PRESTASI HARGA EMAS MEI 2020
Bulan Mei 2020 menyaksikan kenaikan harga emas Gold Accumulation Program (GAP) tertinggi pada 16 Mei 2020 dan 21 Mei 2020 apabila mencecah RM262 per gram. Apa punca kenaikan harga emas tertinggi sejak 7 tahun lepas ini? Ini analisa graf harga emas GAP bagi bulan Mei 2020.
Prestasi Harga Emas (Mei 2020)
Tertinggi: RM262
Terendah: RM253
Purata: RM257.74
31-Mei: RM260
30-Mei: RM261
29-Mei: RM259
28-Mei: RM256
27-Mei: RM257
26-Mei: RM259
25-Mei: RM260
24-Mei: RM260
23-Mei: RM259
22-Mei: RM258
21-Mei: RM262
20-Mei: RM261
19-Mei: RM260
18-Mei: RM261
17-Mei: RM261
16-Mei: RM262
15-Mei: RM259
14-Mei: RM257
13-Mei: RM256
12-Mei: RM254
11-Mei: RM255
10-Mei: RM255
09-Mei: RM257
08-Mei: RM256
07-Mei: RM253
06-Mei: RM255
05-Mei: RM256
04-Mei: RM255
03-Mei: RM255
02-Mei: RM255
01-Mei: RM256
Harga emas bulan Mei 2020 terus menyaksikan kenaikan harga dan dilihat lebih teguh berbanding bulan April 2020 di mana harga tertinggi mencecah RM262 per gram pada 2 hari iaitu 16 dan 21 Mei 2020, berbanding tertinggi April 2020 pada RM259 per gram.
Purata harga pada bulan Mei 2020 juga naik melebihi RM9 per gram kepada RM257.74 per gram berbanding RM248.63 per gram pada April 2020, berkadar 3.53%, satu lonjakan yang agak tinggi.
Kelembapan ekonomi akibat wabak pandemik Covid-19 masih dilihat sebagai antara faktor terbesar punca kenaikan harga pada bulan Mei 2020 ini. Analisa di Capital.com juga selari dengan pendapat ini:
Emas telah menjadi aset komoditi yang menjadi perhatian tinggi bagi tahun 2020 ini, meningkat sekitar 15 peratus akibat kesan ekonomi dari wabak pandemik Covid-19 di mana ianya telah mewujudkan persekitaran selamat buat para pelabur.
Di Malaysia khususnya, permintaan simpanan emas baik dalam bentuk fizikal atau akaun emas telah naik mendadak pada bulan Mei 2020.
Bagaimana keadaan harga emas pada bulan Jun 2020?
Semoga sejarah harga emas ini membantu anda monitor harga dan membuat keputusan untuk pembelian seterusnya.