Apa itu FPX ?
Apa itu FPX? Bagaimanakah fungsinya?
FPX adalah “Proses Pertukaran Kewangan ” atau Financial Process Exchange (FPX). Bahasa mudah faham ialah “sistem pembayaran online”.
Saluran bayaran melalui FPX ini memberi pilihan kepada pengguna untuk membayar pelbagai perkhidmatan melalui fasiliti yang mudah dan selamat.Ianya juga disokong dalam sistem Kementerian e-gov mahupun syarikat swasta yang berdaftar khas dengan bank negara.
FPX dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia. Sila rujuk ke http://www.paynet.my/personal-fpx.html untuk maklumat lanjut.
Public Gold adalah salah satu syarikat emas pertama di Malaysia yang mengambil bahagian dalam FPX. Semua pelanggan boleh membuat pembelian emas atau perak dengan menggunakan kemudahan FPX. Terkini Public Gold telah menyerap bayaran caj FPX iaitu RM1 setiap kali pelanggan membuat pembelian emas atau perak di Public Gold. Jadi pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan FPX dengan PERCUMA.
Perkhidmatan FPX ini boleh digunakan untuk semua produk Public Gold termasuklah akaun GAP/SAP, Outright Purchase atau Easy Payment Purchase (EPP). Sangat mudahkan!
Semoga bermanfaat.
Perlu bimbingan percuma? Hubungi saya anytime di 0136305658.
Mohd Fakhruddin Mohd Subari
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.PelaburanEmas2U.com
013-6305658