PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

Apa Beza 99.99 VS 999.9

Jawapan: Kedua-duanya merujuk kepada ketulenan yang SAMA.

Emas 99.99 VS 999.9

Apabila pengeluar emas mencetak nombor 99.99 (biasanya tanpa tanda %) diatas jongkong emas tersebut , mereka merujuk ketulenan di dalam bentuk peratus (tengok gambar gold bar Perth Mint) 99.99 bermaksud emas ini berketulenan 99.99% daripada 1000 bahagian emas (99.99% from 1000 part of gold)

Apabila pengeluar mencetak nombor 999.9, mereka merujuk kepada kandungan emas adalah sebanyak 999.9/1000 bahagian emas (999.9 per 1000 part of gold). Tengok gambar jongkong emas Public Gold.

Mari kita convert 99.99% kepada per thousand part of gold. Pengiraannya adalah seperti berikut:

(𝟵𝟵.𝟵𝟵/𝟭𝟬𝟬) 𝘅 𝟭𝟬𝟬𝟬 = 𝟵𝟵𝟵.𝟵 <== 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝟵𝟵𝟵.𝟵

Dengan kata lain, ketulenan 99.99 dan 999.9 adalah sama. Cuma bila pengeluar tak letak tanda peratus, itu yang orang jadi keliru.

Kemudian, apa beza diantara fine gold dan pure gold? Jawapan tiada beza. Itu adalah istilah bahasa Inggeris sahaja.

Contoh, madu asli dan madu tulen. Apa beza tulen dan asli? Sama ajer. Last sekali, kalau nak bagi senang faham, saya bagi konteks yang lain sikit. Apakah beza tali panjang 100 cm dan tali panjang 1 meter? Jawapan: Sama ajer panjangnya. Cuma satu disebut dalam cm dan satu lagi disebut dalam meter.

Dapat tangkap sekarang? Semoga bermanfaat.

Perlu bimbingan percuma? Hubungi saya anytime

Mohd Fakhruddin Mohd Subari
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.PelaburanEmas2U.com
013-6305658

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?