𝘌𝘮𝘢𝘴 𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘳𝘦𝘬𝘰𝘥 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘴𝘪𝘴𝘵𝘦𝘮 𝘬𝘦𝘸𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯…

Salah satu kebaikan emas adalah ia “tiada rekod dalam sistem kewangan”. Ia boleh dijadikan aset bagi orang yang telah di isytihar Bankrup. Sebab kebanyakan orang yang diisytihar bankrup mereka tak boleh simpan duit di bank. Jadi jalan penyelesaiannya adalah simpan duit dalam bentuk emas.

Selain daripada itu emas juga boleh dijadikan medium untuk sorokkan kekayaan. Terutamanya bagi mereka yang perlu buat perisytiharan harta. Kebiasaan kesemua harta perlu diisytihar kecuali emas. Pihak berwajib boleh menyemak kesemua aset lain yang ada dalam sistem kewangan kecuali emas!

Tapi perlu diingat, walaupun emas boleh dijadikan medium untuk menyorokkan kekayaan, jangan sesekali amalkan amalan ini sehingga waris terdekat tidak tahu langsung yang mana kita ada menyimpan emas. Beritahu waris dimana kita simpan emas yang telah kita beli, jangan simpan diam-diam saja. Sebabnya kalaulah kita ditakdirkan pendek umur (mati) emas tu akan terus “terdiam” tempat kita sorok tanpa pengetahuan si waris.

Kesimpulannya, bagi sesiapa yang nak sorok kekayaan supaya “orang lain” tidak tahu berapa jumlah kekayaan yang kita ada, emas adalah aset yang bagus sebab ia terbukti tidak ada dalam mana-mana sistem kewangan. Hanya kita dan waris yang dipercayai saja mengetahuinya.🤭

Klik Wassap untuk mulakan simpanan emas anda hari ini.

Mohd Fakhruddin Mohd Subari

Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous post FAHAMI PELABURAN EMAS DAN PELABURAN ASB
Next post CARA MUDAH MERAMAL KENAIKAN HARGA EMAS
WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?