Ia antara soalan yang paling kerap ditanya.

Penjelasan mudah: Bergantung dengan bajet anda. Asalkan sudah mula dah cukup baik.

Gold Bar dan Dinar hasil akaun GAP dan hasil EPP10Beli Retail (Full payment/Shariah EPP), dapat fizikalBeli di akaun GAP, pun boleh dapat fizikal. Ini antara elemen penting Patuh Syariah

Apa Itu Simpanan Emas Fizikal?

Pembelian emas dalam bentuk Gold Bar atau Gold Dinar dan disimpan sendiri sama ada di rumah atau dalam Safe Deposit Box (SDB) iaitu perkhidmatan yang disediakan oleh pihak swasta dan bank-bank.

Beli fizikal di Public Gold  jika kita ada bajet yang cukup. Lihat harganya disini:

1)Lebih berat gram emas, maka lebih rendah harga per gram, lebih senyuman.

2)Lebih berat gram emas, maka lebih rendah spread bila nak jual semula, lebih untung.

Semakin berat emas, makin rendah harga per gram dan spread semakin kecil. So, lebih lekas untung bila nak jual kelak.

Ini pula Spread Emas Public Gold:

Jadual Spread Public Gold

Di Public Gold, anda boleh beli emas fizikal jenis small bars/wafer  serendah 0.5 gram untuk tujuan hadiah/gift. Tapi saya tak rekemen small bars  (0.5gram, 1gram, ½ dinar dan 5gram) sebab harga per gram dan spread terlampau tinggi. Spread bermaksud susut nilai.

Kalau nak beli emas fizikal untuk tujuan simpanan, paling kecil yang berbaloi dan saya rekemen adalah 1 dinar. 

Cadangan: Kalau bajet bawah 1 dinar, saya rekemen buka akaun simpanan emas di Public Gold , atau lebih dikenali sebagai Gold Accumulation Program (GAP)

Apa Itu Akaun Simpanan Emas?

Akaun Simpanan Emas di Public Gold dikenali sebagai Akaun GAP iaitu Gold Accumulation Program. Konsep dia macam bank, tapi instead of simpan duit, kita simpan gram emas. Tiap kali anda buat pembelian akaun emas, setiap RM anda akan terus convert kepada gram pada harga belian tarikh tersebut. Dan akan dikumpul secara akumulasi.

Contoh : Kalau masukkan RM264 bertarikh 27/01/2021 anda dapat 1 gram

Ia akaun emas yang disahkan  patuh syariah (dipantau oleh Amanie Advidors Sdn Bhd), maksudnya Public Gold kena pastikan setiap gram dalam GAP tu ada fizikalnya (backed by physical gold).

8th February 2017 : Shariah Certification Press Conference between Public Gold & Amanie. Public Gold as world’s FIRST Shariah-compliant physical gold trading company with certification from Amanie Advisors Sdn Bhd.

Bajet kecil tapi berterusan.

Contoh RM100 setiap bulan. Harga per gram sama walaupun beli banyak. Sesuai jika korang tak berani simpan sendiri di rumah. Yuran simpanan adalah percuma!

i contoh akaun GAP saya. Boleh beli/jual/gadai emas melalui sistem online. Kita boleh login dan lihat emas terkumpul kita melalui aplikasi smartphone. Boleh baca lanjut disini: Apa itu Akaun Emas Public Gold?

Bolehkah saya nak beli 1 dinar tapi bajet masih belum sampai nak beli fizikal 1 Dinar  (full payment/ EPP4)?

Jawapan: BOLEH! Kumpul emas serendah RM100 setiap kali beli di akaun emas, cukup 5.25 gram anda boleh keluarkan seketul satu dinar dan diposkan terus ke rumah anda melalui GAP GIT Withdrawal.

5 Perbezaan Belian Retail Emas Fizikal vs Akaun Simpanan Emas

Sekarang kita dah faham maksud simpanan emas fizikal dan akaun simpanan. Mana lebih baik, jom bandingkan.

Emas Fizikal Public Gold (Retail full payment / Shariah EPP):

  1. Harga dikemaskini setiap 20 minit.
  2. Minima RM300+- boleh mula 1 dinar EPP4.
  3. Emas simpan sendiri, simpan tempat anda selesa.
  4. Sesuai jika bajet besar, rekemen minimum 1 dinar. Small bar tak recommended sebab harga per gram tinggi.
  5. Pilihan cara bayaran iaitu bayaran penuh, Shariah EPP4 atau Shariah EPP10.

Akaun Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold:

  1. Harga dikemaskini sekali sehari pada jam 12 tengah malam.
  2. Minima RM100 boleh mula terus
  3. Emas simpan dalam bentuk akaun, PG simpankan untuk anda
  4. Sesuai bajet kecil, boleh simpan menabung sikit-sikit serendah RM100
  5. Tiada komitmen bayaran setiap bulan. Sendiri yang decide bila dan berapa banyak nak beli.

Seorang yang beragama Islam dan simpanan emas kita mencapai 85 gram serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%).

Semoga bermanfaat!

Mohd Fakhruddin bin Mohd Subari

Priority Dealer Public Gold

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous post 12 LANGKAH MUDAH BUAT STANDING INSTRUCTION (SI) DARI AKAUN MAYBANK KE AKAUN GAP
Next post Formula & Cara Kira Zakat Emas.
WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?