PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

10 Tips Cara Jimat Berbelanja

Harga barang semakin hari semakin naik. Sebagai pengguna, kita harus bijak berbelanja agar dapat menjimatkan duit belanja.

Banyak faktor yang menyebabkan kenaikan harga barang di pasaran. Antaranya disebabkan inflasi. Sebab itu pakar sarankan ubah bentuk simpanan dari simpan duit kepada simpan emas. Nilai emas lebih kukuh berbanding duit dalam tempoh panjang. Daftar dan ketahui cara mula simpan emas serendah RM100 disini.

Bagi menghadapi situasi kewangan yang sangat mencabar ini, berikut 10 tips cara jimat berbelanja sebagai panduan :

Cara #1 Senaraikan barang sebelum membeli-belah

Sebelum keluar membeli-belah, anda kena sediakan senarai barang yang hendak dibeli. Biasakan buat perancangan untuk mengelakkan perbelanjaan secara tiba-tiba dan membeli sesuatu yang sebenarnya anda tak perlukan.

Cara #2 Tetapkan bajet

Menetapkan bajet sebelum membeli-belah adalah sangat penting. Supaya, anda boleh berbelanja dalam kawalan. Anda mesti tetapkan berapa jumlah yang anda perlu belanjakan untuk makanan, kenderaan dan lain-lain. Contohnya, RM300 untuk belanja makanan. Disiplinkan diri untuk tidak melebihi jumlah yang sudah ditetapkan. Kalau masih tak boleh belanja di bawah jumlah yang anda sendiri tetapkan, sebenarnya bukan jumlah itu yang perlu anda adjust. Tapi gaya hidup anda. Mungkin anda kerap makan di luar. Jadi tukar gaya hidup anda untuk masak dan makan di rumah. Hanya sekali atau dua kali makan di luar asalkan tak melebihi bajet. Cara ini bukan saja menjimatkan, tapi melatih anda untuk berdisiplin terhadap kewangan anda.

Cara #3 Bandingkan harga

Hidup ini penuh dengan pilihan. Jadi jangan terlalu setia dengan satu kedai dan satu jenama. Bandingkan harga supaya anda boleh membeli-belah dengan harga yang lebih jimat. Dengan teknologi yang makin berkembang, anda tak terikat untuk berbelanja secara walk in ke kedai fizikal semata. Malah, kedai dalam talian pun ada. Cara ini mungkin memerlukan komitmen yang tinggi tapi percayalah setiap barang yang anda beli pada harga yang rendah akan beri kesan besar terhadap kewangan anda.

Cara #4 Pilih tempat yang tawarkan harga murah

Bila cerita bab tempat, sudah pasti ada beza harga barang yang anda beli di pusat beli-belah dengan pasar awam. Tapi kalau harganya lebih kurang sama, lebih baik pertimbangkan faktor lain seperti kos pengangkutan, jarak tempat beli-belah dengan rumah anda serta tempat yang anda boleh beli aneka pilihan dalam satu tempat. Ada banyak tempat beli-belah dengan pelbagai tawaran harga. Pilihan di tangan anda sebagai pembeli. Yang pasti, gol yang paling utama ialah pilih tempat yang menjimatkan duit anda.

Cara #5 Beli secara pukal

Kadang pembelian secara pukal atau banyak dalam satu masa adalah tidak digalakkan. Sebab lebih baik duit itu digunakan untuk sesuatu yang lebih penting. Tapi, kalau ada barang yang anda kerap membelinya setiap bulan, tak salah untuk beli secara pukal. Kosnya mungkin jauh lebih murah berbanding anda beli satu per satu. Beli secara pukal tidak digalakkan bila terjadi situasi bila mana anda akan gunakan barang tersebut tapi tak tahu bila. Anda tak ada penggunaan yang spesifik. Nak beli secara pukal sekarang tanpa sebab. Ish.. Jangan macam tu. Nak jimat beli-belah, belilah sesuatu yang penting dan anda akan gunakan dalam kadar segera.

Cara #6 Elakkan berbelanja waktu letih dan lapar

Waktu anda letih dan lapar, ada kebarangkalian anda akan berbelanja ikut emosi. Pastikan sebelum anda keluar, makan di rumah terlebih dahulu. Jadi tak adalah duit anda ‘bocor’ dengan membeli makanan di luar.

Cara #7 Beli secara online

Perasan tak dalam aplikasi e-commerce ada baucer dan diskaun? Inilah cara jimat membeli-belah yang paling syok sekali! Kalau keluar rumah mungkin kena ambil kira kos pengangkutan. Tapi dengan adanya pilihan untuk berbelanja secara dalam talian, anda boleh manfaatkan free shipping yang diberikan. Selain jimat duit, anda pun boleh jimatkan masa dan tingkatkan produktiviti kehidupan anda. Boleh shopping di PGMall.

Cara #8 Amalkan 7 days rule

Separuh orang, ketagih nak membeli-belah. Padahal dah tahu sebenarnya mereka tak perlukan barang tersebut. Cuma bila ada duit lebih sikit, hati meronta-ronta nak berbelanja. Saya tahu memang susah nak jadi orang yang sabar tapi tak semestinya tak boleh dilatih, kan? Jadi macam mana nak kurangkan perasaan ketagih tu?

Dengan cara tangguhkan pembelian selama 7 hari atau saya namakan sebagai the 7 day rule. Kalau anda teringinkan apa-apa barang seperti smartphone, handbag, kasut dan sebagainya, jangan terus beli. TANGGUHKAN DULU keinginan anda. Add to cart, Lepas 7 hari baru tengok balik cart anda. Biasanya lepas 7 hari emosi anda untuk berbelanja akan hilang. Kalau 7 hari terlalu lama untuk anda, buat sekurang-kurangnya 24 jam untuk anda berfikir dengan betul sama ada ia satu keperluan atau kehendak semata-mata.

Cara #9 Belanja waktu promosi

Berbelanja pada waktu promosi adalah strategi kewangan yang bijak! Masa inilah anda boleh belanja dengan harga yang jauh lebih berbaloi dari harga asal. Biasanya anda boleh agak bila musim promosi akan berlangsung. Contohnya jualan akhir tahun, promosi cuti sekolah, promosi sempena hari gaji dan sebagainya. Tapi anda kena sentiasa ingat, utamakan perbelanjaan yang penting dan dalam kategori keperluan. Supaya anda berjaya capai sasaran untuk berjimat-cermat.

Cara #10 Guna kad kredit dan e-wallet

Masih ramai yang tak tahu, kad kredit dan e-wallet antara alat yang mampu memberi pulangan menguntungkan untuk anda. Apa yang anda kena jelas adalah tabiat perbelanjaan setiap bulan. Ada banyak jenis kad kredit yang direka khas mengikut habit anda berbelanja. Kalau banyak belanja untuk minyak petrol, ada kad kredit yang bagi penjimatan untuk minyak petrol. Anda berpeluang untuk mengumpul point dan dapatkan cashback daripada setiap perbelanjaan yang anda buat. Begitu juga dengan e-wallet. Anda boleh tebus baucer seperti buy 1 free 1, diskaun 50% dan macam-macam lagi! Dengan kelebihan ini, anda akan lebih jimat. Duit jimat, hati pun senang. Tak gitu?

Membeli-belah adalah aktiviti yang memang menyeronokkan. Tapi kalau anda tidak mengawalnya, tanpa sedar duit anda hilang pada perkara yang sia-sia. Dalam dunia yang penuh dengan tarikan dan tawaran yang tak pernah berpenghujung ini, penting untuk anda menguasai strategi dan mengetahui cara jimat membeli-belah supaya anda tidak perlu risau dengan situasi kewangan yang mencabar saban tahun.

Selamat berbelanja dengan berhemah. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?