PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

Miliki Aset Emas Secara Easy Payment Purchase

3 min read

Apa itu Easy Payment Purchase?

Easy Payment Purchase (EPP) ialah kemudahan bayaran ansuran yang disediakan oleh Public Gold untuk pelanggan yang hendak membeli Gold Bar atau Dinar Emas yang lebih besar mengikut kesesuaian bajet.

Contohnya jika pelanggan mempunyai bajet sebanyak RM30,000 sebulan. Pelanggan tersebut boleh lock belian Jongkong Emas 1 Kilo. Tidak perlu bayar terus RM300,000 (berdasarkan harga semasa emas). Semasa buat pembelian, pilih Easy Payment Purchase 10 bulan. Selepas habis bayar selama 10 bulan, boleh ambil jongkong emas 1 kilo tersebut di cawangan Public Gold terdekat.

Promosi beli 1 kilo emas dapat percuma Gold Bar 5 gram

Sebelum itu, pastikan anda sudah pun membuat pendaftaran ahli Public Gold. Jika belum, boleh klik di SINI – BORANG DAFTAR

Ciri-Ciri Easy Payment Purchase

Secara ringkasnya, inilah ciri-ciri pembelian kaedah EPP ini:

  1. Jumlah minimum pembelian ialah emas berharga RM1000. Saya syorkan kalau nak beli kaedah EPP, item paling minimum yang saya cadangkan ialah 1 dinar (4.25 gram) atau Gold Bar 10 gram. Komitmen bayaran bulanan hanyalah sekitar RM200-RM300 sebulan. Bagi item yang lebih kecil, lebih baik beli melalui Akaun Emas GAP. Ia jauh lebih jimat dan berbaloi.
  2. Boleh pilih bayar ansuran selama 6 bulan atau 10 bulan.
  3. Boleh ambil emas setelah semua bayaran selesai. Katakan buat EPP 6 bulan, tetapi habis bayar hanya dalam masa 2 bulan, kita boleh terus ambil emas tersebut pada bulan kedua dari mana-mana cawangan Public Gold terdekat.
  4. Ada caj premium tambahan dikenakan. Bagi saya cajnya sangat rendah. Kadang-kadang Public Gold ada buat promosi pembelian secara EPP tanpa ada caj premium tambahan.

Siapa Yang Sesuai Beli Emas Secara Ansuran EPP?

Mereka yang sangat sesuai beli emas secara ansuran EPP ini ialah:

  1. Siapa bajet simpan emas minimum RM200+/- sebulan.
  2. Siapa nak paksa diri simpan emas setiap bulan.
  3. Nak lock harga emas dalam jumlah yang besar ketika harga rendah, tetapi belum ada tunai yang banyak ketika harga emas tengah rendah.
  4. Siapa suka “main kutu”.

Sijil Patuh Shariah oleh Amanie Advisor

Bagi yang nak beli emas secara ansuran melalui kaedah EPP ini, kita boleh belinya dengan senang hati disebabkan kaedah “EPP Shariah” ini telah pun disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd yang diketuai oleh Datuk Mohd Daud Bakar. Bahasa mudahnya, kaedah ini sudahpun mendapat “cop halal” oleh mereka yang pakar dalam bidang muamalat Islam.

12 langkah mudah untuk pembelian emas secara Easy Payment Purchase (EPP)

Baik, berikut saya kongsikan 12 langkah mudah untuk pembelian emas secara Easy Payment Purchase (EPP) :

1. Login akaun Public Gold, kemudian klik ORDER

2. Klik Purchase Order.

3. Pilih item emas yang ingin dibeli dan klik Add to cart.

4. Masukkan kuantiti emas yang ingin dibeli dan klik Add to cart.

5. Klik butang Cart di penjuru kanan.

6. Semak dan pastikan butiran tentang item emas yang ingin dibeli, jumlah dan harganya betul. Jika anda ingin menukar jumlah emas, anda hanya perlu ubah di bahagian QUANTITY. Klik Update Cart. Kemudian klik Proceed to Pext page.

7. Isi maklumat yang diperlukan dan pilih Syariah Easy Payment Purchase untuk buat ansuran.

  1. Pilih cawangan Public Gold untuk anda mengambil emas. Contohnya Ampang, KL.
  2. Pilih cara bayaran secara Syariah Easy Payment Purchase dan tempoh bayaran, 6 Months/10 months (hanya emas bernilai RM1000 dan ke atas boleh bayar selama 6 bulan/10 bulan).
  3. Pilih Myself untuk order diri sendiri atau Third Party untuk order bagi pihak orang lain. Masukkan PG Code atau ID pihak ketiga tersebut dan klik SearchPastikan nama pihak ketiga itu betul.
  4. Di bahagian Remark: 
    • Tulis FB Live (tarikh) untuk menyertai sesi cabutan bertuah sempena promosi istimewa Public Gold menerusi FB Live atau;
    • Jika anda beli di luar waktu promosi, biarkan kosong atau;
    • Tulis apa-apa saja yang anda nak beritahu staf Public Gold atau;
    • Anda boleh biarkan kosong sahaja
  5. Lihat Jadual Pembayaran
  6. Jika ok, klik pada kotak I Agree and Understand of the Terms & Conditions.
  7. Semak butiran sekali lagi dan klik Confirm and Proceed to Payment. (Penalti 10% akan dikenakan jika anda buat pembatalan setelah order telah dibuat).

8. Klik pada kotak I Agree and Understand of the Terms & Conditions kemudian klik Continue to Payment Page.

9. Mesej ini menandakan order anda sudah berjaya dibuat. Klik Continue to Payment Page.

Anda akan menerima invois order anda daripada Public Gold melalui emel.

10. Klik FPX atau BANKING

Anda pilih sahaja mana-mana kaedah yang memudahkan anda untuk membuat bayaran, klik Proceed dan ikut langkah selanjutnya. Saya suggest guna FPX.

11. Jika anda masih belum membuat bayaran selepas order atau hendak buat bayaran untuk bulan seterusnya, ikuti langkah ini

  1. Klik My Account
  2. Klik My Order
  3. Klik ID (CSO) Number

12. Selesai. Tahniah!

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?