Malas top up akaun GAP secara manual setiap bulan? Saya tunjuk cara automatik.
Topup GAP pun boleh buat cara Automatik? Ya, boleh! Ikut 12 langkah mudah ini dengan menggunakan Akaun Maybank.
Sebelum itu, jika anda belum ada kod PG, daftar dahulu jadi ahli, PERCUMA sahaja. Klik DAFTAR AHLI PUBLIC GOLD
Anda boleh buat Arahan Tetap atau dikenali sebagai Standing Instruction (SI) dari akaun bank anda, terus ke nombor akaun Public Gold.
Memudahkan matlamat untuk jadikan emas sebagai simpanan yang dilupakan semakin berkesan.
Misalnya anda nak buat arahan tetap belian emas:
- Tempoh: Dari 29 Januari 2021 hingga 29 Disember 2021.
- Amaun: RM300 setiap bulan.
Dah cukup target anda nak capai 101gram Pertama GAP, keluarkan 100 gram jongkong emas ini. (Contoh)

1. Buka website Maybank2u – http:www.maybank2u.com.my. Klik button Login seperti gambar dibawah ini
2. Masukkan username dan tekan button Next

3. Masukkan password dan klik button Login.
4. Klik “Account & Banking”.

5. Jika anda mempunyai lebih daripada 1 akaun, pilih salah satu akaun yang ingin dijadikan sebagai standing instruction, kemudian klik pada akaun tersebut. Contohnya klik pada Savings Account.

6. Selepas itu, klik “Standing Instructions” yang ada di bahagian kiri.

7. Selepas klik “Standing Instructions”, klik button “Add” .

8. Untuk service types pilih “3rd payment transfer”. Kemudian klik button “Continue”.

9. Isi semua butiran yang diperlukan seperti contoh dibawah.
Isi pada bahagian Recepient reference : No kod PG kita contoh PG000000 – BUY GAP , dan pada bahagian Open a 3rd Part account : 557139238048. Selepas isi semua maklumat yang diperlukan, klik “Continue”.

10. Selepas itu, Maybank akan meminta anda memasukkan nombor TAC. Klik “Request a TAC number”, nombor TAC akan dihantar melalui SMS di nombor phone anda. Selepas anda terima SMS dari Maybank, masukkan nombor TAC ke dalam kotak TAC, kemudian klik “Confirm”.

11. Selepas klik confirm, page akan paparkan seperti dibawah. Pastikan status yang dipaparkan adalah “Accepted”. Klik “Print receipt” untuk print resit dan emailkan resit tersebut ke gap@publicgold.com.my untuk perhatian HQ.

12. Akhir sekali, lihat semula pada page Standing Instruction tadi, pastikan maklumat seperti dibawah dipaparkan. Selesai.

Mohd Fakhruddin bin Mohd Subari
Dealer Sah Public Gold