan 2% (Master Dealer).

Contohnya, kalau Master Dealer beli gold bar 250 gram (susut nilai 6%), susut nilai sebenar cuma 4% (6% – 2% rebat). Maksudnya, kalau harga emas naik 5% pun dah untung 1%! Tak perlu tunggu lama-lama untuk ambil untung.

#3 – Stok Tiada Had

Kalau harga emas menjunam berapa banyak sekalipun, kita boleh beli seberapa banyak yang kita mahu. Dulu saya fikir, kalau harga emas jatuh menjunam, Public Gold akan hold stock . Hentikan jualan buat sementara waktu. Tapi realitinya, lagi banyak harga emas turun, lagi agresif Public Gold promote suruh beli. Dan ini menguntungkan pelabur untuk buat “short-term profit”. Contohnya, siapa yang beli emas sekitar hujung Disember 2019, bulan Mac 2020 dia dah boleh jual dan nikmati keuntungan sekitar 5% – 7% bergantung kepada item yang dia pilih.

#4 – Banyak Cawangan Seluruh Malaysia

Urusan jual beli emas Public Gold senang sebab banyak cawangan seluruh Malaysia. Setakat tahun 2021, Public Gold ada lebih 18 cawangan termasuk satu di Singapura dan satu di Jakarta (Indonesia). Setiap negeri ada cawangan Public Gold (kecuali Perlis).

pejabat office cawangan public gold 2017
Cawangan seluruh Malaysia.  Senang beli, senang jual. Sila klik untuk dapatkan alamat dan no. telefon pejabat Public Gold MalaysiaPublic Gold Singapore, dan Public Gold Indonesia.

Biasanya kalau nak beli emas mana-mana syarikat memang senang, tapi bila nak jual balik tu yang agak bermasalah kalau cawangan tak banyak. Kalau emas Public Gold, kita boleh jual terus di cawangan terdekat.

#5 – Jaminan Beli Balik Walaupun Rosak

Public Gold syarikat paling tak cerewet bila kita nak jual balik emas. Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi (rujuk harga “PG Buy” di website) walaupun emas tu calar, kemek, bengkok, hilang resit dsb asalkan berat masih kekal. Kalau hilang sijil ketulenan, Public Gold cuma tolak RM10 jer atas setiap item. Orang yang simpan emas Public Gold lebih peace of mind.

Emas public gold kemek calar
Untuk emas Public Gold yang non-LBMA (versi lama), tak perlu risau emas calar atau lekuk. Janji berat masih kekal. Public Gold jamin beli balik mengikut harga PG Buy di website.
dinar emas public gold 24k buka seal rosak
Untuk emas jenis LBMA (versi baru) begini, kalau sarung plastik atau sealnya rosak, spread hanya 10%. Berbanding kebanyakkan pengeluar mengenakan potongan harga 25%.

Sesetengah syarikat bukan sahaja emas tu calar, bahkan kalau hilang resit asal dan seal atau sarung plastiknya rosak pun dah jatuh nilai yang sangat banyak. Kalau hilang resit, harga dah lain. Kalau buka sarung plastik, dia akan tolak at least 25%. Ia dikira sebagai “used gold” atau “emas terpakai”. Kalau emas tu calar, kemek atau bengkok, tak payah cerita lah…

#6 – Diterima Meluas Oleh Ar-Rahnu

Emas Public Gold paling diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Jadi kalau nak pakai duit untuk rolling, boleh pajak jer emas Public Gold untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Kemudahan pajakan ni penting terutamanya bagi mereka yang berniaga.

Emas Public Gold boleh dikatakan diterima hampir semua institusi ar-rahnu termasuk dua ar-rahnu terbesar di Malaysia iaitu Pos Ar-Rahnu, dan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Yang lebih menarik, terdapat 4 ar-rahnu yang terima gadaian emas Public Gold tanpa perlu buka sarung plastik untuk uji ketulenan iaitu:

  1. Pos Ar-Rahnu (anak syarikat Pos Malaysia)
  2. Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad (PKB)
  3. Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ)
  4. Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas (KDE)

Ar-rahnu lain yang juga terima gadaian emas Public Gold (tetapi disyaratkan potong sarung plastik untuk diuji ketulenan) ialah Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Exchange, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, dan Ar-Rahnu Ekspress.

ar-rahnu public gold
Antara ar-rahnu ternama yang terima pajakan emas Public Gold.

#7 – Sistem Booking Harga 24 jam Sehari

Harga emas Public Gold disemak setiap 20 minit mengikut “real-time” harga emas dunia. Kita boleh booking harga untuk BELI atau untuk JUAL 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik. Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga JUAL yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold.

Jadi kalau nak beli, kita tak perlu gopoh datang ke office Public Gold. Book dulu harga, buat bayaran dalam tempoh 4 hari, dan datang ambil emas pada bila-bila masa kita free (selewatnya 2 bulan). Harga beli tetap “fixed” ikut harga kita booking tu. Nak jual balik pun sama. Book dulu harga, dan serahkan emas tu dalam tempoh 1 hari bekerja. Tak perlu gopoh untuk datang office Public Gold semata-mata nak “tangkap” harga terbaik.

harga emas kitco
Harga emas Public Gold disemak setiap 20 minit mengikut “real-time” harga emas dunia www.kitco.com

Lagi menarik, sekarang Public Gold dah ada kaedah belian yang dinamakan Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program). Kita boleh beli secara online 24 jam sehari dan simpan dengan Public Gold secara percuma tanpa sebarang caj. Kalau nak keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri, kita boleh keluarkan pada bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold. Kalau nak jual pun, boleh jual secara online untuk emas yang ada dalam akaun.

#8 – Keupayaan Beli Balik Jumlah Besar

Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar. Dah beberapa syarikat dah yang saya dengar, bila orang nak jual balik dalam jumlah yang besar ketika harga tinggi, syarikat tak mampu beli! Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar yang kaut keuntungan.

Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu Public Gold tak mampu beli balik. Dah banyak kali harga emas mencanak naik, Public Gold dapat beli balik masa harga mahal dengan nilaian jutaan ringgit sehari. Public Gold pernah beli balik dalam jumlah RM8 juta sehari dan tiada sebarang masalah dari sudut pembayaran! Ada syarikat lain yang bila pembeli jual balik RM100,000 pun dah bermasalah untuk bayar sekaligus! Inikan pula jutaan ringgit sehari.

#9 – Emas Disertakan Sijil Ketulenan

Setiap gold bar dan dinar keluaran Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Jadi tak perlu risau tentang ketulenan emas Public Gold. Sejak 2008 lagi, tak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan bahkan hari ni, ianya diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tak ada sijil ketulenan.

jongkong emas gold bar 5 gram public gold
Gold bar 5 gram Public Gold. Setiap keping emas disertakan sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Bagi emas LBMA, sijil ketulenan dilekatkan terus pada bahagian belakang emas.

#10 – Tiada Yuran Sebenar Menjadi Ejen

Kalau beli emas RM30,000 dalam satu resit, anda secara AUTOMATIK jadi dealer Public Gold secara PERCUMA! Tak ada yuran sebenar untuk jadi dealer sebagaimana sesetengah syarikat kenakan yuran HANGUS tertentu e.g. RM1,000 untuk layak jadi dealer. Tapi Public Gold hakikatnya percuma sahaja. Kalau beli emas RM30,000 hari ini, dan jual semua keesokannya, anda tetap jadi dealer Public Gold dan layak dapat REBAT untuk belian KEDUA dan seterusnya walaupun cuma beli sekeping coin 1 dinar.

Ada 7 kelebihan menjadi dealer Public Gold. Anda boleh pilih samada menjadi dealer Public Gold yang aktif dan menjana pendapatan lumayan sebagai dealer, atau sekadar untuk dapat rebat atas belian sendiri.

Kalau nak beli untuk simpanan sendiri pun, saya syorkan buat belian yang melayakkan jadi dealer (kalau cukup bajet) sebab boleh dapat REBAT belian 1% (belian RM30,000), dan 1.5% (belian RM200,000). Dan Public Gold akan bayar rebat 0.3% bila kita jual balik emas tu. Maksudnya bila jadi dealer, kita boleh jimat susut nilai sebanyak 1.3% atau 1.8% bergantung tahap dealership.

#11 – Jual Beli Emas Patuh Syariah

Public Gold telah pun mendapat sijil patuh syariah oleh panel syariah Public Gold iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Shariah untuk Bank Negara Malaysia. Jadi pembeli emas Public Gold boleh beli emas dengan penuh yakin dan tak perlu risau tentang hukum jual beli emas bersama Public Gold. Ianya telahpun disahkan oleh pakar mualamat yang ternama di dunia.

sijil pengesahan shariah syariah jual beli emas public gold
Sijil pengesahan patuh syariah untuk pembelian secara Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan Buyback.
Sijil pengesahan patuh syariah untuk pembelian secara Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan Buyback.

Bagi yang berminat membeli emas Public Gold, DAFTAR dulu secara PERCUMA sebagai “registered customer” Public Gold. KLIK DI SINI untuk berdaftar di website Public Gold.

Semoga bermanfaat.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?