PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

Emas Penyelamat Bencana Kewangan

3 min read

Wang kertas yang digunakan hari ini sebenarnya adalah VOUCHER mewakili emas. Namun sejak Perjanjian Bretton Wood ditamatkan pada 1971 oleh Presiden US Richard Nixon, wang kertas sudah lagi tiada kaitan dengan emas.

Hasil gambar untuk wang kertas vs emas

Amerika dengan secara rasminya putuskan hubungan antara emas dan duit kertas US Dollar. Jadi kalau berlaku apa-apa yang menjejaskan kestabilan ekonomi negara atau dunia, penyimpan duit kertas akan lingkup dulu.

Cuba kaji balik apa berlaku masa Krisis Kewangan Asia tahun 1997. Ringgit Malaysia jatuh lebih 50% hanya dalam tempoh beberapa bulan! Daripada RM2.50 untuk USD1 kepada RM4.70! Memang betul duit yang kita simpan dalam bank nombornya kekal, tapi kuasa belinya dah hilang separuh. Orang luar boleh beli kekayaan negara kita dengan separuh harga sahaja pada masa tu!

Exchange rate RM US sebelum gawat 1997
Ringgit Malaysia sekitar RM2.50 untuk USD1 sebelum krisis kewangan
Ringgit Malaysia pernah tersungkur hingga RM4.70 untuk USD1 ketika gawat 1997

Tapi sesiapa simpan emas, kekayaan mereka tak terjejas pun kalau berlaku ketidakstabilan begitu. Ringgit jatuh, tapi harga emas naik. US Dollar jatuh, harga emas lagi naik. Dan lepas tahun 1997 barulah Tun Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) sedar sistem duit kertas sangat tidak adil dan menyarankan DINAR EMAS sebagai alat tukaran dagangan antarabangsa. Pada tahun 2000 baru Bank Negara keluarkan syiling emas pertama negara yang dinamakan “Kijang Emas“.

Emas Sebagai “Wealth Protection”

So, beli emas sekadar “buy low sell high” tu bersifat sementara sahaja. Kuasa sebenar emas jauh lebih besar dari itu. Negara-negara kuasa besar dunia jadikan emas sebagai rizab terbesar negara dan tak pernah risau harga emas jatuh, sedangkan negara-negara kecil macam Malaysia simpan kertas hijau (US Dollar) sebagai rizab terbesar negara. Bila berlaku ketidakstabilan ekonomi negara atau dunia, negara kecil akan lingkup dulu sedangkan negara besar yang ada rizab emas senang bangkit semula. Itulah yang dimaksudnya emas sebagai “WEALTH PROTECTION”.

rizab simpanan emas negara dunia
US adalah penyimpan emas terbesar dunia. 70% daripada rizab negara US disimpan dalam bentuk emas. Ini berdasarkan senarai World Gold Reserve.

Sedikit sejarah tentang duit kertas. Tahun 1944 lepas perang dunia ke-2, negara-negara dunia buat perjanjian untuk mewujudkan sistem kewangan antarabangsa baru yang dinamakan Perjanjian Bretton Woods. Dalam perjanjian tu, US Dollar dijadikan mawatang antarabangsa dan ditetapkan nilainya USD35 bersamaan 1 oz emas. 1 oz bersamaan 31.1 gram. Maksudnya, USD35 adalah VOUCHER untuk ditukar dengan 1 oz emas dalam simpanan US. Tapi bila ekonomi US tertekan lepas lalui peperangan yang panjang dengan Vietnam (1956 – 1975), US putuskan hubungan US Dollar dengan emas bagi membolehkan US mencetak duit kertas ‘sesuka hati’ sebagaimana biasa dilakukan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu. Kalau dulu, duit kertas tak boleh dicetak melebihi rizab emas yang mereka ada.

Duit kertas US Dollar emas
Semasa US Dollar disandarkan kepada emas, duit kertas US tertulis “redemable in gold on demand at the United States Treasury, or in gold or lawful money at any Federal Reserve Bank”. Maksudnya, duit ini adalah voucher emas. Duit sebenar hakikatnya adalah emas.

Duit Kertas Adalah Voucher Emas

Bila emas dan US Dollar dah tak ada kena mengena, itu peluang US manipulate duit kertas mereka. Kalau sesebuah negara cetak duit sesuka hati, maka akan berlaku hiper inflasi, tapi US Dollar tak berlaku begitu sebab ia digunakan untuk dagangan antarabangsa. Jadi seolah-olah US boleh beli kekayaan kita dengan hulurkan kertas hijau US Dollar sahaja yang dia sendiri cetak tanpa disandarkan kepada aset fizikal yang sebenar.

duit matawang pisang
Duit kertas yang dicetak tanpa disandarkan dengan aset fizikal pasti berakhir nasibnya seperti Matawang Pisang yang tidak lagi bernilai. Duit ini pernah digunakan pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Atuk kita pasti pernah alami zaman di mana duit kertas tak lagi bernilai.

Matawang negara-negara lain termasuk Malaysia hakikatnya adalah terbitan US Dollar sebab negara-negara dunia simpan US Dollar sebagai rizab terbesar negara. Kalau sebelum 1971, memang logik mereka simpan US Dollar sebab US Dollar masa tu adalah VOUCHER mewakili emas. Menyimpan US Dollar seolah-olah kita simpan emas. Tapi sekarang, US Dollar hanya kertas hijau yang tak ada kena mengena lagi dengan emas. Bahkan nilai US Dollar dan duit kertas yang lain boleh hilang nilainya serendah nilai tisu tandas kata Tun Dr. Mahathir.

utusan 2 november 2010 dollar tisu tandas dinar emas tun mahathir
Dinar emas penyelesaian terbaik bila krisis kewangan kata Tun Dr. Mahathir

Dan itulah sebab utama kenapa kita perlu tukarkan duit simpanan kepada emas. Selamatkan kekayaan kita dari bencana kewangan yang pasti datang tanpa amaran!

Okay. Semoga bermanfaat!

Perlu bimbingan percuma? Hubungi saya anytime

Mohd Fakhruddin Mohd Subari
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.PelaburanEmas2U.com
013-6305658

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?