PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

Harga Emas Julai 2023 Turun. Ini sebabnya.

1 min read

Harga emas Julai 2023 (GAP) menyaksikan beberapa siri kejatuhan harga dan graf mendatar. Apa yang menahan harga emas dari meroket? Ini analisis penuh.

Harga emas GAP pada bulan Julai agak hambar dan mendatar, turun secara purata sebanyak RM0.79 per gram walaupun ada hari mencatatkan paras tertinggi (dalam RM) menyamai rekod tertinggi.

Harga emas GAP pada bulan ini juga sekali lagi mencatatkan harga tertinggi dalam sejarah iaitu RM316 per gram pada 13 Julai 2023!

Analisis Harga Emas GAP Julai 2023

Tertinggi: RM316 (tertinggi dalam sejarah!)
Terendah: RM306
Purata: RM310.48

Berita-berita penting yang memberi pengaruh kepada kenaikan dan penurunan harga emas sepanjang Julai 2023:

7 Julai 2023: Emas dan perak menjunam berikutan laporan pekerjaan ADP A.S. yang lebih kukuh daripada jangkaan. Harga emas $1,909 per auns ketika ini.

12 Julai 2023: Jaga-jaga! Harga kedua-dua emas dan perak sedang melonjak ketika ini selepas bacaan data laporan inflasi AS (CPI) hambar.

19 Julai 2023: Jangkaan yang semakin meningkat bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menamatkan kenaikan kadar selepas keputusan dasar monetari menyediakan momentum baharu untuk pasaran emas seterusnya melonjakkan harga emas ke paras tertinggi dalam 6 minggu.

28 Julai 2023: Emas, perak menurun selepas pengumuman data ekonomi A.S. yang optimis dan di luar jangkaan pasaran seterusnya mengukuhkan dolar AS.

Bagaimana dengan harga emas pada bulan Ogos 2023?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram pelaburanemas2u (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?