PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

Teknik Pemurataan Harga Emas

Harga emas turun, apa perlu kita buat sebagai penyimpan emas?

Sebenarnya, penurunan harga emas adalah suatu bonus bagi para penyimpan emas. Semakin turun maka semakin seronok untuk menambahkan kuantiti emas sedia ada.

Teknik Pemurataan harga dalam emas yang dikenali sebagai “Gold Price Averaging Technique” ialah satu teknik asas yang digunakan untuk meminimumkan kos belian emas per gram dan menggandakan keuntungan jangkamasa panjang.

Teknik ini hanya terpakai buat penyimpan emas sedia ada yang ingin menambahkan kuantiti emas dan bukannya mereka yang ingin menjual semula untuk mendapatkan hasilnya!

Penyimpan Emas yang membeli secara berkala tidak akan pernah kecewa. Malah berhati bahagia dengan harga emas atas sebab mereka telahpun memuratakan kos (averaging technique) ini. Harga emas naik mereka seronok, harga turun malah bertambah seronok !

Kita mengetahui bahawa keuntungan emas mengambil waktu yang panjang dan hasilnya sangat memberangsangkan. Dan jangka waktu pendek pula harganya ada pasang surutnya tergantung kepada keadaan semasa dunia yang melanda. Jujurnya, tiada siapa yang menjangka dengan tepat akan pergerakan harga emas di hari mendatang.

Namun, bagaimana teknik pemurataan ini dapat membantu kita?

Senarai penuh harga emas GAP bagi Tahun 2022

Jadual di atas menunjukkan senarai harga emas yang lengkap bagi akaun emas GAP untuk tahun 2022 yang lalu sebagai rujukan.

Jika merujuk kepada yang disimpan setiap bulan;

Jan 2022 – RM273
Feb 2022 – RM286
Mar 2022 – RM302
April 2022 – RM296
May 2022 – RM284
June 2022 – RM284
July 2022 – RM278
Aug 2022 – RM278
September 2022 – RM271
October 2022 – RM278
November 2022 – RM289
December 2022 – RM281

Maka, jika anda membeli 1gram emas setiap bulan; jumlah keseluruhan modal yang telah anda keluarkan adalah;

Jumlah Keseluruhan – RM3,400
Purata / Average – RM3,400/12 = RM283.33 per gram

Oleh itu, tidak mengira pergerakan harga emas meningkat atau turun, anda seharusnya konsisten membeli setiap bulan agar teknik ini dapat menguntungkan anda dari segi mengurangkan jumlah modal yang dikeluarkan sewaktu anda membeli emas pada harga yang tinggi di bulan-bulan sebelum ini.

Beli 1gram emas setiap bulan secara konsisten jauh lebih baik dari beli 10gram emas hanya sekali dan terus berhenti!

Antara Kelebihan Membeli Emas Secara Konsisten

  • Menjadi simpanan secara paksa. Simpanan yang berkesan perlu dipaksa, terutamanya tatkala mendapat wang gajian. Paksa diri dengan membeli setidaknya 1gram per bulan dan selebihnya terpulanglah kepada anda hendak simpan di mana.
  • Dijadikan simpanan yang akan dilupakan. Simpan emas tidak seperti menyimpan duit. Kita tidak akan sesekali panjang akal untuk berbelanja (kerana NOMBOR telahpun hilang berganti GRAM), bahkan kita akan merasa ingin mengumpul lagi dan lagi. Menjadi keseronokkan kita dengan emas adalah pada saat mengumpulnya. Sedar-sedar, dalam masa setahun kita sudahpun mempunyai 12 gram. Maka benarlah bahawa Emas itu adalah ‘Magnet Kekayaan’.
  • Penyimpan Emas yang membeli secara berkala tidak akan pernah kecewa dengan harga Emas atas sebab mereka telahpun memuratakan kos (Averaging Technique).

Ini adalah salah satu cara paksa diri untuk menyimpan emas. Apabila terima sahaja wang gaji setiap bulan, 10% daripadanya wajib penyimpan emas mengubahkannya kepada emas. Begitulah juga jika mempunyai wang lebihan tukarkan ke dalam bentuk emas.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?