10 Tips pajak emas di Arrahnu
Sebelum memajak emas di ar-rahnu, 10 tips ini anda gunakan sebagai panduan :
#1 – Pilih ‘Timing’ Paling Sesuai
Pilih masa paling sesuai untuk buat pajak emas. Antaranya ialah bila harga emas jatuh mendadak mungkin melebihi 8% – 10%, buat pajak emas untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah. Teknik ini dinamakan “Teknik Manipulasi Ar-Rahnu”. Selain itu, buat pajak emas untuk buat modal pusingan bisnes. Bila da untung, tebus balik emas tadi.
Boleh juga pajak emas untuk backup belanja hangus iaitu nak guna duit untuk belanja kurang penting, tetapi kita dah kenalpasti sumber duit untuk bayar semula pinjaman ar-rahnu tersebut. Kalau tak dapat kenalpasti sumber duit untuk bayar semula pinjaman, jangan sesekali gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang yang susut nilainya. Contoh belanja hangus macam nak tukar langsir baru atau nak beli sport rim kereta. Kalau nak gunakan untuk perkara berbentuk selain daripada ‘investment’ atau ‘bisnes’, lebih baik jual terus emas tu atau bersiap sedia emas tu dilelong!
#2 – Pajak Mengikut Modal Diperlukan Sahaja
Margin pinjaman ar-rahnu biasanya sekitar 60% – 70%. Katakanlah kita perlukan duit sekitar RM6,500, pajaklah emas yang bernilai sekitar RM10,000. Tak perlulah pajak emas yang bernilai RM20,000 sebab nanti kita dapat pinjaman berlebihan yang tak dimanfaatkan dan dikenakan kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.
#3 – Satu Emas, Satu Surat Pajak
Kalau nak mudah tebus, pastikan satu emas, satu surat pajak. Katakanlah anda pajak 3 utas rantai tangan, pastikan setiap rantai satu surat pajak. Ia akan memudahkan kita tebus satu persatu nanti. Kalau 3 rantai tu buat cuma satu surat pajak, kita kena tebus semua sekaligus!Cuma bila buat banyak surat pajak, kita terpaksa tunggu lama untuk processing! Kalau 10 rantai tangan, mungkin 2 – 3 jam baru siap prosesnya sebab kita dan pegawai ar-rahnu perlu isi & proses 10 borang! Prosesnya seolah-olah kita membuka 10 akaun bank!
#4 – Survey Upah Simpan Paling Rendah
Setiap ar-rahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa. Jadi sebelum memajak emas, survey dulu ar-rahnu mana yang kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi. Saya tak boleh confirmkan yang mana ar-rahnu terbaik sebab polisi setiap ar-rahnu sentiasa berubah-ubah.
#5 – Asingkan Duit Untuk Caj Pajakan
Katakanlah kita dapat pinjaman sebanyak RM7,800, dan caj pajakan (upah simpan) dikenakan sebanyak RM504 (RM84 x 6 bulan). Asingkan siap-siap RM504 tu daripada RM7,800. Maksudnya, kita hanya boleh gunakan RM7,296 (7,800 – 504) untuk beli emas lagi ataupun rolling bisnes.Alasannya, kalau nak sambung pajakan nanti, kita boleh pakai duit tu untuk bayar upah dan renew surat pajak terutamanya bila (1) kita belum dapat untung menggunakan duit pajakan pertama, ataupun (2) harga emas belum naik untuk kita menikmati untung daripada teknik manipulasi ar-rahnu bila harga emas jatuh mendadak.
#6 – Tebus Emas Secepat Mungkin
Biasanya ar-rahnu bagi tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dah selesai urusniaga menggunakan duit pinjaman tu, terus tebus cepat-cepat sebab caj biasanya dikenakan secara bulanan. Kalau sebulan dah settle, terus tebus dan caj “upah simpan” dikenakan hanya untuk sebulan sahaja. Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru tebus. Kita dapat jimat duit dari bayar kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.
#7 – Jangan Pajak Emas Berseal
Jangan sesekali pajak emas berseal melainkan anda bersedia untuk rugi 25%! Kalau buka seal, emas tu hanya boleh dijual semula sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Jadi kalau nak pajak, pastikan emas tu bukan jenis berseal macam Gold Bar BungaMas Public Gold.
#8 – Jangan Beli Emas Cara Ar-Rahnu 70:30
Kalau ada orang datang jual emas cara ar-rahnu, iaitu kita bayar 30%, dan 70% lagi dilangsaikan menggunakan duit pinjaman ar-rahnu, jangan telan bulat-bulat janji ‘bulan dan bintang’ mereka. Study dulu betul-betul. Jika untung memihak pada kita, boleh teruskan. Sebab teknik ini terbukti memerangkap ramai pelabur pada tahun 2012. Yang confirm untung berganda adalah penjual emas, bukan pelabur.
#9 – Jaga Nama Baik Dalam Rekod CCRIS BNM
Untuk makluman, walaupun ar-rahnu ialah pinjaman bercagar, ia tetap direkodkan dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System) Bank Negara sejak akhir tahun 2010. Maksudnya, kalau nak buat apa-apa pinjaman selepas ini daripada mana-mana bank, mereka akan semak rekod CCRIS kita termasuk pinjaman ar-rahnu. Kalau kita ada 1 surat pajak, ia akan ‘appear’ sebagai 1 rekod. Kalau 10 surat pajak, 10 rekod.Jadi, pinjaman di ar-rahnu wajib diuruskan dengan baik. Jangan sampai emas tu tergadai sebab ia akan meninggalkan rekod buruk bila kita nak buat pinjaman lain nanti. Dan kalau nak buat loan baru dengan bank lain, explain awal-awal kepada staff yang in-charge sebab takut mereka anggap kita banyak komitmen hutang.
#10 – Ambil Foto Emas Sebelum Pajak
Ambil foto emas sebelum pajak sebab kalau kita tak mampu tebus balik emas tu nanti, kita masih ada jalan terakhir sebelum emas itu dilelong, iaitu jual surat pajak. Cari pembeli yang sanggup beli emas tu supaya emas tu tak tergadai dan nama tak diblacklist.Bila nak jual surat pajak, pembeli biasanya nak tengok foto emas tu dulu terutamanya pembeli barang kemas. Kalau designnya kena dengan cita-rasa, baru mereka sanggup beli. Bila kita ada foto emas tu, senang nak promote untuk dapatkan pembeli. Kalau tak, memang susah nak cari pembeli. Bak kata orang putih, picture represent thousand of words!
Jadi, inilah 10 tips penting sebelum memajak emas di ar-rahnu. Pastikan buat perancangan dan strategi dengan betul.
Okay. Semoga bermanfaat!
Perlu bimbingan percuma? Hubungi saya anytime
Mohd Fakhruddin Mohd Subari
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.PelaburanEmas2U.com
013-6305658