PE2U I PGBO

Simpan Emas Demi Masa Depan

Harga Emas Mei 2024 Terima Tekanan

Harga emas GAP pada bulan Mei 2024 menyaksikan penurunan sedikit harga emas, secara purata menurun sebanyak RM1.33 per gram bersamaan lebih 0.03%.

Kemaskini: Harga emas GAP dalam bulan Mei walaubagaimana pun menghampiri rekod tertinggi dalam sejarah (dalam RM) pada 21 Mei 2024, iaitu RM397/g (join Telegram Pelaburanemas2U untuk update harga emas harian).

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (05/2024)

Tertinggi: RM397
Terendah: RM380
Purata: RM387.47

31-Mei: RM385⬆️
30-Mei: RM384⬇️
29-Mei: RM387⬆️
28-Mei: RM386⬆️
27-Mei: RM383➖
26-Mei: RM383➖
25-Mei: RM383⬇️
24-Mei: RM385⬇️
23-Mei: RM391⬇️
22-Mei: RM396⬇️
21-Mei: RM397⬆️🔝
20-Mei: RM395➖
19-Mei: RM395⬆️
18-Mei: RM394⬆️
17-Mei: RM392➖
16-Mei: RM392⬆️
15-Mei: RM388⬆️
14-Mei: RM386⬇️
13-Mei: RM391➖
12-Mei: RM391➖
11-Mei: RM391⬇️
10-Mei: RM392⬆️
09-Mei: RM384⬆️
08-Mei: RM383⬇️
07-Mei: RM385⬆️
06-Mei: RM381➖
05-Mei: RM381⬆️
04-Mei: RM380⬇️
03-Mei: RM382⬇️
02-Mei: RM384⬆️
01-Mei: RM382⬇️

Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Mei 2024:

10 Mei: Harga emas menyaksikan momentum menaik susulan (i) lebih banyak bank pusat menunjukkan kesediaan untuk menurunkan kadar faedah, (ii) ketegangan geopolitik meningkat lebih tinggi, dan (iii) data eksport China melantun semula.

16 Mei: Harga emas dan perak meningkat secara mendadak pada tengah hari dagangan A.S. Rabu berikutan:

1. Laporan inflasi A.S. di luar jangkaan
2. Penurunan dalam indeks dolar A.S., dan
3. Penurunan hasil Perbendaharaan A.S.

21 Mei: Harga emas melonjak susulan (i) Kebimbangan kepada tahap inflasi, (ii) kesannya terhadap dasar kewangan Fed dan (iii) kebimbangan tentang pemotongan kadar yang akan dimulakan oleh Fed.

23 Mei: Emas tengah turun ni. Walaupun dasar monetari A.S. hanya faktor sekunder dalam pasaran emas, inflasi yang berterusan boleh mencetuskan tekanan jualan emas kerana ia boleh memaksa Fed untuk menaikkan kadar faedah semula.

25 Mei: Dasar monetari yang lebih ketat untuk jangka masa panjang telah memberi tekanan terhadap emas; harga emas menyaksikan kejatuhan terbesar dalam tempoh lapan bulan.

30 Mei: [Prediction Emas] Walaupun emas menerima tekanan ketika ini dan hanya berlegar di paras sekitar $2,400 seauns, rali dalam pasaran logam berharga masih belum berakhir, harga dijangka mampu mencecah $2,700 per auns tahun depan – UBS

30 Mei: Harga emas jatuh berikutan kenaikan dolar AS dan peningkatan hasil Perbendaharaan yang seterusnya mencetuskan kebimbangan terhadap jangkaan pemotongan kadar faedah Rizab Persekutuan tahun ini.

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2024 di https://pelaburanemas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan Jun 2024?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di pelaburanemas2u.com. Stay tuned di Telegram Pelaburanemas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Radio
WP Radio
OFFLINE LIVE
Info Lanjut
Hai, boleh saya bantu?