Cara Beli Emas Secara Ansuran (EPP)
Kaedah beli emas secara ansuran dengan Public Gold ini telah disahkan patuh syariah.
Kaedah ini dinamakan EPP Shariah atau nama panjangnya Easy Payment Purchase (EPP) Shariah. Kaedah ini bagus bagi sesiapa nak paksa diri dan disiplinkan diri simpan emas setiap bulan. Bila harga emas rendah, ia lagi satu bonus bagi yang beli kaedah ansuran EPP ini sebab seolah-olah kita beli emas pada masa depan dengan harga hari ini yang lebih rendah!
Ciri-Ciri dan Syarat EPP Shariah Public Gold
Secara ringkasnya, inilah ciri-ciri dan syarat pembelian kaedah EPP ini:
- Jumlah minimum pembelian ialah emas berharga RM500.
- Boleh bayar ansuran selama 4 bulan (EPP 4 bulan) atau 10 bulan (EPP 10bulan).
- Boleh ambil emas setelah semua bayaran selesai di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.
- Ada caj premium tambahan dikenakan.
Sijil Patuh Shariah oleh Amanie Advisor
Bagi yang nak beli emas secara ansuran melalui kaedah EPP ini, kita boleh belinya dengan senang hati disebabkan kaedah “EPP Shariah” ini telahpun disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd yang diketuai oleh Datuk Mohd Daud Bakar . Bahasa mudahnya, kaedah ini sudahpun mendapat “cop halal” oleh mereka yang pakar dalam bidang Muamalat Islam.
Siapa Yang Sesuai Beli Emas Secara Ansuran EPP?
Mereka yang sangat sesuai beli emas secara ansuran EPP ini ialah:
- Siapa bajet simpan emas minimum RM200+/- sebulan.
- Siapa nak paksa diri simpan emas setiap bulan.
- Nak lock harga emas dalam jumlah yang besar ketika harga rendah, tetapi belum ada tunai yang banyak ketika harga emas tengah rendah.
- Siapa suka “main kutu”.
´Main Kutu´ Emas Patuh Syariah Dengan Public Gold
Apa yang menarik, pembeli emas kaedah EPP ni juga boleh jadi alternatif bagi siapa yang suka “main kutu”. Bayar sedikit-sedikit, sampai masa nanti dapat hadiah untuk giliran kutu. Kalau kaedah EPP ni, ´hadiah´ kita dapat collect pada bulan (giliran) ke-4 atau ke-10.
EPP Dapat Disiplinkan Diri Simpan Emas
Bagi yang nak disiplinkan diri simpan emas setiap bulan, salah satu cara yang berkesan ialah beli emas secara ansuran patuh syariah dengan Public Gold. Kaedah ni dinamakan Easy Payment Purchase (EPP). Walaupun Public Gold ada kaedah beli secara sedikit-sedikit dengan bajet yang lebih fleksible setiap bulan melalui Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program), tapi kaedah belian secara EPP ini nampaknya lebih berjaya untuk PAKSA DIRI dan letakkan KOMITMEN simpan emas setiap bulan.
Secara mudahnya, EPP ialah pembelian emas secara ansuran yang patuh syariah. Kaedah EPP ni sangat bermanfaat bagi siapa nak DISIPLINKAN DIRI simpan emas setiap bulan. Dengan kaedah ansuran EPP patuh shariah ini, kita paksa diri sendiri bayar emas yang kita booking itu setiap bulan dalam jumlah tertentu, minimum RM270 +/- sebulan untuk item 1 dinar (4.25 gram). Lepas habis bayar ansuran selama 4 bulan (atau 10 bulan bagi item gold bar 10 gram ke atas), baru dapat ambil emas tu dari mana-mana cawangan Public Gold terdekat.
Bila harga emas rendah, ia lagi satu bonus bagi yang beli kaedah ansuran EPP ini sebab seolah-olah kita beli emas pada masa depan dengan harga hari ini yang lebih rendah!
Bagaimana Beli Emas Secara Ansuran EPP?
Step #1 – Daftar Sebagai Customer Public Gold
Bagi yang belum pernah beli emas dengan Public Gold, daftar dulu sebagai ‘ahli’ Public Gold secara percuma, KLIK DI SINI. Pastikan kod “PG00201998” sebagai Introducer bagi yang nak jadi penyimpan emas di bawah bimbingan saya.
Lepas sudah register, baru ikut Step #2.
Step #2 – Order di Website
Bagi yang dah ada “PG Code”, terus LOGIN website www.publicgold.com.my > ORDER > PLACE ORDER. Pada bahagian Payment Option (lepas pilih item yang nak dibeli), pastikan pilih “Easy Payment Purchase (EPP)”, bukan “Full Payment”.
Kalau setuju dengan jadual bayaran yang dipaparkan tu, barulah klik “CONFIRM ORDER”. Jangan main-main tekan Confirm Order kalau belum nak buat belian, sebab sebarang cancellation akan dikenakan caj panelty 5%.
Step #3 – Buat Bayaran & Ambil Emas
Bila dah klik Confirm Order, pilih kaedah bayaran “Online Pay (FPX)” kalau nak mudah. Kalau kaedah “manual bank tranfer” pun boleh, tapi pastikan simpan slip bayaran dan upload di bahagian My Account > My Order. Dah habis bayar, baru boleh datang ambil emas tu di cawangan Public Gold terdekat.
Peringatan PENTING!: Pastikan simpan dan bawa slip bayaran ORIGINAL (bagi siapa yang bayar guna Manual Bank Transfer) masa nak datang ambil emas nanti. Kalau buat online transfer, print slip bayaran tu. Kalau yang bank-in di kaunter bank, atau buat ATM Transfer dan Cash Deposit Machine (CDM), slip original tu kena simpan dan serahkan masa datang ambil emas di office Public Gold.
Hubungi saya untuk bimbingan emas percuma
Mohd Fakhruddin bin Mohd Subari
Dealer Emas Public Gold Patuh Syariah
Whatsapp / Call : 013-6305658