Apa itu GAP?
Ketahui faedah program kumpul emas modal kecil pertama di Malaysia.
GAP adalah singkatan bagi perkataan Gold Accumulation Program iaitu program kumpul emas sikit-sikit dalam akaun Public Gold dengan membuat pembelian emas bermula 1 gram atau serendah RM100.
Kemudahan GAP Public Gold
Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:
- Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram atau RM100.
- Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli. Tiada yuran simpanan dikenakan dan tiada tarikh luput.
- Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram atau serendah RM100 pada bila-bila masa. Tiada sebarang syarat wajib beli dalam jumlah tertentu setiap bulan.
- Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
- Boleh keluarkan emas yang disimpan pada bila-bila masa. Perlu ada baki 1 gram supaya akaun kekal aktif. Jika tidak, Public Gold akan kenakan caj RM50 untuk buka akaun GAP kali kedua.
- Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online. Malah pajak gadai ArRahnu turut disediakan.
- Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.
- Kaedah belian ini disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.
Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?
GAP Public Gold ini sangat bermanfaat bagi sesiapa yang :
- Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
- Nak simpan emas, tapi bimbang nak simpan sendiri.
- Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di luar negara atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
- Nak beli emas secara konsisten dengan bajet minimum RM100 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM100 sebulan setiap anak.
Bagaimana cara nak buka akaun GAP?
Tindakan pertama :
Isi borang keahlian Public Gold bagi membolehkan anda membuka akaun GAP. Klik disini PENDAFTARAN AHLI PUBLIC GOLD
Tindakan kedua :
Buka akaun GAP. Klik disini CARA BUKA AKAUN GAP
Semoga bermanfaat. Hubungi saya untuk bimbingan emas percuma
Mohd Fakhruddin Mohd Subari
Dealer Emas Public Gold Patuh Syariah
013-6305658