
Harga emas April 2025 sekali lagi memecah rekod tertinggi dalam sejarah pada 22 April, seterusnya menetapkan harga emas All Time High (ATH) baru. Baca analisis penuh.
Harga emas GAP pada bulan April 2025 terus menunjukkan kenaikan mendadak, dengan purata harga pada RM497.23 per gram dengan kenaikan sebanyak RM37.04 per gram berbanding Februari, kenaikan bersamaan sekitar 8.05%!
Fakta: Tahun ini sahaja, lebih 20 kali harga emas (GAP) mencecah paras baru tertinggi dalam sejarah.
Dalam bulan ini juga, harga emas mula melepasi paras $3,300 per auns, melebihi prediction yang dibuat oleh kebanyakan institusi kewangan yang kami kongsi pada 24 Disember tahun lepas. Punca kenaikan mendadak? Baca kongsian berita di bawah.
Nota: Ketika artikel ini ditulis pada 2 Mei 2025, harga emas tertinggi dalam sejarah adalah $3,509.90 per auns dipecahkan dalam bulan April 2025 (join Telegram Pelaburanemas2U untuk update harga emas harian).
Prestasi Harga Akaun Emas GAP (04/2025)
Tertinggi: RM533
Terendah: RM468
Purata: RM497.23
30-Apr: RM501
29-Apr: RM506
28-Apr: RM507
27-Apr: RM507
26-Apr: RM501
25-Apr: RM507
24-Apr: RM503
23-Apr: RM525
22-Apr: RM533
21-Apr: RM520
20-Apr: RM511
19-Apr: RM511
18-Apr: RM508
17-Apr: RM511
16-Apr: RM510
15-Apr: RM496
14-Apr: RM499
13-Apr: RM499
12-Apr: RM500
11-Apr: RM494
10-Apr: RM484
09-Apr: RM472
08-Apr: RM470
07-Apr: RM471
06-Apr: RM471
05-Apr: RM468
04-Apr: RM482
03-Apr: RM485
02-Apr: RM482
01-Apr: RM483
Artikel berkaitan/bulan ini:

Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang April 2025:
1 Apr: Harga emas terus naik, kini sudah melebihi paras $3,100
“Ketidaktentuan akan terus menyebabkan kenaikan” – Penganalisis
Penganalisis melaporkan kenaikan yang ketara terhadap emas dalam beberapa minggu kebelakangan ini berpunca daripada tindakbalas ekonomi global terhadap tarif import baru yang dikeluarkan oleh Donald Trump. Kebimbangan perang perdagangan global yang semakin meningkat telah mendorong lebih banyak modal dikeluarkan daripada pasaran ekuiti A.S.
2 Apr: Sehingga setakat hari ini, harga emas tertinggi dalam sejarah, berdasarkan data Trading Economics, mencecah $3,148.89 setiap auns, berlaku dalam bulan April 2025.
3 Apr: Harga emas mencapai paras tertinggi yang belum pernah berlaku sebelum ini berikutan pengumuman tarif oleh Trump.
17 Apr: Jaga-jaga! Ketidaktentuan tarif menyebabkan pasaran saham jadi kelam-kabut, logam berharga seperti emas dan perak sedang mendapat permintaan tinggi kerana emas dan perak merupakan “aset selamat” ketika keadaan tidak stabil.
Harga emas pecah rekod ATH sekali lagi, melepasi paras $3,300.
21 Apr: Alert! Emas sudah melepasi paras $3,400, meneruskan kenaikan mendadak pada tahun 2025. Naik 30% sejak awal tahun, yakni hampir $800 per auns
24 Apr: Tak turun lama, emas mendaki semula. Polisi AS dan ketidakstabilan global jadi punca utama.
Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2025 di https://pelaburanemas2u.com/harga-emas-malaysia/
Bagaimana dengan harga emas pada bulan Mei 2025?
Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di pelaburanemas2u.com. Stay tuned di Telegram Pelaburanemas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.
