Harga Emas Oktober 2023 Tertinggi Dalam Sejarah!
Harga emas Oktober 2023 (GAP) mencatatkan rekod harga tertinggi dalam sejarah pada 29-30 Oktober, melonjak ke atas selepas jatuh pada awal bulan. Baca analisis penuh.
Harga emas GAP pada bulan Oktober menyaksikan sekali lagi kenaikan ke paras tertinggi dalam sejarah, iaitu RM335 per gram, secara purata naik sebanyak RM3.32 per gram.
Graf emas menyaksikan harga emas melakukan comeback selepas jatuh menjunam di awal bulan pada RM301. Faktor utama kenaikan mendadak ini ialah ketegangan yang berlaku di timur tengah selepas pejuang Palestin menyerang tentera negara haram Israel.
Ketegangan geopolitik ini bertambah teruk dan ini menyebabkan permintaan global kepada aset selamat seperti emas dan perak, melonjak, dan seterusnya menaikkan harga emas.
Prestasi Harga Akaun Emas GAP
Tertinggi: RM335 (tertinggi dalam sejarah!)
Terendah: RM301
Purata: RM317.65
Prestasi Harga Akaun Emas GAP (Oktober 2023)
31-Okt: RM332⬇️
30-Okt: RM335➖
29-Okt: RM335⬆️🔝
28-Okt: RM331➖
27-Okt: RM331➖
26-Okt: RM331⬆️
25-Okt: RM329➖
24-Okt: RM329⬇️
23-Okt: RM330➖
22-Okt: RM330⬇️
21-Okt: RM332⬆️
20-Okt: RM327⬆️
19-Okt: RM323⬆️
18-Okt: RM320⬆️
17-Okt: RM319⬇️
16-Okt: RM320➖
15-Okt: RM320⬆️
14-Okt: RM318⬆️
13-Okt: RM309➖
12-Okt: RM309⬆️
11-Okt: RM307⬆️
10-Okt: RM306⬆️
09-Okt: RM304➖
08-Okt: RM304⬆️
07-Okt: RM303⬆️
06-Okt: RM301⬇️
05-Okt: RM302⬆️
04-Okt: RM301➖
03-Okt: RM301⬇️
02-Okt: RM304➖
01-Okt: RM304⬇️
Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Oktober 2023:
2 Okt 2023: Harga emas terus turun ke paras terendah sesi baharu selepas data terkini sektor pembuatan A.S. menunjukkan ia bertambah baik di luar jangkaan. Sebelum ini harga emas ditekan oleh pengukuhan indeks dolar AS dan kenaikan hasil bon.
7 Okt 2023: Dolar AS telah merosot 🔻selama tiga hari berturut-turut dan emas mula bertindak balas 🔺.
8 Okt 2023: Harga emas mengakhiri sembilan hari kerugian berturut-turut tetapi masih di paras rendah.
10 Okt 2023: Harga emas dan perak naik semula berikutan serangan mengejut pejuang Palesten ke atas negara haram Israel pada hujung minggu.
12 Okt 2023: Dalam diam-diam harga emas terus mendaki selepas mencatatkan keuntungan kukuh berikutan pergolakan geopolitik, dolar yang lebih rendah, dan minit Fed yang ‘dovish’.
13 Okt 2023: Ketegangan yang semakin meningkat di Palestin terus menyemarakkan permintaan global terhadap aset selamat, termasuk emas. Harga emas melonjak melepasi paras $1,900.
18 Okt 2023: Jaga-jaga, harga emas (dalam RM) nampaknya semakin naik. Harga emas terus bertahan walaupun terdapat laporan jualan runcit A.S. yang lebih kukuh daripada jangkaan dan hasil Perbendaharaan A.S. yang meningkat minggu ini.
20 Okt 2023: Ketegangan berterusan di Palestin punca permintaan aset safe-haven emas dan perak terus melonjak.
23 Okt 2023: [Prediction Emas] “Harga emas dijangka naik $100+ setiap hari, jika ketegangan Timur Tengah meningkat dan ‘bencana yang tidak dapat dielakkan’ berlaku” – Equity Management Associates
26 Okt 2023: “Peperangan di Timur Tengah berkemungkinan akan terus menentukan arah untuk harga emas, manakala faktor dominan sebelum ini seperti perubahan dalam hasil bon kini kurang memberi kesan.
Selain itu, korelasi harga emas yang biasanya negatif dengan Dolar AS juga telah berkurang sejak akhir-akhir ini kerana kedua-dua emas dan USD dianggap sebagai aset selamat.”
– Penganalisis Ekonomi, Commerzbank
Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2023 di https://pelaburanemas2u.com/harga-emas-malaysia/
Bagaimana dengan harga emas pada bulan November 2023?
Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di pelaburanemas2u.com. Stay tuned di Telegram Pelaburanemas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.
Dah ready nak simpan emas?
LIKE | FOLLOW Pelaburanemas2u
Tik Tok: http://www.tiktok.com/@pelaburanemas2u
Facebook: https://www.facebook.com/pelaburanemas2u
Instagram: https://instagram.com/pelaburanemas2u