
Harga emas Mac 2025 sekali lagi memcah rekod tertinggi dalam sejarah pada hujung bulan, seterusnya menetapkan harga emas All Time High (ATH) baru. Baca analisis penuh.
Harga emas GAP pada bulan Mac 2025 terus menunjukkan kenaikan mendadak, dengan purata harga pada RM460.19 per gram dengan kenaikan sebanyak RM12.37 per gram berbanding Februari, kenaikan bersamaan sekitar 2.76%!
Fakta: Tahun ini sahaja, sudah 10 kali harga emas (GAP) mencecah paras baru tertinggi dalam sejarah.
Dalam bulan ini juga, harga emas mula melepasi paras $3,000 per auns, menyamai prediction yang dibuat oleh kebanyakan institusi kewangan yang kami kongsi pada 24 Disember tahun lepas. Punca kenaikan mendadak? Baca perkongsian berita di bawah.
Nota: Ketika artikel ini ditulis pada 2 April 2025, harga emas tertinggi dalam sejarah adalah $3,148.89 per auns dipecahkan dalam bulan April 2025 (join Telegram Pelaburanemas2U untuk update harga emas harian).
Prestasi Harga Akaun Emas GAP (03/2025)
Tertinggi: RM443
Terendah: RM477
Purata: RM460.19
31-Mac: RM477➖
30-Mac: RM477⬆️
29-Mac: RM476⬆️
28-Mac: RM473⬆️
27-Mac: RM467⬇️
26-Mac: RM468⬆️
25-Mac: RM466⬇️
24-Mac: RM467➖
23-Mac: RM467⬆️
22-Mac: RM465⬇️
21-Mac: RM470➖
20-Mac: RM470➖
19-Mac: RM470⬆️
18-Mac: RM466⬆️
17-Mac: RM464➖
16-Mac: RM464⬆️
15-Mac: RM463⬆️
14-Mac: RM461⬆️
13-Mac: RM453⬆️
12-Mac: RM449⬆️
11-Mac: RM447⬇️
10-Mac: RM448➖
09-Mac: RM448⬇️
08-Mac: RM450⬇️
07-Mac: RM451⬇️
06-Mac: RM452⬇️
05-Mac: RM454⬆️
04-Mac: RM450⬆️
03-Mac: RM445➖
02-Mac: RM445⬆️
01-Mac: RM443⬇️
Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Mac 2025:
1 Mac: Pasaran emas mengalami perubahan bersejarah dalam tempoh seminggu, pecah rekod baharu sepanjang masa (all time high) namun kemudian mengalami penurunan mendadak bawah paras $2,900. Kenaikan dalam tempoh 8 minggu berturut-turut itu berakhir secara tiba-tiba susulan (i) kekuatan matawang dolar AS dan (ii) perubahan sentimen terhadap isu tarif.

4 Mac: Jaga-jaga! Harga emas naik 1.2% sejak semalam, kini hampiri paras $2,900 per auns. Penunjuk pasaran ketika ini menunjukkan tekanan menaik berterusan ke atas harga emas.
2 punca utama:
1. Permintaan meningkat susulan ketegangan geopolitik, dan
2. Indeks Dolar AS menurun
14 Mac: Gempar! Harga emas pecah rekod baru, lepasi paras tertinggi sepanjang masa dan kini hampiri $3,000 seaun
Pergerakan harga emas yang tidak pernah berlaku sebelum ini dilihat wajar susulan ancaman tarif ke atas logam berharga, menyebabkan permintaan global meningkat.
15 Mac: Fakta: Harga emas (GAP) hari ini merupakan harga paling tinggi dalam sejarah. Setakat ini.
18 Mac: Alert! Harga emas telah melepasi paras $3,000, sesuatu yang belum pernah terjadi sebelum ini, seterusnya menetapkan rekod baharu sepanjang masa. Asas pasaran kekal kukuh untuk emas, dengan penganalisis terkemuka mengunjurkan momentum menaik yang berterusan.
Prestasi mengagumkan emas itu boleh dikaitkan dengan beberapa faktor makroekonomi yang menumpu untuk meningkatkan sentimen pelabur.
Kelemahan dolar telah memainkan peranan yang besar, dengan indeks dolar merosot 0.32% kepada 103.03. Kelemahan ini berpunca daripada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap potensi tarif dan ketegangan perdagangan yang boleh menghalang pertumbuhan ekonomi global.
19 Mac: Fakta: Harga emas (GAP) hari ini merupakan harga paling tinggi dalam sejarah. Setakat ini.
27 Mac: Ketika ini, sekitar 11 sektor dalam S&P berada dalam posisi menurun berbanding emas – isyarat yang jarang berlaku dalam sejarah pasaran global.
28 Mac: Pendakian harga emas dari $2,500 hingga $3,000 hanya mengambil masa 210 hari. Tak berhenti setakat itu, kini emas terus mendaki dan sudah mencecah $3,075 per auns!

Hari ini, rekod tertinggi dalam sejarah sekali lagi dipecahkan.
Sumber graf
Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2025 di https://pelaburanemas2u.com/harga-emas-malaysia/
Bagaimana dengan harga emas pada bulan April 2025?
Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di Pelaburanemas2u.com. Stay tuned di Telegram Pelaburanemas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.
