5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan
Bukan semua emas sesuai untuk tujuan pelaburan. Kalau nak beli emas untuk pelaburan, hanya dua bentuk emas sahaja yang sesuai iaitu sama ada gold bar (jongkong emas) ataupun syiling emas (termasuk dinar). Gold bar dan syiling biasanya dikeluarkan dengan ketulenan 995 dan ke atas. Yang paling banyak di pasaran sekarang ialah berketulenan 999.9.
Barang kemas tak sesuai untuk pelaburan sebab harganya sangat mahal dan spreadnya sangat tinggi. Ia dibuat untuk tujuan perhiasan, bukan untuk pelaburan. Jadi kalau nak beli emas untuk pelaburan, beli hanya bentuk gold bar atau syiling emas (termasuk dinar).
Semak Kriteria Secara Pakej
Kalau nak beli gold bar atau dinar, mesti semak 5 kriteria paling penting secara pakej sebelum beli. Jangan main beli sahaja. Dan jangan hanya tengok kepada satu kriteria sahaja sebab emas paling murah tak semestinya emas tu paling baik.
Kriteria yang saya maksudkan ialah:
- Harga rendah
- Spread nipis
- Stok tiada had
- Cawangan jual beli banyak
- Syarat jual balik tak cerewet
#1 – Harga Rendah & Bebas GST
Sebelum beli, bandingkan “harga per gram” emas tersebut dengan pengeluar emas yang lain. Buat sedikit “homework”, semak harga tiga pengeluar emas sebagai perbandingan. Harga setiap pengeluar kita boleh semaknya terus daripada laman web pengeluar tersebut.
Harga lebih rendah lebih baik sebab kita boleh beli lebih banyak gram dengan bajet yang sama. Kalau beli emas untuk tujuan pelaburan, sekurang-kurangnya kena pastikan harga emas tersebut lebih rendah berbanding harga kedai emas yang menjual barang kemas perhiasan.
Masa semak harga pun kena hati-hati juga. Semak sekali kos lain yang berkaitan. Banyak pengeluar emas, harga yang dipaparkan di laman web belum termasuk caj-caj lain, antaranya caj premium, ataupun kos upah. Maka bila semak harga, tanya juga caj- caj lain (jika ada). Lepas tu barulah bahagikan dengan berat emas tersebut untuk kira berapa “harga per gram” sebenarnya.
#2 – Spread / Susut Nilai Nipis
“Spread” selalu diistilahkan sebagai “susut nilai”. Tapi istilah “susut nilai” tu bagi saya ia tak tepat sebab ramai yang salah faham “susut nilai” sebagai “depreciation” atau kejatuhan nilai. Itu salah. Jadi saya lebih suka menggunakan istilah asal daripada bahasa Inggeris iaitu “spread” atau “spread margin”.
“Spread” maksudnya peratusan perbezaan harga semasa antara harga jual dan harga beli sebagaimana kita berurusan dengan money changer.
“Harga Jual” maksudnya harga mereka (penjual) jual emas itu kepada kita. “Harga Beli” maksudnya harga mereka beli semula daripada kita kalau kita nak jual balik. Kalau di website Public Gold, sentiasa ada dua harga iaitu “PG Sell” dan “PG Buy”. Jadi bila nak beli emas, kita kena semak “Harga Jual”. Bila nak jual balik emas tu kepada mereka, semak “Harga Beli” di website pengeluar emas itu. Jangan terbalik!
Untuk semak kadar spread, kita perlu kira sendiri berdasarkan harga yang di website pengeluar. Macam mana cara kira spread emas? Ini contoh dan formula pengiraan untuk gold bar 10 gram dengan “Harga Jual” ialah RM2,619 manakala “Harga Beli” RM2,383 sekeping:
Spread emas pelaburan yang baik mestilah 10% dan ke bawah. Kalau lebih 10%, baik lupakan sahaja emas itu. Sebab nanti anda yang rugi!
Lagi rendah (atau nipis) spreadnya lebih baik. Spread itu akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak keuntungan yang bakal kita dapat apabila harga emas naik. Lagi nipis spread, lagi cepat dan lagi besar kadar keuntungannya.
Kalau di kedai emas, mereka hanya publish satu harga iaitu “Harga Jual” sahaja. Mereka tak publish “Harga Beli” sebab pembeli barang kemas selalunya membeli emas untuk perhiasan, bukan untuk jual balik macam emas pelaburan. Kalau nak jual balik, biasanya pekedai emas akan tolak 25% hingga 40% berbanding harga jual semasa. Itu antara sebab utama kenapa barang kemas kurang sesuai dijadikan pelaburan. Spreadnya sangat-sangat tinggi! Takut ‘menangis’ bila nak jual nanti.
Akhir sekali tentang spread ini, walaupun harga emas sentiasa berubah-ubah, kadar spread adalah tetap. Ia cuma berubah bila berlaku perubahan dalam pasaran emas. Kadar spread sebenarnya adalah kadar keuntungan penjual emas. Itulah juga yang digunakan untuk membiayai kos operasi syarikat pengeluar.
#3 – Stok Tiada Had
Apa yang selalu berlaku dalam pasaran emas, banyak pengeluar yang boleh jual emas bila harga emas tengah tinggi. Tapi bila harga emas jatuh, banyak pengeluar tak boleh jual dengan alasan standard “tak ada stok”. Kalau nak beli juga, kita kena tunggu harga emas naik tinggi balik. Ini memang merugikan kita sebagai pelabur emas . Sepatutnya, masa harga jatuh lah waktu terbaik untuk beli dengan lebih banyak supaya dapat maksimumkan keuntungan!
Lebih malang lagi bagi pelabur emas yang “big buyer”. Walaupun harga tengah murah, kita hanya boleh ‘melopong’ sahaja tengok harga murah tu.
Setakat ini, antara pengeluar emas yang mampu supply emas tanpa had kepada pelabur runcit di Malaysia buat masa ini ialah hanyalah syarikat Public Gold Marketing Sdn. Bhd. (ringkasnya dipanggil “Public Gold”). Public Gold mampu supply emas tanpa had.
Dan yang lebih menarik, Public Gold ada sistem ‘lock harga’. Kita boleh booking emas mengikut ‘real-time’ harga emas dunia. Kalau harga emas jatuh mendadak pada pukul 12.00 malam, kita boleh booking pembelian mengikut harga pukul 12.00 malam itu. Seterusnya urusan bayaran dan ambil emas tu pada hari berikutnya di cawangan Public Gold terdekat. Kalau jumlah besar, kena tunggu shipping daripada HQ Public Gold di Penang.
Fasiliti ini sangat mesra pelabur (investor-friendly). Ia membolehkan kita jana keuntungan maksimum daripada pelaburan emas.
#4 – Cawangan Jual Beli Banyak
Berapa banyak cawangan jual beli yang pengeluar tu ada sangat penting supaya senang urusan jual beli nanti.
Kalau pengeluar tu ada ejen, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada ejen sebab komitmen ejen tak menentu. Terutamanya bila nak jual balik emas tu nanti.
Ramai ejen boleh menjual emas tetapi tak ramai yang mampu beli balik bila kita nak jual emas itu sebab modal ejen sangat terhad. Jadi, kita tetap kena berurusan dengan cawangan syarikat pengeluar tu sendiri.
Kalau cawangan pengeluar tu jaraknya jauh, kita terpaksa keluarkan kos tambahan; kos petrol, tol, ataupun kos masa. Kena ambil kira juga faktor ini sebelum beli sesuatu jenama emas. Pastikan senang beli, dan senang jual.
#5 – Syarat Jual Beli Tak Cerewet
Ini syarat paling penting apabila nak jual emas tu nanti. Sebelum membeli, kenal pasti dahulu syarat yang diletakkan oleh pengeluar untuk beli balik emas tu nanti.
Ada pengeluar yang letakkan syarat kena bagi resit belian asal untuk dapat harga lebih tinggi. Ada pengeluar yang letakkan syarat, kondisi emas itu mesti kekal cantik sebagaimana asal tanpa sebarang kerosakan pada pembalut plastik (seal) ataupun pada emas itu sendiri. Kalau ada kecacatan, mereka tak akan beli balik, ataupun ataupun mereka hanya beli balik dengan potongan harga yang banyak!
Kalau pengeluar asal tak beli balik, kita terpaksa jual ke mana-mana kedai emas dengan spread 25% hingga 40%! Aduh… Menangis la…
Emas yang paling baik ialah emas yang pengeluarnya jamin beli balik tanpa banyak syarat. Kalau emas itu calar (yang selalunya sebab ujian ketulenan semasa proses pajakan) atau plastik pembalutnya terbuka, pembekal itu jamin beli emas itu dengan harga tinggi. Bukan semua pembekal emas jamin beli semula emas yang mereka jual.
Pernah ada satu kes, seorang pembeli emas membeli satu jenama emas daripada satu pembekal di Malaysia dengan nilai RM2 juta. Pembelian tu dibuat dengan alasan itulah emas yang termurah katanya. Tapi masa dia nak jual balik emas tu 2 tahun lepas tu, supplier tak beli balik! Maka dia terpaksa jual emas tu kepada pekedai- pekedai emas dengan spread 25%. Ia amat-amat merugikan.
Ada situasi lain, banyak juga kes pengeluar jamin beli balik emas tu tetapi bila nak jual balik dalam dalam jumlah yang besar, pengeluar tidak mampu membeli! Mereka tak cukup modal. Maksudnya walaupun pengeluar tu jamin beli balik semua emas mereka, kita mesti semak juga kekukuhan syarikat tu sendiri. Kalau tak nanti janji hanya tinggal janji…
Nilaikan Secara Pakej
Itulah 5 kriteria paling penting yang kena semak sebelum beli emas untuk tujuan pelaburan.
Kalau sekadar untuk buat koleksi, mana-mana emas pun tak kisah. Lepas semak kelima-lima kriteria tu, barulah boleh pilih emas pelaburan yang terbaik ‘SECARA PAKEJ’. Ia menentukan sejauh mana kita dapat menjana keuntungan.
Ingat pesanan terpenting ni; buat penilaian secara pakej! Bukan hanya satu kriteria.
Perlukan bantuan? hubungi saya anytime! Saya akan bantu.
Mohd Fakhruddin Mohd Subari
Dealer Emas Public Gold Patuh Syariah
013-6305658