PRESTASI HARGA EMAS JUN 2020
Bulan Jun 2020 menyaksikan kenaikan harga emas Gold Accumulation Program (GAP) tertinggi pada 27-29 Jun 2020 apabila mencecah RM264 per gram. Harga ini merupakan harga tertinggi bagi tahun 2020 dan sejak 7 tahun lepas. Apa punca kenaikan harga emas tertinggi sejak 7 tahun lepas ini? Ini analisa graf harga emas GAP bagi bulan Jun 2020.
Harga emas Public Gold God Accumulation Program (GAP) Jun 2020
Harga Emas Public Gold Malaysia Jun 2020 | Prestasi harga emas semasa Malaysia | Harga emas hari ini | Harga emas 2020| Harga emas Public Gold 2020 | Graf Harga Emas
Prestasi Harga Emas GAP (Jun 2020)
Tertinggi: RM264
Terendah: RM252
Purata: RM258.77
30-Jun: RM263
29-Jun: RM264
28-Jun: RM264
27-Jun: RM264
26-Jun: RM262
25-Jun: RM263
24-Jun: RM263
23-Jun: RM262
22-Jun: RM260
21-Jun: RM260
20-Jun: RM259
19-Jun: RM257
18-Jun: RM257
17-Jun: RM257
16-Jun: RM256
15-Jun: RM258
14-Jun: RM258
13-Jun: RM258
12-Jun: RM258
11-Jun: RM257
10-Jun: RM257
9-Jun: RM254
08-Jun: RM253
07-Jun: RM253
06-Jun: RM252
05-Jun: RM257
04-Jun: RM255
03-Jun: RM260
02-Jun: RM262
01-Jun: RM260
Harga emas bulan Jun 2020 terus menyaksikan kenaikan harga dan dilihat lebih teguh berbanding bulan Mei 2020 di mana harga tertinggi mencecah RM264 per gram pada 3 hari berturut-turut iaitu 27-29 Jun 2020, berbanding harga emas tertinggi Mei 2020 pada RM262 per gram.
Purata harga pada bulan Jun 2020 juga naik melebihi RM1 per gram kepada RM258.77 per gram berbanding RM257.74 per gram pada Mei 2020, berkadar 0.4%.
Kelembapan ekonomi akibat wabak pandemik Covid-19 masih dilihat sebagai antara faktor terbesar punca kenaikan harga pada bulan Jun 2020 ini.
Di Malaysia khususnya, permintaan simpanan emas baik dalam bentuk fizikal atau akaun emas telah naik mendadak sejak bulan Mei dan terus tinggi pada bulan Jun 2020.
Bagaimana keadaan harga emas pada bulan Julai 2020?
Semoga sejarah harga emas ini membantu anda monitor harga dan membuat keputusan untuk pembelian seterusnya.