PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

Apa itu LBMA? Non LBMA?

2 min read

LBMA? Apa itu LBMA? Non LBMA? Ada beza ke Emas LBMA VS Emas Non LBMA? Apakah itu sijil LBMA? Apa beza emas yang ada LBMA dan emas yang tiada LBMA? Ramai tanya saya pasal ni. Ok saya jelaskan sedikit perinciannya. Teruskan membaca…

Emas LBMA
Emas Non LBMA

Apakah Itu LBMA?

LBMA atau London Bullion Market Association ialah organisasi profesional yang menyelia pasaran emas dan perak borong di London, England iaitu pusat perdagangan emas fizikal dunia. Set LBMA mengekalkan piawaian tertinggi dalam penapisan, memperbaiki standard, mendokumentasi dan menyimpan jongkong emas dan perak untuk diedarkan di “Harga Spot” pasaran profesional.

Hasil gambar untuk lbma
Logo LBMA

LBMA ialah persatuan perdagangan antarabangsa, yang mewakili pasaran London untuk jongkong emas dan perak yang mempunyai asas pelanggan di peringkat global. Senang cakap, ada LBMA lebih mudah diterima di kedai-kedai emas seluruh dunia. Jika tiada LBMA, mungkin akan ambil proses pengujian. Dari segi nilai sama sahaja.

Sijil LBMA

Sebahagian emas keluaran Public Gold diiktiraf peringkat antarabangsa mempunyai pensijilan LBMA, ini bermaksud emas yang mempunyai sijil LBMA lebih mudah diterima mana-mana negara di seluruh dunia. Anda boleh lihat contoh sijil LBMA yang ada dibawah.

Mungkin imej teks yang berkata 'GOLDCERTIFICATE Weight 4.25g Diameter 21mm Fineness Au 999.9 Certified Assayer BORSA STANGUL NADİR METAL RAFİNERİ LBMA DMCC® Values in this ertificate determined during the production and packaging this product. Return caimy for opcn packagea shall not bc guaranteed. www.publicgold.com.sg'
Logo LBMA pada kad item 1 Dinar LBMA

Emas Sijil LBMA VS Emas Tiada Sijil LBMA

Apa beza emas yang ada LBMA dan emas yang tiada LBMA? 6 perbezaannya iaitu :

#1 LBMA merupakan pematuhan piawaian pembentukan emas/perak

#2 Dari segi produk, kedua-duanya emas 999 (atau emas 24k), tiada beza dari segi kualiti

#3 Dari segi harga, kedua-duanya sama nilai jual dan beli

#4 Kalau ada plan nak jual emas di luar negara, emas yang ada LBMA lebih senang nak jual

#5 Emas yang tak ada LBMA, boleh jual di luar negara, tetapi perlu melalui proses ujian ketulenan

#6 Di Malaysia khususnya, kebanyakan kedai emas dan ar-rahnu tidak menjadikan LBMA sebagai syarat jual/beli/pajak

Jadi da faham pasal LBMA? Secara kesimpulannya, emas LBMA & Non LBMA ni ada kelebihan dan ada kekurangannya. Namun begitu jangan risau kedua-dua emas ini diterima di seluruh dunia. Yang penting asalkan emas tulen.😉

Semoga bermanfaat.

Perlu bimbingan percuma? Hubungi saya anytime di 0136305658.

Mohd Fakhruddin Mohd Subari
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.PelaburanEmas2U.com
013-6305658

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?