Kelebihan Program GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold
Apa itu GAP?
GAP adalah singkatan bagi Gold Accumulation Program. Ia merupakan satu program pengumpulan emas dalam akaun di bawah Public Gold.
Faedah Program Kumpul Emas Mampu Milik Pertama di Malaysia
Program GAP Public gold ialah program simpanan emas fizikal pertama di Malaysia yang memudahkan para penyimpan emas mengumpul emas dengan modal rendah iaitu minimun RM100 atau membeli emas 1g 24K dan terkumpul emas dalam akaun GAP.
Secara asasnya program GAP adalah seperti akaun Emas bank seperti akaun emas Passbook Maybank atau Gold Investment Account (GIA) Public Bank.
Bezanya, program GAP membolehkan pengumpul emas dalam akaun GAP mengeluarkan emas fizikal seperti gold bar atau emas dinar termurah yang diiktiraf dunia, LBMA tanpa cukai GST atau cukai barang kemas bila-bila masa di cawangan Public Gold berdekatan di seluruh Malaysia.
Selain itu, emas yang terkumpul dalam akaun GAP boleh dijual secara online, boleh digunakan untuk mengerjakan umrah atau boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan dan perkhidmatan menggunakan emas dalam akaun GAP melalui PG MALL.
Penyimpanan emas dalam akaun GAP adalah percuma dan tiada tarikh luput iaitu penyimpan emas boleh menambah belian emas GAP bila-bila masa dan di mana sahaja secara online.
20 KELEBIHAN GAP GOLD ACCUMULATION PROGRAM PUBLIC GOLD :
1. PENYIMPANAN EMAS MODAL RENDAH
Program GAP hanya perlukan modal minima RM100 atau beli emas minimum 1g tulen 999.9 (24 karat) iaitu dengan harga termurah kerana membeli emas pelaburan tidak dikenakan GST dan telus mengikut harga emas semasa dunia.
Klik www.publicgold.com.my untuk melihat harga emas 1g 24 karat GAP Public Gold yang dikemaskini setiap hari pada jam 12:00 malam atau bandingkan dengan harga emas jenama lain.
2. HARGA EMAS MURAH
Harga emas GAP Public Gold adalah harga emas paling murah kerana bebas GST dan harga emas yang berbentuk akaun emas namun boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa dan di mana-mana sahaja kerana Public Gold adalah satu-satunya syarikat pelaburan emas yang dapat pengecualian cukai GST ke atas jongkong emas dan perak pelaburan LBMA dan mempunyai 19 cawangan seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia.
3. BELIAN EMAS BOLEH DILAKUKAN SECARA ONLINE
Emas GAP Public Gold boleh dibeli secara online dengan mudah pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
4. DISOKONG JONGKONG EMAS 24K LBMA
Pengeluaran jongkong emas atau emas dinar disokong 100% dengan berketulenan 999.9 atau 24k, emas yang diiktiraf dunia LBMA (London Bullion Market Association) dan bebas cukai GST. Public Gold merupakan SATU-SATUNYA pengeluar emas LBMA di Malaysia yang mendapat pengecualian cukai GST.
5. KEAHLIAN PERCUMA TANPA YURAN
Pembelian emas GAP dengan minima RM100 secara otomatik menjadi ahli Public Gold tanpa yuran hangus dan emas dalam akaun GAP disimpan secara percuma tanpa yuran tahunan atau apa-apa caj tersembunyi.
6. PENYIMPANAN EMAS SECARA PERCUMA
Penyimpanan emas dalam akaun GAP adalah secara PERCUMA tanpa caj penyimpanan untuk sepanjang hayat. Emas 24K atau emas 999.9 yang disimpan dalam Program GAP disimpan dalam peti simpanan di Public Safe dan kesemua simpanan emas dilindungi insurans sekiranya apa-apa yang berlaku kepada Syarikat Public Gold Sdn. Bhd.
7. PENGELUARAN JONGKONG EMAS FIZIKAL PADA BILA-BILA MASA
Pengeluaran emas fizikal boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk disimpan sendiri dengan mudah dimana-mana CAWANGAN PUBLIC GOLD MALAYSIA, SINGAPURA DAN INDONESIA. Contohnya, membeli emas GAP semasa berada di Kuala Lumpur, boleh keluarkan emas fizikal apabila pulang ke kampung halaman di Johor kerana Public Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia.
Emas dalam akaun GAP boleh dikeluarkan dalam bentuk fizikal sama ada emas pelaburan seperti gold bar atau emas dinar LBMA bebas GST. Pengeluaran minima akaun GAP kepada bentuk fizikal adalah serendah gold bar 1 gram 24 karat LBMA bebas GST.
8. PENGELUARAN EMAS FIZIKAL YANG FLEKSIBAL
Kelebihan utama program gap adalah kebolehan mengeluarkan emas perbagai saiz, denominasi atau pelbagai bentuk emas sama ada gold bar 24K atau emas dinar 24K LBMA bebas cukai GST. Contoh, jika dalam akaun GAP tersimpan 5 gram, boleh pilih untuk keluarkan 1 gram X 5 keping atau 5 gram X 1 keping.
Caj gold premium dikenakan semasa mengeluarkan emas fizikal iaitu jika keluarkan gold bar 1g lbma dikanakan gold premium RM5. Gold Premium adalah caj yang dikenakan ketika membeli emas secara terus atau mengeluarkan emas dalam akaun GAP mengikut item beratnya kerana jongkong emas Public Gold diiktiraf dunia, LBMA tanpa cukai GST yang dikeluarkan di Turki.
9. KEMUDAHAN JUAL EMAS GAP ONLINE
Emas dalam akaun GAP boleh dijual secara online 24 jam dengan mudah dan selamat.
10. AKAUN EMAS GAP UNTUK MENGERJAKAN UMRAH
Emas dalam akaun GAP Public Gold boleh digunakan untuk mengerjakan umrah apabila mencukupi emas 10 dinar ataupun 42.5g emas dalam akaun GAP.
11. PEMBELIAN BARANGAN DENGAN AKAUN GAP MELALUI PG MALL
PG MALL adalah platform terbaru Public Gold iaitu pembelian pelbagai barangan dan perkhidmatan menggunakan emas GAP secara online. PG MALL telah dilancarkan pada bulan julai 2016 iaitu suatu pusat jual beli barangan dan perkhidmatan menggunakan emas dalam akaun GAP.
Pelbagai barangan dan perkhidmatan telah disediakan untuk ahli Public Gold membeli belah menggunakan emas pertama di dunia.
Layari www.pgmall.my untuk melihat pelbagai barangan dan perkhidmatan yang disediakan dengan kemudahan membeli menggunakan emas gap secara online.
12. AKAUN GAP TANPA HAD MASA ATAU JUMLAH
Penyimpanan emas dalam akaun GAP tiada tarikh luput atau had masa dan tiada had jumlah simpanan emas.
13. EMAS GAP BOLEH DILETAKKAN PENAMA WARIS DAN AKAUN BERSAMA ANAK
Emas dalam akaun GAP boleh dinamakan pewaris dan juga boleh diletakkan nama anak yang berumur kurang 18 tahun melalui akaun bersama atau “joint account”.
Tabungan emas GAP untuk anak-anak adalah sebagai pelaburan, tabungan pendidikan, insurans, bekalan kecemasan dan sebagainya kerana emas dalam akaun GAP boleh dijual bila-bila masa oleh ibu bapa apabila memerlukan wang.
14. PENAMBAHAN BELIAN EMAS GAP FLEKSIBAL
Penambahan pembelian emas dalam akaun GAP boleh dilakukan mengikut bajet masing-masing minima RM50 atau sebaiknya beli emas gap dalam gandaan 1 gram untuk patuh syariah dan tiada syarat wajib beli dalam jumlah tertentu atau tempoh tertentu. Pembelian penambahan emas gap adalah telus dimana jika pembelian bukan dalam gandaan 1 gram, berat emas yang dibeli ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan.
15. PENGAKTIFAN BAKI MINIMA HANYA 1 GRAM DALAM AKAUN GAP
Pegangan baki minima di dalam akaun gap hanya 1 gram sahaja iaitu hanya perlu tinggal baki 1 gram dalam akaun GAP supaya akaun GAP sentiasa aktif. Baki minima yang perlu disimpan dalam akaun emas Public Bank, GIA (Gold Investment Account) adalah 5 gram.
Jika telah keluarkan semua emas dalam akaun GAP, akan dikenakan yuran pengaktifan akaun GAP RM50 untuk aktifkan semula akaun GAP.
16. PROGRAM KUMPUL EMAS FIZIKAL PERTAMA DI MALAYSIA DAN ASIA
Program GAP (Gold Accumulation Program) adalah program kumpul emas pertama di Malaysia dan Asia. Satu-satunya syarikat pelaburan emas yang menyediakan peluang mengumpul dan memiliki emas pelaburan modal rendah hanya Public Gold.
17. PENYIMPANAN EMAS SELAMAT DI MANA SAJA BERADA
Program GAP Public Gold adalah bagi pelabur emas yang takut menyimpan emas sendiri di rumah, peminat emas modal rendah atau pelabur emas yang berada jauh dari cawangan Public Gold atau luar negara berpeluang melabur atau menyimpan emas dengan selamat dalam akaun GAP.
18. PENGELUARAN EMAS SERENDAH GOLD BAR 1 GRAM
Pengeluaran emas fizikal dalam akaun GAP sekurang-kurangnya 1 gram emas iaitu boleh mengeluarkan minima gold bar 1 gram 24K LBMA bebas GST.
19. PENYEDIAAN ARAHAN BULANAN BANK
Penyimpanan emas tetap bulanan boleh dilakukan dengan Arahan tetap bulanan (monthly standing instruction) bagi mengumpul pengumpulan emas yang tetap seperti RM200 sebulan dan sebagainya. (boleh call mana-mana bank untuk buat standing instruction)
20. KEMUDAHAN PAJAK JONGKONG EMAS LBMA
Emas pelaburan dari akaun GAP seperti gold bar LBMA atau emas dinar LBMA mudah digadai di 65 cawangan Ar-Rahnu POS seluruh Malaysia.
Program GAP Public Gold adalah penyimpanan atau penggumpulan emas paling murah dan selamat untuk mendapat emas pelaburan termurah bebas GST atau barang kemas 916 tanpa risiko kerugian atau ditipu.
21. AKAUN EMAS GAP TELAH MENDAPAT SIJIL PATUH SYARIAH
Alhamdulillah, akaun emas GAP telah mendapat sijil patuh syariah dari panel syariah Amanie Advisor. Semua emas dalam akaun emas GAP Public Gold, semuanya 100% emas fizikal.
Pembelian emas GAP selamat kerana pembeli emas berurusan terus dengan syarikat Public Gold dan boleh membeli emas mengikut kemampuan sendiri untuk mengumpul emas.
Bertindak segera membeli emas gap 1 gram sebagai tapak permulaan pelaburan emas untuk menyimpan emas sedikit demi sedikit sebagai pelindung harta di saat kenaikan harga barang, penyelamat kejatuhan wang di waktu ekonomi yang tidak menentu, pengelak kebocoraan wang, dana waktu kecemasan, penjana keuntungan dan pelaburan terbaik pada waktu harga emas masih rendah.
BERTINDAK BELI EMAS GAP SEKARANG dengan klik link sini: Cara buat belian emas melalui Program GAP atau whatsapp 012-337 5658 untuk mendapat bimbingan dalam pelaburan emas Public Gold.
Pelabur emas yang ingin memiliki atau menyimpan emas sendiri boleh membeli emas dengan cara pembelian emas biasa, iaitu beli emas terus dapat emas.
Pelbagai produk emas dan perak pelaburan diiktiraf dunia, LBMA yang di sediakan dengan minima pembelian gold bar 0.5gram 24karat atau emas 999.9 LBMA bebas GST terus klik CARA DAFTAR PERCUMA DAN BELI EMAS PUBLIC GOLD ONLINE.
Jumpa Di Puncak Kejayaan!
Dah ready nak simpan emas?
LIKE | FOLLOW Pelaburanemas2u
Tik Tok: http://www.tiktok.com/@pelaburanemas2u
Facebook: https://www.facebook.com/pelaburanemas2u
Instagram: https://instagram.com/pelaburanemas2u