10 Kesilapan Pelabur Emas!
Ramai yang buat kesilapan remeh dan sangat merugikan dalam membuat pelaburan emas. Ia sepatutnya boleh dielakkan jika ada ilmu. Jika ada ilmu, InsyaAllah tak rugi.
Jadi saya bongkarkan kepada anda cara bagaimana untuk mengelakkan 10 daripada kesilapan biasa pelabur emas yang sangat merugikan. Moga ianya bermanfaat:
#1 – Melabur ikut-ikut tanpa ilmu
Bukan emas itu yang membuatkan kita kaya, tapi ILMU kita tentang emas tu yang boleh membuatkan kita kaya. Lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung yang akan kita dapat dalam mana-mana pelaburan sekalipun. Baca artikel-artikel tentang emas di website ini, atau sekurang-kurangnya baca 1 buku pelaburan emas yang berkredibiliti sebelum bermula. Datanglah ke mana-mana seminar tentang pelaburan emas untuk belajar terus dari yang pakar.
#2 – Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama
Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark (penanda aras) tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu walaupun hanya gold bar 1 gram atau guna akaun GAP, buat belian emas minimum RM100, dan lepas tu barulah boleh monitor perkembangan harga. Untuk makluman anda, penganalisis teknikal harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah. Apatah lagi kita orang biasa!
#3 – Membeli barang kemas
Barang kemas PERHIASAN kurang sesuai untuk PELABURAN. Barang kemas dikeluarkan tujuannya ialah cantik dan menarik sedangkan emas pelaburan dikeluarkan untuk tujuan menjana keuntungan. (1) Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan, (2) kos upahnya boleh dimanipulasi oleh pekedai emas, dan (3) Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%-35%. Baca 4 Kerugian Membeli Barang Kemas.
#4 – Membeli emas pelaburan di kedai emas
Harga emas yang dijual di kedai emas lebih tinggi dari emas pelaburan lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. www.fgjam.org.my. Ditambah lagi, mereka letakkan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal (plastik kekal) dan tak boleh hilang resit dsb. Kalau buka seal, emas tu dianggap sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%!
#5 – Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat
Pelaburan emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread (susut nilai) sekitar 6% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tak pakai sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun. Paling baik, untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 – 3 tahun. Tapi kalau ini sahajalah cara untuk anda mendisiplinkan menyimpan, tak salah untuk simpan emas at least 1gram 1bulan atau RM100 setiap bulan atau asal ada duit lebih, tambah simpanan emas pada bila-bila masa.
#6 – Pinjam duit untuk beli emas
Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik dilaburkan. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur. Saya tak syorkan buat pinjaman untuk beli emas melainkan orang yang susah disiplinkan diri menyimpan wang secara konsisten. Mungkin dengan cara buat pinjaman dan beli emas, dapat ‘paksa’ diri menyimpan.
#7 – Membeli emas ‘paling murah’, tanpa ambil kira faktor lain
Emas paling murah, jual balik pun murah. Emas paling murah tak semestinya terbaik untuk pelaburan. Emas yang dilelong di ar-rahnu juga belum tentu menguntungkan. Dakwaan ada kedai emas jual emas harga murah pun belum tentu menguntungkan. Kita kena ambil kira juga kadar spreadnya (susut nilainya), kadar upahnya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Kijang Emas BNM (dijual oleh Maybank) bukanlah yang paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik. Baca 5 Kriteria Memilih Emas Pelaburan.
#8 – Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul
Terbukti, lebih ramai orang rugi berbanding buat untung dengan memajak emas di ar-rahnu. Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak secara mendadak, (2) Duit pinjaman ar-rahnu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Jadi sebelum pajak emas, faham dulu ilmu asas tentang pajakan. Baca 10 Tips Memajak Emas di Ar-Rahnu.
#9 – Membuka sarung plastik kekal
Kebanyakkan emas pelaburan di bank diletakkan dalam bungkusan plastik kekal. Kalau nak buka, ia terpaksa dipotong dan bungkusan plastik itu akan rosak. Emas yang diletakkan dalam plastik kekal sangat cerewet. Bank yang menjual emas tak terima untuk beli balik kalau seal dibuka (potong atau gunting), calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak sebab ar-rahnu perlu buka plastik itu untuk ujian ketulenan! Dan kalau bank tak terima bila nak jual balik, anda akan rugi 25% sebab terpaksa jual emas tu sebagai ‘used gold’ di kedai emas.
#10 – Menjual emas ditempat yang salah
Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat terbaik menjual emas ialah di mana anda membelinya sebab anda akan dapat harga tertinggi. Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold, bukan ke kedai emas atau kepada pengeluar lain. Kalau anda jual ke kedai emas, anda akan rugi sebab mereka akan kenakan spread (susut nilai) sekitar 25%, sedangkan kalau jual semua kepada Public Gold, spreadnya cuma sekitar 6% – 9% sahaja. Itulah ‘rule’ penting bila nak jual balik apa-apa jenis emas sekalipun. Jadi sebelum beli, fahami dulu syarat jualan balik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.
Punca Utama 10 Kesilapan
Punca utama kesilapan tersebut berlaku ialah tak ada ilmu untuk melabur. Ramai yang jenis ikut-ikut je. Saya secara peribadi sentiasa update ilmu saya tentang pelaburan dari semasa ke semasa supaya kita tahu apa perkembangan dalam pasaran. Ingat, lagi tinggi ilmu kita dalam sesuatu pelaburan, lagi besar untung yang kita boleh dapat.
Untuk tingkatkan ilmu, saya cadangkan anda dapatkan ebook saya ini sementara diberikan secara percuma . Klik Ebook Pelaburan Emas- Menyingkap Rahsia Emas Sebagai Aset dan Pelaburan. Memang tak akan sama orang berilmu dengan tak berilmu. Orang berilmu, buat perkara yang sama dengan cara berbeza.
Perlukan bantuan? hubungi saya anytime! Saya akan bantu.
Mohd Fakhruddin Mohd Subari
Dealer Emas Public Gold Patuh Syariah
013-6305658