PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

CARA MUDAH MERAMAL KENAIKAN HARGA EMAS

3 min read

Situasi bila harga emas jatuh, saya perhati tak ramai yang beli emas sebab takut harga emas turun lagi. TAPI bila harga emas dah naik, ramailah yang kelam kabut beli emas sebab takut harga emas naik lagi. Kalau tanya dealer emas otai yang lain pun, saya yakin, mereka pun setuju tentang β€˜perangai’ pembeli-pembeli emas ni. Lebih ramai yang beli bila harga emas naik memuncak berbanding harga turun rendah. Betulkan?

Sebenarnya masa yang agak baik untuk tambahkan lagi simpanan emas fizikal ialah pada masa π’‰π’‚π’“π’ˆπ’‚ π’†π’Žπ’‚π’” π’”π’†π’…π’‚π’π’ˆ β€˜π’”π’•π’‚π’•π’Šπ’Œβ€™. Naik tak, turun pun tak. Sebabnya, bila trend macam ni, harga emas akan melonjak pada bila-bila masa.

π‘ͺ𝒂𝒓𝒂 𝑴𝒖𝒅𝒂𝒉 π‘΄π’†π’“π’‚π’Žπ’‚π’ π‘²π’†π’π’‚π’Šπ’Œπ’‚π’ π‘―π’‚π’“π’ˆπ’‚ π‘¬π’Žπ’‚π’”

Saya kongsikan cara mudah nak ramal potensi kenaikan harga emas iaitu π’π’Šπ’‰π’‚π’• 𝒃𝒆𝒓𝒂𝒑𝒂 π’‰π’‚π’“π’ˆπ’‚ π’•π’†π’“π’•π’Šπ’π’ˆπ’ˆπ’Š π’Šπ’‚ 𝒑𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 π’„π’‚π’‘π’‚π’Š. Katakanlah harga gold bar Public Gold 20g pernah cecah RM6,000, tapi harga sekarang ialah RM5,700. Maksudnya, kalau beli pada harga RM5,700, anda akan untung RM300 (RM6,000 –RM5,700)! Sebabnya, perangai harga emas ialah bila ia cecah ke puncak tertinggi, ia akan turun sekejap sebelum mendaki balik ke puncak tertinggi yang baru. Kalau harga semasa RM5,700, ia akan naik balik kepada RM6,000 nanti. Cuma waktunya yang kita perlu tunggu. Mungkin sebulan dua. Mungkin 3, 4 bulan dan mungkin juga 8 atau 9 bulan seperti tahun 2008! Lagi jauh beza harga semasa dengan harga tertinggi yang ia pernah capai, maksudnya lagi tinggi potensinya akan naik balik.

Fenomena ni berlaku sebab bila harga emas memuncak, ramai penyimpan lama akan jual untuk dapat untung. So, harga emas akan turun sekejap sebelum naik ke puncak baru. Bila harga emas turun, orang akan beli balik dan harga emas makin naik, naik, dan naik. Maksudnya, turun dan naik tu fenomena biasa. Jangan risau. Memang mustahil harga naik tapi tak turun-turun. Yang naik, mesti akan turun. Tapi turunnya tak lah seperti harga 2, 3 tahun yang lalu. Trend harga emas dilihat lebih banyak menaik daripada turun sejak tahun 2001 lagi. Saya percaya, trend ni akan berterusan sehingga 10 tahun lagi berdasarkan sejarah emas 1960 – 1980 (20 tahun).

π‘±π’‚π’π’ˆπ’‚π’ π‘»π’–π’π’ˆπ’ˆπ’– π‘―π’‚π’“π’ˆπ’‚ π‘·π’‚π’π’Šπ’π’ˆ 𝑹𝒆𝒏𝒅𝒂𝒉

So, kalau nak tambahkan lagi simpanan emas, jangan tunggu harga emas paling rendah. Agak-agak dah rendah dari harga yang pernah capai sebelum ni, beli jer. Jangan tunggu-tunggu sebab tak siapa tahu β€œhow low is low”. Ramai yang tunggu harga paling rendah baru nak beli tapi akhirnya terpaksa beli pada harga yang lebih tinggi!

𝑴𝒖𝒍𝒂 π‘Ίπ’†π’Œπ’‚π’“π’‚π’π’ˆ π‘Ίπ’†π’ƒπ’†π’π’–π’Ž π‘»π’†π’“π’π’‚π’Žπ’ƒπ’‚π’•

Potensi harga emas untuk naik masih ada. Tahun 2020 menyaksikan harga emas tertinggi pernah dicapai adalah RM304 segram! Dikala ekonomi merundum akibat wabak pandemik Covid 19, harga emas steady mencanak naik! Namun jatuh semula apabila berita penemuan vaksin Covid 19. Bagaimanapun, harga ini pasti akan naik semula. InshaAllah. Ya, naik semula.

Buktinya sekarang harga emas telah pun melepasi harga tertinggi sebelum ini yang pernah dicapai pada tahun 2020. Dalam tempoh 4 tahun, harga emas telah pun mecapai RM339 segram tertinggi setakat ini dalam sejarah harga emas. Harga ini akan menjadi penanda aras baru yang ia akan kembali dan akan naik melepasi harga tertinggi ini yang pernah dicapai.

Jadi langkah terbaik ialah mulakan sekarang menyimpan emas berketulenan 999.9 sebelum terlambat. Jika harga emas jatuh ia merupakan rahmat buat anda untuk borong emas pada harga rendah. Ia ibarat beli emas pada harga diskaun!

Nak mulakan simpanan emas, klik DAFTAR sekarang.

Semoga bermanfaat!

Dah ready nak simpan emas?

PM En Din >>

LIKE | FOLLOW Pelaburanemas2u

Tik Tok: http://www.tiktok.com/@pelaburanemas2u 
Facebook: https://www.facebook.com/pelaburanemas2u 
Instagram: https://instagram.com/pelaburanemas2u

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?