Apa Beza Emas LBMA & Emas PAMP Suisse? Mana Lebih Baik?
Kali ini kami merungkai persoalan yang biasa bermain di minda penyimpan emas, iaitu apa beza LBMA dan PAMP Suisse? Apa maksud kedua dua terma ini? Mana lebih bernilai dan berbaloi untuk disimpan? Let’s go!
Apakah Itu LBMA?
LBMA (London Bullion Market Association) ialah organisasi profesional yang menyelia pasaran emas dan perak borong di London, England iaitu pusat perdagangan emas fizikal dunia. Set LBMA mengekalkan piawaian tertinggi dalam penapisan, memperbaiki standard, mendokumentasi dan menyimpan jongkong emas dan perak untuk diedarkan di “Harga spot” pasaran profesional. LBMA ialah persatuan perdagangan antarabangsa, yang mewakili pasaran London untuk jongkong emas dan perak yang mempunyai asas pelanggan di peringkat global.
Contoh emas LBMA di Public Gold
Senang cakap, ada LBMA lebih mudah diterima di kedai-kedai emas seluruh dunia. Jika tiada LBMA, mungkin akan ambil proses pengujian. Dari segi nilai sama sahaja.
Emas Public Gold Ada Sijil LBMA
Sebahagian emas keluaran Public Gold diiktiraf peringkat antarabangsa mempunyai pensijilan LBMA, ini bermaksud emas yang mempunyai sijil LBMA lebih mudah diterima mana-mana negara di seluruh dunia.
Emas 1 Dinar 999 LBMA Public Gold
Apakah Itu PAMP Suisse?
PAMP Suisse ditubuhkan di Ticino, Switzerland pada tahun 1977. Dikenali secara formal sebagai Produits Artistiques Metaux Precieux, PAMP adalah kilang penyulingan emas, perak, platinum, dan paladium. Produk logam PAMP boleh didapati dalam pelbagai design dan berat. Produk PAMP juga berkualiti 999.
Contoh emas PAMP Suisse di JM Bullion
PAMP Suisse adalah salah satu pengeluar jongkong emas dan perak yang terkenal di pasaran jongkong fizika dunial hari ini. Mereka menawarkan pelbagai produk logam berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.
So dari segi maksud, faham ya? LBMA ni lebih kepada standard dan piawaian emas, PAMP Suisse pula lebih kepada pengeluar logam berharga termasuk emas.
Perbezaan Emas LBMA & Emas PAMP Suisse
Sebelum ini Emas2U pernah kongsikan perbandingan emas LBMA dan emas non LBMA dari segi nilai dan design di sini. Kali ini kita bandingkan pula Emas LBMA dan Emas PAMP Suisse seperti 9 kriteria berikut:
Kriteria | Emas LBMA | Emas PAMP Suisse |
1. Kualiti emas | 999.9 (aka 24k) | 999.9 (aka 24k) |
2. Harga Emas & Faktor Harga | Ikut harga pasaran emas dunia 24 jam | Mengikut harga emas waktu pejabat |
3. Contoh Pengedar | Public Gold (Malaysia) | JM Bullion (International) |
4. Cara Beli | Boleh beli di mana-mana cawangan Public Gold. Rujuk sini | Boleh dibeli di kedai emas tertentu di Malaysia. Atau beli online di JM Bullion |
5. Boleh Jadi Dealer | Boleh, di Public Gold | Tiada |
6. Jaminan | Jaminan beli balik oleh Public Gold. Dinilai oleh assayer emas bertauliah dengan Certificate of Authenticity. Dijamin 100% tulen. | Boleh jual balik di mana-mana kedai emas termasuk Public Gold. |
7. Boleh Pajak & Gadai? | Boleh | Boleh |
8. Cara Jual Balik | Boleh lock harga jual tertinggi 24 jam di sistem Public Gold | Waktu pejabat sahaja |
9. Spread % | 6-9% bergantung kepada saiz. Cara kira spread rujuk sini. Harga dipaparkan di website Public Gold | Perlu mendapatkan quotation daripada syarikat. Harga tidak dipaparkan di website. Sumber di sini |
Jadi inilah 9 perbandingan emas LBMA & emas PAMP Suisse. Sumber rujukan ialah Public Gold, JM Bullion, dan Google.
Semoga bermanfaat!
Ada persoalan tentang emas? Tanya saya anytime!
Mohd Fakhruddin Mohd Subari
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.pelaburanemas2u.com
013-6305658