PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

Fungsi Auto Debit, Mudahkan Penyimpan Emas

2 min read

Fungsi terbaru dalam Akaun GAP iaitu Auto Debit telah membantu penyimpan dan pelabur emas untuk menambah gram emas dengan lebih mudah.

Dengan hanya sekali ‘setting’, anda dapat menambah simpanan emas secara automatik selama 12 bulan! Tak perlu setiap bulan nak login account GAP. Tiada risiko terlupa untuk menabung.

Kelebihan GAP Public Gold Auto Debit

Kenapa kerajaan wajibkan kita mencarum KWSP 11% setiap bulan?

Kalau kita tak tolak 11% sebulan masuk KWSP, agak-agak duit tersebut ada dekat mana?

Melancong?

Sport rim kereta?

Kopi mahal?

Sudah pasti tak tahu lesap pergi mana kan?

Jadi, dalam menyimpan. Mahu tidak mahu. Kita kena paksa menyimpan, dan lupakan simpanan tersebut. 

Kalau simpanan itu di ingat-ingat, simpanan tu comfirm tak lekat.

Jadi, ini antara 3 kelebihan GAP Auto Debit:

  • Paksa menabung emas 999 secara automatik setiap bulan.
  • Selamatkan duit gaji secepat mungkin sebelum terbelanja barang bukan keperluan.
  • Peluang menang cabutan bertuah emas setiap bulan.

Soalan Lazim GAP Auto Debit

Baiklah, sebelum bermula,

Saya kongsikan kepada anda beberapa soalan lazim untuk GAP Auto Debit :

(1) Setiap bulan kita boleh beli emas secara auto debit mengikut gram atau RM? 

  • Ikut RM, kalau kita dah set RM200 sebulan, maksudnya gram emas kita akan dikira ikut harga pada tarikh tersebut.

(2) Macam mana nak dapatkan peluang cabutan bertuah tersebut? – 

  • Buat auto debit minimum RM200 sebulan

(3) Boleh batalkan tak auto debit selepas 6 bulan sebagai contoh? – 

  • Boleh, cuma perlu bayar transaction fee RM1.

(4) Bagaimana untuk bermula GAP auto debit

  • Boleh baca keterangan dibawah

Tutorial GAP
Pembelian Emas (Auto-Debit)

Pembelian emas GAP melalui Auto-Debit adalah pembelian secara automatik setiap bulan mengikut jumlah, tarikh (effective date) dan tempoh pembelian yang anda tetapkan.

Duit akan ditolak dari akaun bank anda dalam tempoh 7 hari bekerja selepas effective date yang anda tetapkan dan gram emas akan dimasukkan ke dalam akaun GAP anda secara automatik.

Walaupun mengambil masa 7 hari bekerja untuk duit ditolak dari akaun bank anda, harga emas untuk setiap pembelian anda tetap berdasarkan harga emas pada effective date bulanan yang anda tetapkan.

Pihak bank akan mengenakan caj RM1 untuk mengaktifkan fungsi auto debit ini.

Anda boleh tukar jumlah pembelian bulanan pada bila bila masa (pihak bank akan kenakan caj RM1 untuk setiap penukaran)

Anda boleh hentikan fungsi auto debit ini pada bila bila masa (pihak bank akan kenakan caj RM1 untuk penamatan auto debit)

Rujuk langkah-langkah di bawah untuk mengaktifkan fungsi auto debit :

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?