PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

5 Rahsia Pelabur Emas Yang Sentiasa Senyum

4 min read

“Alamak!!!… Dah lock harga (place order) tadi, tapi harga turun lagi…. Nak buat macam mana ni???”

Antara reaksi biasanya orang yang baru PERTAMA KALI BELI EMAS. Ikutkan pengalaman saya selama hampir 3 tahun jadi dealer emas, saya belum pernah jumpa orang yang lepas beli, harga terus naik, naik, naik dan tak turun-turun dah lepas tu. Naik dan turun tu normal. Kalau harga naik tapi tak turun-turun, itu tak normal. Kalau turun dan tak naik-naik tu pun tak normal. Ia cuma persoalan masa. Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Ada masa dia naik sampai 35% setahun, ada tahun cuma naik 7% dan ada juga turun sebanyak 27% setahun. Tapi bagi sesiapa menyimpan emas sebagai WEALTH PROTECTION , dia tak kisah harga naik turun.

Ada duit lebih, beli emas. Bila harga emas naik, kita senyum sebab nilai kekayaan kita telah meningkat naik. Harga turun pun kita senyum sebab ini peluang untuk beli lagi pada harga rendah. Apa pun keadaan, jadilah pelabur emas yang sentiasa senyummm… (“,). Untuk jadi pelabur yang sentiasa senyum, ini saya kongsikan 5 rahsianya:

Rahsia #1 – Asingkan Duit Kecemasan, Simpan Emas Jangka Panjang

Sebelum beli emas, asingkan dulu duit simpan kecemasan. Sebaiknya simpan (3) bulan pendapatan. Kalau berlaku kecemasan, anda tak perlu jual emas-emas tu tapi gunakan duit kecemasan je. Beli emas dengan duit lebihan untuk simpanan jangka panjang.

Tidak digalakkan beli emas dengan duit kecemasan, duit yang nak digunakan dalam masa setahun. Kalau harga emas turun mendadak boleh mengganggu tidur yang lena, maksudnya duit tu tak sesuai beli emas. Lebih baik simpan dalam ASB atau Tabung Haji.

Rahsia #2 – Beli Emas Dengan Duit Lebihan, Bukan Pinjaman

Beli emas dengan duit lebihan, bukan duit pinjaman. Tak kiralah samada duit pinjaman bank ataupun duit family.

“Pelaburan” pada hakikatnya ialah untuk orang yang ada duit lebih. Kalau tak ada duit lebih, lebih baik berniaga berbanding melabur. Daripada duit tu dimakan inflasi, lebih baik beli emas yang kalis inflasi. Saya memang tak galakkan orang beli emas dengan duit pinjaman kecuali hanya itulah cara nak disiplinkan diri untuk menyimpan. Memang ramai yang tak boleh pegang duit, dan tak boleh menyimpan secara berdisplin. Kalau ada duit, mesti cepat habis. Daripada duit habis macam tu, mungkin buat pinjaman (bank) dan beli emas dapat bantu dia menyimpan secara berdisiplin setiap bulan.

Rahsia #3 – Beli Untuk “Wealth Protection”, Bukan Spekulasi

Beli emas untuk wealth protection (pelindung kekayaan). Protect duit dari ‘dicuri’ (dibelanjakan) diri sendiri, protect dari inflasi, dan paling menakutkan, protect dari keruntuhan sistem matawang! Emas adalah penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia daripada sebarang keadaan ekonomi sepanjang zaman. Wang kertas yang kita simpan sangat berisiko. Tengoklah ketika Ringgit Malaysia merudum tahun 1997 oleh ‘penyangak’ matawang bernama George Soros. Duit Malaysia jatuh tergolek daripada RM2.50 untuk USD1, kepada RM3.80 untuk USD1. Bahkan pernah jatuh sehingga RM4.70 untuk USD1 pada 7 Januari 1998. Nilai duit kertas jatuh 52% hanya dalam tempoh yang singkat! Kalau sebelum gawat kita beli barang import RM25,000, lepas gawat kita terpaksa bayar RM38,000 untuk barang yang sama disebabkan kejatuhan nilai matawang ringgit. Terpaksa top-up RM13,000 (52%)!

Dan tengoklah apa berlaku kepada negara-negara yang huru-hara, peperangan, dan hilang kestabilan ekonomi. Apa berlaku kepada duit kertas pada zaman Jepun menjajah Tanah Melayu dulu. Siapa sanggup terima DUIT KERTAS yang dipanggil “duit pisang” lepas kekalahan Jepun? Ia cuma kertas yang hanya layak dijadikan “wallpaper” kata Sheikh Imran Hosein. Mungkin datuk dan nenek kita faham benar situasi ini. Dan siapa jamin negara kita akan sentiasa stabil sepanjang masa? Kalau ia berlaku, segala kekayaan yang kita usahakan akan kembali kepada “kosong”! (Youtube: Risiko Tak Menyimpan Emas – Sheikh Imran Hosein)

pelaburan emas public gold

Untuk wealth protection, tetapkan matlamat dengan memperbanyakkan keping (gram) emas yang ada. Bukan sekadar “buy low, sell high”. Kalau tahun ni ada 50 keping dinar, tahun depan tambahkan jadi 60 keping. Itulah cara terbaik.

Rahsia #4 – Pantau Harga Bila Perlu Sahaja

Anda tak perlu pantau harga emas tiap-tiap hari, apatah lagi sejam sekali! Bila harga naik, rasa happy. Bila turun, rasa terkilan. Jangan bazirkan emosi dengan turun naik harga emas. Pantau harga emas memang boleh mengganggu emosi, dan sungguh memenatkan. Nasihat saya, lepas beli, tak payah tengok dah harga. Cek harga emas hanya bila (1) nak jual, atau (2) nak beli lagi. Itu jer. Kalau nak compare harga, compare dengan harga setahun dari tarikh anda beli, bukan compare tiap-tiap hari. Jangan bazirkan emosi… (“,)

Rahsia #5 – Melabur Sambil Berniaga Emas

Bagi sesiapa beli emas Public Gold RM30,000 dalam satu resit, anda sudah layak jadi dealer secara automatik. Dengan itu, selain anda melabur emas, anda juga dah boleh berniaga emas dengan memperkenalkan emas Public Gold kepada orang lain. Niatkan untuk bantu orang ramai melabur dalam emas cara yang tepat, selamat dan menguntungkan, insyaAllah.

Bisnes emas ni boleh buat secara sambilan. Orang lain buka facebook untuk cek status (wall post) orang lain, kita juga guna facebook, tapi untuk bagi tips-tips mudah tentang emas. Orang lain spent masa tengok TV, kita tukarkan masa TV untuk terus belajar dan berkongsi ilmu tentang emas dan kewangan. Tapi bila orang lain risau turun naik harga emas, insyaAllah, kita sentiasa senyum sepanjang masa. Harga emas naik, kita senyum sebab kekayaan meningkat. Harga emas turun, kita senyum sebab komisyen melambung hasil membantu orang lain membeli emas pada harga rendah. Dan apa kata gunakan duit komisyen untuk beli emas lagi, insyaAllah. Apapun keadaan harga emas, penyimpan sambil berniaga emas sentiasa berada pada posisi “senyum dan happy”. InsyaAllah… [7 kelebihan jadi dealer Public Gold

Itulah lima (5) rahsia untuk jadi pelabur emas yang sentiasa senyum dan happy. Kalau anda masih risau  turun naik harga emas, mungkin boleh semak balik 5 tips ni. Mudah-mudahan anda juga jadi pelabur emas yang sentiasa senyum, insyaAllah.

Semoga bermanfaat. Hubungi saya untuk bimbingan emas percuma

Mohd Fakhruddin Mohd Subari
Dealer Emas Public Gold Patuh Syariah
013-6305658

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?