PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

Apa Beza Emas LBMA & Emas PAMP Suisse? Mana Lebih Baik?

3 min read

Kali ini kami merungkai persoalan yang biasa bermain di minda penyimpan emas, iaitu apa beza LBMA dan PAMP Suisse? Apa maksud kedua dua terma ini? Mana lebih bernilai dan berbaloi untuk disimpan? Let’s go!

Apakah Itu LBMA?

LBMA (London Bullion Market Association) ialah organisasi profesional yang menyelia pasaran emas dan perak borong di London, England iaitu pusat perdagangan emas fizikal dunia. Set LBMA mengekalkan piawaian tertinggi dalam penapisan, memperbaiki standard, mendokumentasi dan menyimpan jongkong emas dan perak untuk diedarkan di “Harga spot” pasaran profesional. LBMA ialah persatuan perdagangan antarabangsa, yang mewakili pasaran London untuk jongkong emas dan perak yang mempunyai asas pelanggan di peringkat global.

Contoh emas LBMA di Public Gold

Senang cakap, ada LBMA lebih mudah diterima di kedai-kedai emas seluruh dunia. Jika tiada LBMA, mungkin akan ambil proses pengujian. Dari segi nilai sama sahaja.

Emas Public Gold Ada Sijil LBMA

Sebahagian emas keluaran Public Gold diiktiraf peringkat antarabangsa mempunyai pensijilan LBMA, ini bermaksud emas yang mempunyai sijil LBMA lebih mudah diterima mana-mana negara di seluruh dunia.

Emas 1 Dinar 999 LBMA Public Gold

Apakah Itu PAMP Suisse?

PAMP Suisse ditubuhkan di Ticino, Switzerland pada tahun 1977. Dikenali secara formal sebagai Produits Artistiques Metaux Precieux, PAMP adalah kilang penyulingan emas, perak, platinum, dan paladium. Produk logam PAMP boleh didapati dalam pelbagai design dan berat. Produk PAMP juga berkualiti 999.

Contoh emas PAMP Suisse di JM Bullion

PAMP Suisse adalah salah satu pengeluar jongkong emas dan perak yang terkenal di pasaran jongkong fizika dunial hari ini. Mereka menawarkan pelbagai produk logam berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.

So dari segi maksud, faham ya? LBMA ni lebih kepada standard dan piawaian emas, PAMP Suisse pula lebih kepada pengeluar logam berharga termasuk emas.

Perbezaan Emas LBMA & Emas PAMP Suisse

Sebelum ini Emas2U pernah kongsikan perbandingan emas LBMA dan emas non LBMA dari segi nilai dan design di sini. Kali ini kita bandingkan pula Emas LBMA dan Emas PAMP Suisse seperti 9 kriteria berikut:

KriteriaEmas LBMAEmas PAMP Suisse
1. Kualiti emas999.9 (aka 24k)999.9 (aka 24k)
2. Harga Emas & Faktor HargaIkut harga pasaran emas dunia 24 jamMengikut harga emas waktu pejabat
3. Contoh PengedarPublic Gold (Malaysia)JM Bullion (International)
4. Cara BeliBoleh beli di mana-mana cawangan Public Gold. Rujuk siniBoleh dibeli di kedai emas tertentu di Malaysia. Atau beli online di JM Bullion
5. Boleh Jadi DealerBoleh, di Public GoldTiada
6. JaminanJaminan beli balik oleh Public Gold.
Dinilai oleh assayer emas bertauliah dengan Certificate of Authenticity.
Dijamin 100% tulen.
Boleh jual balik di mana-mana kedai emas termasuk Public Gold.
7. Boleh Pajak & Gadai?BolehBoleh
8. Cara Jual BalikBoleh lock harga jual tertinggi  24 jam di sistem Public GoldWaktu pejabat sahaja
9. Spread %6-9% bergantung kepada saiz. Cara kira spread rujuk sini. Harga dipaparkan di website Public GoldPerlu mendapatkan quotation daripada syarikat. Harga tidak dipaparkan di website. Sumber di sini
Perbandingan Emas LBMA dan Emas PAMP Suisse

Jadi inilah 9 perbandingan emas LBMA & emas PAMP Suisse. Sumber rujukan ialah Public Gold, JM Bullion, dan Google.

Semoga bermanfaat!

Ada persoalan tentang emas? Tanya saya anytime!

Mohd Fakhruddin Mohd Subari
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.pelaburanemas2u.com
013-6305658

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?