20 Kelebihan Akaun Gold Accumulation Program (GAP)
4 min read
Apa itu GAP?
GAP adalah singkatan bagi Gold Accumulation Program. Ia merupakan satu program pengumpulan emas dalam akaun di bawah Public Gold.
Apa kelebihan Akaun Gold Accumulation Program (GAP) ini?
Berikut saya senaraikan 20 kelebihan Akaun GAP :
#๐ญ. ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐ก ๐๐ ๐๐ฆ ๐ ๐ข๐๐๐ ๐ฅ๐๐ก๐๐๐
Akaun GAP boleh mulakan modal minima RM100. Emas pelaburan ini tidak dikenakan GST dan telus mengikut harga emas semasa dunia. Klik www.publicgold.me/pelaburanemas2u untuk melihat harga emas 1 gram 999 (24 karat) GAP Public Gold yang dikemaskini setiap hari pada jam 12:00 malam.
#๐ฎ. ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐๐ฆ ๐ ๐จ๐ฅ๐๐
Harga emas GAP Public Gold adalah harga emas paling murah kerana bebas GST dan harga emas yang berbentuk akaun emas namun boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa dan di mana-mana sahaja kerana Public Gold adalah satu-satunya syarikat pelaburan emas yang dapat pengecualian cukai GST ke atas jongkong emas dan perak pelaburan LBMA dan mempunyai 19 cawangan seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia.
#๐ฏ. ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐ ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐จ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐ ๐ข๐ก๐๐๐ก๐
Emas GAP Public Gold boleh dibeli secara online dengan mudah pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Hanya berbekalkan internet dan handphone atau komputer sahaja boleh beli, jual semula atau pajak secara online.
#๐ฐ. ๐๐๐ฆ๐ข๐๐ข๐ก๐ ๐๐ข๐ก๐๐๐ข๐ก๐ ๐๐ ๐๐ฆ ๐ฎ๐ฐ๐
Pengeluaran jongkong emas atau dinar emas disokong 100% dengan ketulenan 999.9 atau 24k, emas yang diiktiraf dunia LBMA (London Bullion Market Association) dan bebas cukai GST. Public Gold merupakan satu-satunya pengeluar emas LBMA di Malaysia yang mendapat pengecualian cukai GST.
#๐ฑ. ๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐ ๐ ๐ง๐๐ก๐ฃ๐ ๐ฌ๐จ๐ฅ๐๐ก
Pembelian emas GAP dengan minima RM100 secara automatik menjadi ahli Public Gold tanpa yuran hangus dan emas dalam akaun GAP disimpan secara percuma tanpa yuran tahunan atau apa-apa caj tersembunyi.
#๐ฒ. ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐ก ๐๐ ๐๐ฆ ๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐ ๐
Penyimpanan emas dalam akaun GAP adalah secara PERCUMA tanpa caj penyimpanan untuk sepanjang hayat. Emas 24K atau emas 999.9 yang disimpan dalam Akaun GAP disimpan dalam peti simpanan di Public Safe dan kesemua simpanan emas dilindungi insurans sekiranya apa-apa yang berlaku kepada Syarikat Public Gold Sdn. Bhd.
#๐ณ. ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐จ๐๐ฅ๐๐ก ๐๐ข๐ก๐๐๐ข๐ก๐ ๐๐ ๐๐ฆ ๐๐๐ญ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐
Pengeluaran emas fizikal boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk disimpan sendiri dengan mudah dimana-mana cawangan Public Gold Malaysia, Singapura dan Brunei. Contohnya, membeli emas GAP semasa berada di Kuala Lumpur, boleh keluarkan emas fizikal apabila pulang ke kampung halaman di Johor kerana Public Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Emas dalam akaun GAP boleh dikeluarkan dalam bentuk fizikal sama ada emas pelaburan seperti gold bar atau dinar emas LBMA bebas GST. Pengeluaran minima akaun GAP kepada bentuk fizikal adalah serendah gold bar 1 gram 24 karat LBMA bebas GST.
#๐ด. ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐จ๐๐ฅ๐๐ก ๐๐ ๐๐ฆ ๐๐๐ญ๐๐๐๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ฆ๐๐๐๐
Kelebihan utama Akaun GAP adalah kebolehan mengeluarkan emas perbagai saiz, denominasi atau pelbagai bentuk emas sama ada gold bar 24K atau dinar emas 24K LBMA bebas cukai GST. Contoh, jika dalam akaun GAP tersimpan 5 gram, boleh pilih untuk keluarkan 1 gram X 5 keping atau 5 gram X 1 keping. Caj gold premium (caj pengeluaran) dikenakan semasa mengeluarkan emas fizikal iaitu jika keluarkan gold bar 1g LBMA dikenakan gold premium RM5. Gold Premium adalah caj yang dikenakan ketika membeli emas secara terus atau mengeluarkan emas dalam akaun GAP mengikut item berat.
#๐ต. ๐๐๐ ๐จ๐๐๐๐๐ก ๐๐จ๐๐ ๐๐ ๐๐ฆ ๐๐๐ฃ ๐ข๐ก๐๐๐ก๐
Emas dalam akaun GAP boleh dijual secara online 24 jam dengan mudah dan selamat.
#๐ญ๐ฌ. ๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐๐จ๐ก ๐๐๐ฃ ๐ ๐๐๐๐๐จ๐ ๐ฃ๐ ๐ ๐๐๐
PG MALL adalah platform terbaru Public Gold iaitu pembelian pelbagai barangan dan perkhidmatan menggunakan emas GAP secara online. PG MALL telah dilancarkan pada bulan Julai 2016 iaitu satu pusat jual beli barangan dan perkhidmatan menggunakan emas dalam akaun GAP. Pelbagai barangan dan perkhidmatan telah disediakan untuk ahli Public Gold membeli belah menggunakan emas pertama di dunia. Layari www.pgmall.my untuk melihat pelbagai barangan dan perkhidmatan yang disediakan dengan kemudahan membeli menggunakan emas gap secara online.
#๐ญ๐ญ. ๐๐๐๐จ๐ก ๐๐๐ฃ ๐ง๐๐ก๐ฃ๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐ง๐๐จ ๐๐จ๐ ๐๐๐
Penyimpanan emas dalam akaun GAP tiada tarikh luput atau had masa dan tiada had jumlah simpanan emas.
#๐ญ๐ฎ. ๐๐ ๐๐ฆ ๐๐๐ฃ ๐๐ข๐๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐ ๐ ๐ช๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ก ๐๐๐๐จ๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐
Emas dalam akaun GAP boleh dinamakan pewaris dan juga boleh diletakkan nama anak yang berumur kurang 18 tahun melalui akaun bersama atau โjoint accountโ. Tabungan emas GAP untuk anak-anak adalah sebagai pelaburan, tabungan pendidikan, insurans, bekalan kecemasan dan sebagainya kerana emas dalam akaun GAP boleh dijual bila-bila masa oleh ibu bapa apabila memerlukan wang.
#๐ญ๐ฏ. ๐ฃ๐๐ก๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐ ๐๐ฆ ๐๐๐ฃ ๐๐๐๐๐ฆ๐๐๐๐
Penambahan pembelian emas dalam akaun GAP boleh dilakukan mengikut bajet masing-masing minima RM100 atau sebaiknya beli emas gap dalam gandaan 1 gram. Pembelian penambahan emas gap adalah telus dimana jika pembelian bukan dalam gandaan 1 gram, berat emas yang dibeli ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan.
#๐ญ๐ฐ. ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐ ๐ ๐๐๐ก๐ฌ๐ ๐ญ ๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐จ๐ก ๐๐๐ฃ
Pegangan baki minima di dalam akaun GAP hanya 1 gram sahaja iaitu hanya perlu tinggal baki 1 gram dalam akaun GAP supaya akaun GAP sentiasa aktif. Jika keluarkan semua emas dalam akaun GAP, ia bermakna anda telah tutup akaun GAP. Jika nak aktifkan semula akaun GAP, akan dikenakan yuran pengaktifan akaun GAP sebanyak RM50.
#๐ญ๐ฑ. ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐ ๐๐ ๐๐ฆ ๐๐๐ญ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ ๐ ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ก ๐๐ฆ๐๐
Program GAP (Gold Accumulation Program) adalah program kumpul emas pertama di Malaysia dan Asia. Satu-satunya syarikat pelaburan emas yang menyediakan peluang mengumpul dan memiliki emas pelaburan modal rendah hanya Public Gold.
#๐ญ๐ฒ. ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐ก ๐๐ ๐๐ฆ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐ ๐ ๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐
Program GAP Public Gold adalah bagi pelabur emas yang takut menyimpan emas sendiri di rumah, peminat emas modal rendah atau pelabur emas yang berada jauh dari cawangan Public Gold atau luar negara berpeluang melabur atau menyimpan emas dengan selamat dalam akaun GAP.
#๐ญ๐ณ. ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐จ๐๐ฅ๐๐ก ๐๐ ๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ญ ๐๐ฅ๐๐
Pengeluaran emas fizikal dalam akaun GAP sekurang-kurangnya 1 gram emas iaitu boleh mengeluarkan minima gold bar 1 gram 24K LBMA bebas GST.
#๐ญ๐ด. ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ก๐๐ก ๐๐๐ก๐
Penyimpanan emas tetap bulanan boleh dilakukan dengan membuat Auto Debit. Ia memudahkan penyimpan emas membeli emas secara tetap mengikut jadual yang ditetapkan seperti RM200 setiap 25hb setiap bulan.
#๐ญ๐ต. ๐๐๐ ๐จ๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐ฆ
Emas pelaburan dalam akaun GAP boleh dipajak ar-rahnu dengan menggunakan aplikasi online sahaja. Ia amat mudah bagi mereka yang perlukan duit segera tanpa perlu pergi ke kedai pajak gadai ar-rahnu.
#๐ฎ๐ฌ. ๐๐๐๐จ๐ก ๐๐ ๐๐ฆ ๐๐๐ฃ ๐ง๐๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐ฃ๐๐ง ๐ฆ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐ฌ๐๐ฅ๐๐๐
Alhamdulillah, akaun emas GAP telah mendapat sijil patuh syariah dari panel syariah Amanie Advisor. Semua emas dalam akaun emas GAP Public Gold, semuanya 100% emas fizikal. Pembelian emas GAP selamat kerana pembeli emas berurusan terus dengan syarikat Public Gold dan boleh membeli emas mengikut kemampuan sendiri untuk mengumpul emas.
Semoga bermanfaat!
