PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

Mengapa Harga Emas Berbeza-beza?

Pasti anda akan tertanya-tanya mengapa harga emas berbeza-beza antara satu sama lain. Harga emas Public Gold lain, harga emas di bank lain, harga emas di kedai emas biasa lain, harga emas Habib lain, harga emas Poh Kong lain dan sebagainya. Kenapa ia berlaku? Apakah faktor-faktornya? Apakah kos-kos yang terlibat?

Sebenarnya, harga emas fizikal tidak mempunyai harga jualan siling. Tiada penetapan harga jualan maksimum yang ditentukan. Tetapi ia mempunyai harga minimum atau lantai. Kebiasaannya, harga lantai ini boleh dirujuk pada Spot Price ataupun indeks harga yang berubah-ubah.

Laman web yang menjadi kebiasaan untuk rujukan harga spot adalah www.kitco.com dan goldprice.com. Harga ini hanyalah angka / indeks yang didagangkan sebagai penanda aras kepada kenaikan dan penurunan harga emas di pasaran dunia sahaja.

Namun harga lantai ini juga masih tidak menjamin untuk dipatuhi. Harga emas tiada kawalan harga oleh mana-mana pihak atau agensi yang terlibat.

Berikut 10 faktor yang boleh menyebabkan harga emas fizikal berbeza-beza di pasaran :

🔴 1. Kos bahan mentah – Kos ini menjadi asas utama dalam penentuan harga. Bahan mentah yang mahal / murah akan memberi kesan besar kepada kos-kos lain yang seterusnya.

🔴 2. Kos pengilangan (minting) – kos ini menjadi faktor kedua terbesar dalam penentuan harga emas. Perkhidmatan pengilangan yang terlibat biasanya seperti penyediaan acuan, rekabentuk emas, penyediaan bahan mentah, penentuan kualiti dan sebagainya.

🔴 3. Kos buruh – Buruh yang mahir akan mengeluarkan produk yang lebih berkualiti dalam masa yang ditetapkan. Kuantiti produk juga dapat dipertingkatkan selari dengan permintaan dan penawaran. Sekiranya tiada, syarikat terpaksa mengupah pihak ketiga yang mempunyai kepakaran berkaitan mengendalikannya. Sekiranya menggunakan khidmat pihak ketiga, kos asas akan menjadi semakin tinggi.

🔴 4. Kos pengangkutan – biasanya kos pengangkutan melibatkan proses penghantaran emas dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan lebih efisyen dan selamat. Faktor kenaikan harga minyak juga akan mempengaruhinya.

🔴 5. Kos pengedar – pengedar yang ramai akan meningkatkan lagi permintaan emas di pasaran. Pengedar biasanya akan membuat promosi bagi menjual produk yang telah dibekalkan dan upah mereka dibayar dengan insentif-insentif yang telah ditetapkan.

🔴 6. Kos upah / pertukangan – Ia dinilai dari segi mutu pembuatan, kecantikan, seni ukiran dan sebagainya.

🔴 7. Kos utiliti – Ia juga dikenali sebagai kos melepas dalam sesebuah perniagaan. Sekiranya ia diperolehi dengan lebih murah, harga jualan emas juga akan turut murah dan sebaliknya.

🔴 8. Kos insurans – faktor keselamatan juga sangat dititikberatkan. Ia dapat mengelakkan syarikat daripada mengalami kerugian yang besar sehingga menjejaskan operasi. Ia juga membantu meminimumkan pelbagai risiko di luar jangka.

🔴 9. Kos penilaian ketulenan emas – setelah emas disiapkan, proses seterusnya melibatkan penilaian ketulenan emas. Dengan adanya sijil ketulenan daripada assayer bertauliah, pembeli dapat membeli dengan penuh yakin dan selamat.

🔴 10. Margin keuntungan – Faktor ini juga diambil kira bagi menentukan harga emas. Ia dapat membantu kelangsungan di dalam perniagaan. Untung yang setimpal akan dapat menggerakkan perniagaan dengan lebih baik dalam jangka masa panjang.

Pastikan dalam membuat pemilihan emas untuk tujuan simpanan dan pelaburan, ia tidaklah melebihi daripada 10% daripada harga lantai (emas spot) seperti produk emas Public Gold.

Jika sudah mempunyai modal/wang yang mencukupi, bolehlah terus membeli emas untuk simpanan tanpa penghitungan sebarang harga. Bak kata pakar “orang yang mempunyai emas, sudah tentu mempunyai duit”. Jika belum ada akaun emas Public Gold, boleh daftar di sini.

Nasihat saya, buatlah pilihan bijak, buat kajian dan penelitian dari setiap aspek sebelum membeli emas dari syarikat pengeluaran bagi memastikan pelaburan wang anda berbaloi dan memberi pulangan yang menarik.

Baca : Kebaikan Gold Accumulation Program

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?