PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

Ramalan Harga Emas Tahun 2023 : Apa pakar Ramalkan?

Harga Emas Dunia

Ramalan harga emas tahun 2023 daripada pakar berbeza berbeza-beza dan bergantung pada cara pasaran akan bertindak balas terhadap inflasi, dasar bank pusat dan ketegangan geopolitik 

Kemeruapan yang tinggi telah mempengaruhi pasaran saham sejak awal tahun 2022. Pada masa yang sama, pertumbuhan harga emas agak stabil, dan aliran menaik berterusan. Inflasi adalah faktor teras yang akan memberi kesan kepada harga emas dalam masa terdekat. Ia berada pada kadar tertinggi di AS dalam empat puluh tahun yang lalu.

Status emas sebagai instrumen lindung nilai teratas terhadap inflasi berkemungkinan akan mendorong harganya naik lebih tinggi dalam tahun 2023 mencecah lebih $2,000 auns.

Jika dalam kiraan gram, harganya boleh mencecah ke RM350 segram. Jangan terkejut jika penganalisis menjangkakan emas boleh naik hingga ke paras RM503 segram! Ia mungkin boleh berlaku antara 2023-2030.

Sumber: Goldprice.org

Jika dilihat pada carta emas semasa diatas, trend harga emas dunia masih lagi dalam posisi menaik. Pakar meramalkan untuk jangka pendek akan berlaku penurunan harga emas terlebih dahulu sebelum melonjak ke paras tertinggi.

Ambil peluang sebaiknya semasa emas membuat penurunan harga dengan borong emas lebih banyak dan buat pemurataan harga untuk memaksimumkan keuntungan.

Sumber : Berita Harian

Harga Emas Malaysia

Pergerakkan harga emas di Malaysia, kita boleh rujuk website Public Gold. Ia sentiasa aktif 24 jam 7 hari seminggu. Harga emas fizikal di update setiap 20 minit mengikut pasaran emas dunia. Manakala harga emas bagi Akaun GAP di update setiap jam 12.00 malam.

Sejarah Harga Emas

Data prestasi emas dunia boleh dirujuk di website goldprice.org atau kitco.com. Kedua-dua website ini sangat dipercayai memberikan data yang betul tentang emas dan perak termasuk logam-logam lain.

Ramai pelabur menganggap emas sebagai ultimate safe-haven asset. Ketika harga saham, bonds, hartanah jatuh teruk, emas masih pegang nilainya. Malah meningkat harganya kerana pelabur berlumba-lumba membeli emas.

Emas juga boleh bertindak untuk diversify portfolio pelaburan kita. Jika kita mempunyai emas dalam portfolio pelaburan, ia mampu melindungi nilai pelaburan kita ketika keadaan ekonomi tidak menentu seperti covid-19 yang lalu.

Di Malaysia, emas fizikal boleh didapati dalam bentuk gold bar, dinar, atau barang kemas. Gold bar dan dinar sangat sesuai sebagai pelaburan kerana kadar spreadnya yang rendah sekitar 10%.

Manakala, barang kemas tidak sesuai untuk pelaburan kerana kadar spreadnya yang tinggi iaitu sekitar 20-40%. Kita akan rugi ketika menjual semula barang kemas itu nanti kerana pekedai hanya membelinya 20-40% di bawah harga pasaran semasa.

Patutkah anda melabur emas?

Kita patut melabur emas sebagai pelindung kekayaan atau pelindung bagi segala pelaburan kita, diversify. Sebabnya, aset seperti saham, wang kertas, sentiasa terdedah kepada risiko ketidak-stabilan ekonomi.

Jika berlaku ketidak-stabilan ekonomi atau ketidak-stabilan politik di negara kita, nilai wang kertas pasti terjejas. Akibat inflasi dan susut nilai matawang.

Hanya aset emas yang tidak terjejas dan sentiasa memegang nilainya. Menurut sejarah, hanya emas saja aset yang paling selamat ketika berlaku krisis. Sebab itu, emas dipanggil aset ‘safe-haven.

Rumusan: Adakah emas pelaburan yang baik?

Dengan kebimbangan inflasi yang semakin meningkat, pelabur cenderung beralih kepada emas kerana ia dianggap sebagai lindung nilai yang baik terhadap kenaikan harga.

“Dalam tempoh risiko sistemik, kedua-dua emas dan dolar cenderung digunakan sebagai tempat selamat dan mungkin bergerak ke arah yang sama,” kata Juan Carlos Artigas, Ketua Penyelidikan, Majlis Emas Dunia.

Pakar mengekalkan pandangan positif jangka masa panjang terhadap kenaikan harga emas akan terus meningkat dalam 2022-2030.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?