PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

Harga Emas April 2024 Catat Rekod Tertinggi Dalam Sejarah

Harga emas pada bulan April 2024 sekali lagi mencatat rekod kenaikan paras tertinggi dalam sejarah (dalam RM). 3 faktor utama ‘kickstart’ kenaikan harga emas pada awal bulan, teruskan membaca analisis penuh.

Harga emas GAP pada bulan April 2024 menyaksikan kenaikan harga emas, secara purata melonjak naik sebanyak RM33.22 per gram bersamaan lebih 9.3%.

Kemaskini: Harga emas GAP mencatat rekod tertinggi dalam sejarah (dalam RM) terbaru pada 16 April 2024, iaitu RM399/g (join Telegram Pelaburanemas2u untuk update harga emas harian).

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (04/2024)

Tertinggi: RM399
Terendah: RM368
Purata: RM388.80

30-Apr: RM389➖
29-Apr: RM389➖
28-Apr: RM389➖
27-Apr: RM389➖
26-Apr: RM389⬆️
25-Apr: RM388⬆️
24-Apr: RM387⬆️
23-Apr: RM384⬇️
22-Apr: RM399➖
21-Apr: RM399➖
20-Apr: RM399⬆️
19-Apr: RM398⬇️
18-Apr: RM399➖
17-Apr: RM399➖
16-Apr: RM399⬆️🔝
15-Apr: RM391➖
14-Apr: RM391➖
13-Apr: RM391⬇️
12-Apr: RM397⬆️
11-Apr: RM388⬇️
10-Apr: RM389⬆️
09-Apr: RM386⬇️
08-Apr: RM387➖
07-Apr: RM387⬆️
06-Apr: RM386⬆️
05-Apr: RM379⬇️
04-Apr: RM380⬆️
03-Apr: RM379⬆️
02-Apr: RM369⬆️
01-Apr: RM368➖

Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang April 2024:

4 Apr: Harga emas mencecah paras tertinggi baharu apabila negara-negara Barat kehilangan kuasa penetapan harga.

5 Apr: Harga emas mula menurun, pelabur bersedia dengan pengumuman laporan NFP hari ni

6 Apr: Emas Naik 1.5% Dalam 24 Jam, Perak Naik Hampir 2%

Emas melonjak, didorong oleh faktor seperti (1) jangkaan pemotongan kadar faedah, (2) pembelian spekulatif dan (3) permintaan kukuh daripada bank pusat. Momentum menaik telah mendorong harga emas melonjak melebihi paras $2,344.50, menandakan minggu ketiga kenaikan berterusannya.

Sementara itu, perak meningkat hampir 2% dalam tempoh 24 jam yang lalu.

2 logam berharga ini semakin ‘mengganas’.

Permintaan global semakin meningkat. Saya nasihatkan, mulakan simpanan emas dan perak mengikut kemampuan anda. Persediaan di hari sukar.

Stok available: https://publicgold.me/pelaburanemas2u/produk-emas

9 Apr: Harga emas naik hampir 19% dalam rali ini, tetapi ini baru permulaan – pakar

11 Apr: Hanya dalam 30 hari terakhir, emas dan perak telah menyaksikan peningkatan yang luar biasa masing-masing sebanyak 7.7% dan 15%.

Pakar di JP Morgan optimis, meletakkan emas di bahagian atas senarai komoditi mereka untuk tahun ini dan mengunjurkan harganya mungkin melonjak kepada $2,500 per auns menjelang akhir tahun, didorong oleh jangkaan pemotongan kadar faedah, faedah spekulatif dan permintaan yang kukuh daripada pusat bank.

12 Apr: Emas sedang menjadi tumpuan, harga melonjak tinggi dalam bulan ini dengan peningkatan 14% tahun ini.

Namun, prestasi perak secara senyap-senyap mengatasi emas, menandakan kenaikan ketara 18% sejak awal tahun.

Di luar negara, ramai pelabur menyimpan perak kerana mengambil kira ratio emas:perak. More info, lihat fakta #5 di sini.

13 Apr: 5 headlines utama emas hari ini:

1. Wall Street dan Main Street menjangkakan kenaikan berterusan emas minggu depan.

2. Namun, terdapat penganalisis berpendapat harga emas dan perak sudah sampai ke ‘puncak’ dan mungkin akan slow down.

3. Selepas seminggu kenaikan luar biasa, hala tuju harga emas dan perak dalam minggu-minggu depan masih menjadi tanda tanya.

4. Ancaman serangan terhadap Israel oleh Iran dan proksinya di Teluk Parsi juga merupakan faktor yang menggegarkan pasaran emas.

5. Harga emas menyaksikan sedikit penurunan, $2,344 per auns ketika ini.

14 Apr: Penyimpan emas take note! 3 ketegangan geopolitik ini mungkin memberi kesan kepada permintaan emas global:

1. Rusia – Ukraine: Ukraine merancang untuk menyerang jambatan Crimea Jun ini. Russia pula mungkin merancang serangan berskala besar ke atas Ukraine pada musim luruh atau musim panas. NATO pula sudah menyediakan bala tentera di negara ahli.

2. Timur Tengah: Ketegangan dijangka meningkat selepas serangan Iran ke atas Israel. AS sokong Israel, Russia sokong Iran.

3. Negara haram Israel: Organisasi Temple Mount secara rasmi menyerahkan permohonan kepada polis Israel untuk menyembelih lembu merah di Masjid Al-Aqsa pada 22 April 2024. Ini akan membangkitkan kemarahan umat Islam global kerana tindakan pendatang haram yang mencemarkan kesucian Masjid Al-Aqsa.

15 Apr: Pelabur berdebar menantikan pembukaan pasaran emas awal minggu, selepas beberapa insiden besar berlaku hujung minggu termasuk serangan Iran ke atas negara haram Israel.

16 Apr: Penganalisis meramalkan kenaikan harga minyak yang serius jika konflik antara Israel dan Iran meningkat.

18 Apr: [Prediction Emas] “Siap sedia kerana harga emas akan mencecah $3,000” – Pelabur Komoditi, Dennis Gartman

19 Apr: Jaga-jaga, harga emas tengah meroket sekarang. Sudah lepasi paras $2,400. Melonjak walaupun ada peningkatan kekuatan ekonomi dan kenyataan ‘hawkish’ FED. Ada faktor lain?

22 Apr: Harga emas menjunam selepas gagal bertahan di paras $2,400, akibat kurang permintaan susulan ketegangan di Timur Tengah berkurangan…buat masa ini.

24 Apr: Harga emas turun lebih 2%, adjustment baru sahaja bermula, penganalisis melihat peluang membeli.

26 Apr: Harga emas meningkat lebih awal daripada data inflasi utama selepas pengumuman KDNK Q1.

Konflik itu boleh mengakibatkan kenaikan harga minyak kepada $130 setong.

Lihat sejarah analisis harga emas sepanjang tahun 2024 di https://pelaburanemas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan Mei 2024?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di pelaburanemas2u.com. Stay tuned di Telegram Pelaburanemas2u (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.

Dah ready nak simpan emas?

>>PM En Din

LIKE | FOLLOW Pelaburanemas2u

Tik Tok: http://www.tiktok.com/@pelaburanemas2u 
Facebook: https://www.facebook.com/pelaburanemas2u 
Instagram: https://instagram.com/pelaburanemas2u

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?