Kelebihan Menyimpan Emas Fizikal
Emas fizikal seperti dinar emas, bullion bar, coin bar mahupun jongkong emas sesuai untuk dijadikan simpanan jangka masa panjang kerana nilainya yang tidak menyusut. Kali ini, Pelaburanmas2u.com kongsikan 8 kelebihan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan.
1. Emas Penyimpan Nilai
Emas dikenali sebagai penyimpan nilai yang baik, sebagai contoh apabila wang kertas ditukar kepada emas dalam sejumlah 5 gram jongkong emas.
Apa akan jadi dengan 5 gram tersebut selepas 10 tahun akan datang? Ya ia masih kekal 5 gram.
Harga emas 5 gram hari ini (RM184 x 5) adalah RM920 dan fikirkan apa akan jadi selepas 10 tahun? Adakah kita masih boleh beli emas 5 gram dengan jumlah duit yang sama selepas 10 tahun? Berapakah nilai yang tinggal RM920? Masihkah kita dapat mengekal kuasa membeli?
Soalan ini tidak boleh dijawab kerana ia belum berlaku tetapi apabila kita lihat ‘trend’ harga emas, ia boleh berikan gambaran apa yang akan berlaku 10 tahun dari sekarang.
2. Emas Elak Kebocoran Wang Ringgit
Bagi mereka yang sukar nak buat simpanan kerana mudah boros untuk berbelanja, boleh jadikan emas sebagai simpanan dengan menukar wang kepada emas. Bila tukar ke dalam bentuk emas fizikal tidaklah mudah untuk berbelanja sebab perlu tukar emas fizikal kepada wang tunai. Secara tidak langsung dengan menyimpan emas kita boleh elak kebocoran wang. Berbanding jika kita simpan wang di dalam bank kerana kemudahan memindahkan duit di atas talian yang terlalu mudah untuk duit bertukar pindah milik.
3. Emas Pelaburan Yang Tiada Pergantungan
Emas tidak perlu diperakui kerana ia boleh berdiri sendiri. Tidak seperti wang kertas perlu diperakui oleh kerajaan sesebuah negara sah diperakui untuk transaksi. Emas tidak dikira matawang di dalam sistem kewangan. Wang kertas yang digunakan untuk transaksi. Hari ini matawang sudah beransur-ansur beralih kepada wang bentuk digital dan kita melihat nombor-nombor tersebut bertambah dan berkurangan. Tetapi emas, kita melihat aset fizikal dengan beratnya yang diketahui nilainya.
4. Emas Diterima Seluruh Dunia
Semua orang tahu emas itu berharga. Emas diterima di seluruh dunia tidak seperti duit kertas yang perlu ditukar dahulu. Contohnya apabila kita nak melancong ke luar negara kita perlu tukar wang tersebut kepada matawang yang digunakan. Manakala emas boleh dibawa ke mana-mana negara tanpa perlu tukar apa-apa. Emas mempunyai pensijilan LBMA mudah diterima mana-mana negara.
“Vietnam Boat People”
Pelarian Vietnam dikenali sebagai “Boat People”. Perang Vietnam telah menyebabkan rakyat Vietnam menjadi pelarian. Mereka telah meninggalkan tanah air mereka untuk menyelamatkan diri. Pelarian Vietnam ini telah membawa kepingan emas bersama mereka untuk digunakan bila sampai ke negara baru untuk memulakan kehidupan baru. Matawang mereka tidak lagi bernilai kerana kerajaan Vietnam tidak stabil dan goyah apabila terlibat dalam kancah peperangan.
Emas Kim-Thanh dibawa bersama oleh pelarian Vietnam
5. Emas Mengekal Kekayaan
Kekayaan menyimpan emas kekal bersama kita selagi mana emas tersebut di dalam kawalan dan milik kita. Bukan di tangan pihak ketiga ya. Pada saat kecemasan emas boleh dicairkan ke bentuk wang tunai. Sebagai contoh kita simpan 5 gram emas Public Gold berharganya RM920.
RM920 jika dalam bentuk tunai bertempat di dalam dompet ada kemungkinan tidak kekal lama. Tetapi menyimpan emas dapat mendisiplinkan kita.
6. Jumlah Emas Tidak Berkurangan
Emas adalah kurniaan Allah SWT tidak akan berkurangan samada di dalam tanah atau diatas tanah sehinggalah akhir zaman. Emas juga disebut beberapa kali di dalam Al-Qur’an.
7. Emas Kalis Inflasi
Negara-negara seperti Zimbabwe dan Venezuela telah mengalami krisis ekonomi yang teruk sehingga matawang negara mereka hilang nilai. Kadar inflasi negara Venezuela mencapai 800% tertinggi pada tahun 2016.
Harga sedozen telur di Venzuela ayam terlalu mahal melonjak RM650 kesan dari inflasi tinggi dan ini telah menjadikan barang-barang keperluan naik harga kerana kuasa beli rakyat berkurangan.
Kerajaan Venezuela mengantikan 100 Bolivar bernilai 2 sen dan terpaksa menggantikan not lebih besar.
Zimbabwe pernah mengejutkan dunia apabila 100 billion dollars Zimbabwe mampu beli 3 biji telur.
Pada tahun 2008 kadar inflasi negara Zimbabwe mencapai 231,000,000%.
100 Billion Dollars Zimbabwe boleh beli 3 biji telur
Kadar inflasi tertinggi pernah dialami oleh Malaysia adalah pada tahun 2008. Pada tahun tersebut, inflasi negara mencapai 8%. Inflasi memberi kesan langsung dan yang paling terkesan adalah golongan berpandapatan sederhana ke bawah. Kesannya harga barang keperluan naik.
Keratan akhbar mengenai kadar inflasi di Malaysia – sumber The Sun 28 Mac 2017
8. Emas Boleh Dipajak Untuk Mendapat Pinjaman
Bila ada emas kita boleh pajak untuk mendapatkan pinjaman wang. Emas boleh dipajak di ArRahnu untuk mendapatkan pinjaman. Tempoh pinjaman selama enam bulan dan boleh ditambah kepada enam bulan. Ia ada kemudahan pada saat-saat kecemasan dan keperluan menggunakan wang tunai segera.
Sebagai contoh kadar pinjaman yang diberikan oleh POS ArRahnu adalah 75% dari nilai Marhun dengan kadar upah 85 sen bagi setiap RM100 marhun. Had pinjaman biayaan sehingga RM30,000 sehari dan tidak melebihi RM100,000 setiap individu.
Semoga bermanfaat!
Dah ready nak simpan emas?
LIKE | FOLLOW Pelaburanemas2u
Tik Tok: http://www.tiktok.com/@pelaburanemas2u
Facebook: https://www.facebook.com/pelaburanemas2u
Instagram: https://instagram.com/pelaburanemas2u